update novel untuk di letgo!!!!

novel utk diletgo. wassap 0126110140 sekira nak order. booking tak diterima ya. harga jual tak termasuk harga pos.tq.

1. andainya bukan untukku.rm 16. sya ryanna.

2. cinta itu milikku. rm 16. dayana darwisy.

3. bukan sekadar teman mesra. rm 14. ezra azad.

4. dia tak tanya! . rm 20. aleya aneesa.

5. bakal isteriky gengsternya!. rm 16. crystal anabella.

6. i love you cikgu. rm 20. imanisa riana .

7. kontrak janji setia antara kita.rm 21. aii fariza.

8. gurauan berkasih. rm 29. eliza ab.

9. amar farish.rm 20. nuraqilah syuhaida.
bagi yang bertanya list novel untuk diletgo. maaf semuanya dah sold out...

promo: dia tak tanya! : aleya aneesa

ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah try and error. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”

promo: cik blur dan encik ikhlas :airisz

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih KhalishaSelepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.“Apa encik buat kat sini?”“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”“Rumah encik? Ini rumah encik?”“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

promo: cinta itu milikku : dayana darwisy

Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya. Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.

promo: lelaki versi dia: aireen aryana

Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”“What?! Are you kidding?”Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. Boleh tak?” ~ Arwin Raisha

Novel terbaru december untuk di let go

Berminat boleh whatapps saya di 0126110140 or email di norazlinayusof@gmail.com

168 koleksi novel untuk dijual

Salam. Maaf saya agak bz dengan kerja opis. Saya nak let go 168 novel antaranya karya novelis ma lee chuswan, norhayati berahim, lamia aimal, hlovate, noorsuraya dan ada lagai penulis2 baru. Penghantaran order melalui pos.harga dalam list tak termasuk harga pos. So kalau beli banyak2 jimat harga pos. Untuk dapatkan list, email ke : norazlinayusof@gmail.com Untuk pertanyaan boleh sms or whatsapps saya di no 0126110140. Cepat sebelum kehabisan!!!! Saya tak reserved stok buku. Order akan dipos setelah bayaran dibuat. Tq.

Promo: Gurauan Berkasih : Eliza Ab

Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat dan niat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik dirancang oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil sehingga sanggup mengupah seseorang untuk berlakon di hadapan Tan Sri Khalil. “Awak dah berjaya, Liyana. Awak dah berjaya buat saya tergoda dengan awak. Awak dah berjaya buat saya jatuh cinta dengan awak. Awak dah berjaya buat saya menelan kesemua kata-kata yang pernah saya hamburkan pada awak dulu. Awak dah berjaya memalukan saya. Dan, awak dah berjaya buat saya angaukan awak.” – Amirul Arif Iskandar. Drama demi drama yang dilakonkan oleh Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia dibenci oleh Dato’ Zulkifli dan didendami oleh Nur Laila Safiyah. Dia dibuang keluarga malah diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah akur akan nasib yang menimpa dirinya. Demi sebuah kebenaran, Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari asal usul dirinya. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya dibenci oleh Dato’ Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya. “Siapa kata Lia tu anak saya? Dia anak awak dan bukan anak saya.” - Dato’ Zulkifli Zainuddin. Adakah Nur Liyana Safiyah dapat mengetahui siapa dirinya yang sebenar? Adakah Dato’ Zulkifli akan menerimanya sebagai anak dalam erti kata yang sebenar? Dapatkah Amirul Arif Iskandar menyembuhkan luka di hati Nur Liyana Safiyah? Mungkinkah Harris Hakimi bakal menjadi pesaing Amirul Arif Iskandar? Siapa pula Ashraf Daniel dalam kehidupan Nur Liyana Safiyah? “Ris sukakan Lia. Ris sayangkan Lia. Sudi tak kiranya Lia jadi kekasih Ris?” – Harris Hakimi. “Ingin kusentuh hatimu, sayang dalam rinduku. Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini. Sekian lama memendam cinta. Payah kurasa menyeksa jiwa.” – Nur Liyana Safiyah.

Promo: KONTRAK JANJI SETIA ANTARA KITA: Aii Fariza


Sinopsis:-
“Kinah mintak maaf, abang. Kinah tak tahu apa yang abang suka makan,” ucap Sakinah. Jelingan tajam berserta ketapan sepasang bibir nipis itu menunjukkan suaminya sedang menahan marah. Sakinah tunduk. Air liur dikerongkong ditelan pahit. Perasaan gerun dan takut itu hadir semula.
“Kau apa pun tak tahu. Yang kau tahu minta maaf dua puluh empat jam,” kasar Rafiq berbahasa. Akhbar yang baru dibacanya dilipat kasar lalu dicampak ke lantai. Sakinah tergamam. Surat khabar itu jatuh tepat ke kakinya. Tengkingan suaminya bergema lagi hari ini. Sakinah sebak.
“Ma... maafkan... Kinah.” Tersekat-sekat butir bicara Sakinah. Begitulah dia setiap kali berhadapan dengan Rafiq. Tergagap-gagap seperti pesalah walaupun kadangkala kesalahan itu bukan dating daripada pihaknya. Namun, terpaksa juga dia yang tunduk memohon maaf.
“Entah apalah yang umi aku berkenan sangat pada kau? Semuanya serba tak kena. Bertambah menyusahkan aku adalah!” Rafiq menempelak. Dijeling pada Sakinah yang berdiri di sisinya. Gadis itu masih diam terpaku seperti harihari sebelumnya.
“Orang kampung memang macam nikan? Suka berpaut pada orang kaya untuk hidup senang. Pantang nampak yang berduit lekas sangat pasang jerat. Entah ubat guna-guna apalah yang umi terkena sampai paksa aku kahwin dengan kau?” Sengaja Rafiq menambah kata. Kata-kata yang hanya akan menyakiti hati Sakinah.
Mereka terjebak bersama. Amar Rafiq dan Sakinah terperangkap dalam ikatan perkahwinan demi memenuhi kepentingan masing-masing. Kalau bukan kerana Shafiq, mustahil bagi Rafiq menerima wanita dalam hidupnya kembali. Kepedihan semalam banyak mengajarnya agar lebih berwaspada. Kecurangan si bekas isteri telah merubah Rafiq menjadi seorang yang cengil dan bengis pada wanita yang menjadi isterinya. Demi menjaga kepentingannya dan Shafiq, Rafiq akhirnya mewujudkan sebuah kontrak bagi mengikat.
‘kaki’ Sakinah.
“Ambil ni.”
“Apa ni? ”
“Baca dan kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian itu.”
“Surat perjanjian? Tapi untuk apa?”
“Untuk jaminan masa depan. Bacalah tapi kalau kau tak nak baca pun tak apa. Aku cuma perlukan tandatangan kau.”
Sampai satu ketika tanpa dia menduga, akhirnya kesabaran sang isteri mula menipis yang membuatkan Rafiq tercengang.
“Selama ini, Kinah telan semua kata-kata abang biarpun hati Kinah pedih mendengar setiap maki hamun abang. Kinah cuba memahami situasi abang yang masih dibelenggu dengan kecurangan Suraya.
“Tapi pernah ke abang cuba memahami hati dan perasaan Kinah? Tak pernah, kan? Yang abang tahu, hanyalah melemparkan kata-kata amarah dan tak puas hati abang. Pada abang semua perempuan sama seperti Suraya termasuklah Kinah.
“Selama enam bulan perkahwinan kita, pernah tak Kinah curangi abang? Pernah tak Kinah ambil kesempatan? Kinah sedar Kinah cuma anak kampung yang hidup menumpang. Kinah tak ubah seperti pengasuh Shafiq dan orang gaji dalam rumah ni. Dan Kinah tahu dalam hati abang sekali pun tak pernah sudi menerima Kinah sebagai isteri. Mungkin itulah perkara yang selayaknya berlaku dalam hidup Kinah.”
Saat bunga-bunga cinta mewangi, Rafiq diuji lagi. Kepercayaan yang dibina mulai goyah. Kehadiran Zulfi Hakimi dan Tengku Rizal memburu curiga Rafiq. Sakinah terhimpit. Bersalahkah dia? Atau prasangka seorang suami yang menjadikan kebahagiaan mereka sukar untuk digapai?
Bagaimana pula dengan Maria yang memendam rasa cinta terhadap sang suami? Dan mampukah Sakinah bertahan apabila Suraya kembali menagih cinta Rafiqnya?

Promo: Sayap Pesona Ratu: Amanda Aniqah

Ini bukan versi kisah Raja Sulaiman-Ratu Balqis. Ini hanya coretan insan biasa yang tak punya apa-apa. Edisi Sulaiman Yunus-Balqis Salam yang dipertemukan dalam satu bilik dan di bawah bumbung yang sama. Ibu suruh kahwin. Ayah nak dia tamatkan zaman bujang. Si ratu bukannya tidak suka perkahwinan. Tapi dia tidak suka dengan pasangan yang dipasangkan untuknya yang dikenali sejak zaman purba lagi. Nak cari calon, tak ada lagi kenalannya yang sudi pinang. Terpaksalah terima sebuah perkahwinan walau tak rela. Bertahun terpisah, bertemu semula dalam sebuah perkahwinan. Sebenarnya, semua orang tidak tahu tentang sejarah antara dia dan si pemilik tulang rusuknya itu. Si dia pula tersenyum dengan cadangan superb emak! Si penakluk hati menjadi miliknya. Tidak sabar untuk menebarkan sayap mendakap sang ratu. Walau lelah menunggu agar pintu hati itu terbuka, namun dia tetap bersabar kerana baginya si dia memang dipasangkan untuknya! Sampai bilakah? Adakah sampai terputusnya nyawa dari badan?

Promo: Hikayat Cinta Si Pematah Hati : E-man Sufi


WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?

“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”

Promo: Perempuan Lindungan Kaabah : Hana Ilhami


PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Promo: Bila Nak Saksi: Rehan Makhtar


YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat.  Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita

Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita

Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?

Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni.  Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.

Promo: Lamaran Buat Syifa: Ana Yusniza

Syifa jumpa Sufyan pada hari pertama di politeknik. Lelaki itu menghulurkan bantuan saat Syifa memerlukan. Tertarik dengan keperibadian lelaki itu, Syifa jatuh hati. Sampai dia sanggup jadi pemerhati setia lelaki itu di Facebook.
Tapi, pertemuan kedua mereka mencetuskan kisah lain pula! Lelaki itu suka cari fasal. Sebab kesalahan yang tak sengaja pun, dituntutnya ganti rugi yang tidak munasabah! Tapi... Syifa tak tahu yang itu cuma taktik Sufyan nak berkenalan.

Promo: Oh, Mamam Tiriku! : Herna Diana

DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.

Promo: I Love You Stupid! : Melur Jelita


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Promo: Rindu Dalam Sepi: Siti Khadijah



Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.” 
AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”
Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.”

Promo; Tak Pernah Berubah: Fisha

Nasi lemak buah bidara,
        Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
       Kerana kekasih hamba turutkan.

Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.

Promo: Semalam Yang Kutinggalkan: Laila Hanni



Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.

Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.

Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.
Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.

Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki? Samasama kita hayati cerita ‘Semalam Yang Kutinggalkan’ yang penuh gembira dan emosi ini.

“Aku ingin menjadi cinta terakhirmu… meskipun aku bukan cinta pertamamu….”

Promo: Kalau Memang harus Begitu: Acik Lana

mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

Promo: Biar Jarimu Kugenggam: Norhayati Berahim


Akan Datang Dari Melur Jelita: I Love You Stupid!


Kalau dah baca novel Awak Suka Saya Tak??? Mesti akan jatuh cinta banyak kali dengan Hilman Yong..

Kita tunggu pula buah tangan ke 2 dari Melur Jelita..naka baca boleh pergi blog beliau: melurjelita.com

FB Page Untuk Novel Terpakai Dan Murah


Buat semua pengunjung2 setia blog Novel Terpakai Dan Murah, semua order untuk novel terpakai boleh dibuat secara terus di FB Page:


Bila dah like ..sebarang pertanyaan order boleh tanya direct under setiap novel yang saya upload..Insyaallah saya akan cuba untu upload sebanyak mungkin novel yang saya nak let go..Perlu masa untuk upload satu2 ja..

Blog ini masih lagi bersiaran..Cuma saya akan buat semua promo novel2 yang berada di pasaran di blog ini..Terima kasih atas sokongan kalian semua ini..

Promo: Kami Dah kahwinlah! : Lisa Muhamad

“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah

Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.

Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?

Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar

“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie

Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!

“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka

“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan

Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!

promo: Setitis Kasih Darmia: Naniey TJ

SINOPSIS SETITIS KASIH DARMIA Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti dan tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Khairul Amir tekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus di nanti.

Promo: Dah Jodoh: Iman Nizrina





Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.

“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.

“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.

Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.

Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?

“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”

Promo: Projek Memikat Suami : Hanina Abdullah

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Promo: Suamiku Encik Perfect 10! : Syamnuriezmil


Promo:Perempuan Yang Paling Aku Cinta: Acik Lana

Copy From Blog Acik Lana

Tripod berkaki tiga dibetulkan kedudukannya supaya lebih lurus dan sekata dengan skrin hijau yang terbentang luas di hujung dinding. Sesekali dia tunduk, memeriksa focus pada kamera yang dihala tepat ke hadapan. Berpuashati dengan persediaannya, dia kembali berdiri tegak. Mata mengerling jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul sebelas pagi.
Hatinya sedikit bergetar dengan rasa resah. Bimbang kerana kelibat Bunga tidak juga muncul-muncul lagi di studionya. Mengikut perkiraan jarak dan keadaan trafik, gadis itu tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke sini.

“Karl, dah ready ke? Model dah sampai ni..” Jeslina yang sedang memeriksa lighting di sudut bilik menegurnya. Karl Hakimi sekadar menganggukkan kepala dengan senyuman kecil.
“Are you okay Karl? Nampak semacam aje..”
Pertanyaan Jeslina itu membuatkan Karl Hakimi sedikit tersentak. Pantas dia menganggukkan kepala, menutup rasa resah yang tiba-tiba mencuit hati. “I’m okay, why?”

“Tanya aje, you nampak macam resah gelisah aje. Macam kucing nak beranak..” Usik Jeslina dengan ketawa kecil. “Kalau dah ready semua, I panggil model tu bersiap ya? Sekejap lagi jewellleries sampai kan?”
Belum sempat Karl Hakimi menjawab, dia nampak pandangan Jeslina beralih ke pintu. Lebar senyuman gadis itu membuatkan dia ikut sama berpaling ke arah yang sama. Dan di situ Bunga berdiri seraya berbalas senyum dengan Jeslina.

“Morning Jess!” Sapa Bunga ceria.  
“Morning Bunga! You sampai tepat pada masanya..” Ucap Jeslina dengan senyuman lebar.
Jeslina segera mendapatkan Bunga, membantu mengambil beberapa buah kotak yang dibawa gadis itu bersama.
Bunga tersenyum mesra. Namun terpandangkan wajah Karl Hakimi yang berdiri tegak merenungnya, senyum dibibir dimatikan. Tak kuasa nak mesra-mesra dengan mamat ni!

Menyedari masa yang kian suntuk, Bunga ikut sama menghulur tangan membantu Jeslina mengenakan aksesori mewah itu untuk digayakan oleh model-model jelita yang telah dipilih. Seronok juga dia membantu Jeslina kerana dia memang sukakan bidang fesyen kebelakangan ini. Pengaruh TV kata Mazlina. Mungkinlah sebab banyak sangat tengok America’s Next Top Model kebelakangan ini.

Selesai saja mengenakan setiap aksesori mengikut padanan baju dan tema, Bunga melabuhkan duduk di atas bangku berdekatan dengan tempat penggambaran dijalankan. Sempat matanya memerhati Karl Hakimi yang masih sibuk dengan kameranya. Dan tatkala model-model cantik jelita itu datang menyapa, bukan main lebar senyuman di bibir lelaki itu.
Spontan Bunga mencebik. Memang pantang nampak perempuan!

Dan apabila sesi photoshoot bermula, duduknya kian menggelisah. Melihat gaya Karl Hakimi yang begitu komited dengan kerja, jiwanya berkocak entah kenapa. Biarpun lelaki itu menayang muka serius sambil memetik kamera, namun sudah cukup membuatkan pandangannya terpegun lama. Sangat bergaya! Ah, benci betul.

Gorgeous, beautiful, perfect, itu semua perkataan yang disebut berulangkali oleh Karl Hakimi setiap kali gadis-gadis cantik itu meliuk lintuk di hadapan kamera. Serta merta fikiran Bunga melayang, meneroka memori yang tujuh tahun sudah berlalu.
Dahulu dia juga mengalami situasi yang sama ketika menjadi ‘bunga’ Karl Hakimi. Tidak putus-putus bibir itu memujinya di hadapan kamera, sekaligus menyuntik semangatnya untuk tampil lebih bergaya. Terasa memang ada ‘connection’ terbina di antara photographer dan model.

Apa nak dihairankan, lelaki itu memang bijak berkata-kata. Jika tidak, takkanlah dia tunduk mengalah dan menyerah. Dia tewas di jalan yang salah pada usia yang masih mentah. Sungguh dia menyesal…
Bunga memejamkan matanya, nafas ditarik dalam-dalam. Gigih dia cuba menghapus semua kenangan perit yang masih melekat kukuh di hati. Entah bila semua ini akan berakhir dan entah selama mana dia perlu menggendong beban ini di bahunya. Malahan beban itu kian memberat apabila Karl Hakimi membuat ‘kemunculan semula’ dalam hidupnya.

“Bunga..”
Teguran Jeslina di sisinya membuatkan dia tersentak. Terpinga-pinga dia memandang wajah gadis yang manis bertudung itu. “Err.. kenapa Jess?”
“Karl suruh you berehat dalam office dia. I pun nampak you semacam aje, you tak sihat ke?”
Pertanyaan Jeslina itu membuatkan Bunga spontan mengalih pandang kepada Karl Hakimi. Lelaki itu masih mengambil gambar namun kerap kali menoleh ke arahnya.

“Karl pun tak concentrate hari ni, dia risaukan you kot..” ucap Jeslina dengan senyuman penuh makna.
Bunga tersenyum pahit dengan kata-kata gurauan Jeslina. Karl Hakimi nak risaukan dia? Jangan haraplah. Kalau betul lelaki itu benar-benar mengambil kisah tentangnya, dia tidak mungkin ditinggalkan terkapai-kapai sendiri tujuh tahun yang lalu. Dan kalau benar kini ada rasa itu di hati Karl Hakimi, semuanya sudah terlambat. Tujuh tahun terlalu lama untuk lelaki itu berpaling langkah kepadanya semula.

“I’m okay, don’t worry. Maybe I just need some fresh air, ada café tak dekat-dekat sini?”
“Ada dekat seberang jalan tu. You okay ke nak pergi sorang-sorang? Nak I temankan?” Pelawa Jeslina bersungguh.
“Eh takpe, lagipun you busy dengan kerja you. I pergi sekejap aje, I’ll be back later.”
Mendengar penolakan lembut Bunga, Jeslina akur dan menganggukkan kepala. Dia membiarkan saja Bunga berlalu meninggalkan bilik itu. Takkanlah dia mahu mendesak pula, lagipun dia sendiri masih banyak kerja yang mahu diuruskan di sini.

“Jess!” Panggilan Karl Hakimi mengejutkan lamunannya. Pantas dia memberi perhatian kepada lelaki yang berdiri sambil bercekak pinggang ke arahnya.
“Yes, Karl?”
“Where is she going?” Soal Karl Hakimi dengan kening berkerut-kerut.
“Who? Bunga? Dia pergi café seberang jalan tu. Dia kata nak pergi ambik angin luar, panas kot kat dalam ni.”

Panas? Karl Hakimi mengetap bibirnya. Panas apanya kalau aircond bukan main kuat lagi terpasang. Bunga memang sengaja tidak mahu berkongsi ruang ini dengannya, dia tahu.
 “Okay everyone, wrap it up. Kita sambung after lunch nanti.” Umumnya sedikit kuat.
Jeslina ternganga. Biar betul bos dia ni, baru start shooting takkanlah dah nak berehat?

“Jess, belikan makanan untuk semua. I keluar sekejap..”
“Err.. you nak ke mana Karl? Banyak lagi tak siap ni..”
“I nak pergi ambik angin luar, panaslah..”
Sekali lagi Jeslina terlopong, hanya matanya menghantar susuk tubuh tegap itu yang bergegas keluar. Hatinya diterpa rasa aneh. Pertama kali dia melihat lelaki itu merendahkan sifat profesionalismenya kerana seorang perempuan. Sebelum ini kerjalah yang paling utama, hal-hal lain memang Karl Hakimi boleh campak ke tepi lagi.

Bibirnya menguntum senyuman kecil. Nampaknya kali ini lelaki itu benar-benar serius mahu memikat perempuan. Melihat pada gaya dan sikap dingin Bunga terhadap Karl Hakimi, dia tahu bosnya itu perlu menggandakan usaha. Calon kali ini bukan calon biasa-biasa, calon yang pasti lebih 'mahal' dan mencabar.
Good luck Karl!!!

*******************************************************************************
Mengikut catatan Acik Lana Di blognya..novel ini akan diterbitkan sendiri..Untuk Pre Ordering boleh email ke: novelacik@gmail.com.  Harga belum ditentutuakn lagi...So jom email n buat pre ordering..ramai yang pesan..cepat la kita semua dapat memiliki novel ini..

Promo: Cinta Untuk Sedetik Lagi: Ezza Mysara


Promo: Cinta Perigi Dan Timba : Shima Rostam

Misi yang harus dilaksanakan bermula di saat ini iaitu misi mengurat anak teruna Tan Sri Badrul Syah alias bakal suami Khalisa Basyirah binti Haji Sidek tiga bulan akan datang. Bunyinya agak kelakar kerana bukan dia yang dipikat, tetapi dia yang perlu mengeluarkan segala ayat-ayat memikat dan kemahiran serta aset yang ada dalam dirinya untuk mengikat hati lelaki yang bernama Naim Shauqi.
Kedengaran seperti perigi mencari timba?
Apa salahnya perigi mencari timba? Bukankah wanita itu juga boleh memilih lelaki yang disukainya untuk dijadikan suami?
Bukankah hak wanita dalam Islam sama sahaja dengan hak seorang lelaki?

Promo: Biar Cinta Bertaburan: Yusnida Tajudin

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.
Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.  Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan?

Promo: Bakal Isteriku Gengsternya! : Crystal Anabella


Promo: Te Amo Sayang: Adra Adlina

Faaeq Rifqi begitu pembersih dan tidak mampu bertolak ansur dengan sebarang bentuk kotoran walau habuk sekalipun. Kerjaya sebagai pramugara menjadikan dia lebih teliti dalam apa jua keadaan. Namun dapatkah Faaeq Rifqi memastikan dia akan jatuh cinta dengan wanita yang bersikap serupa dengannya?

Taipei menjadi destinasi pertemuan antara anak muda ini dengan si editor cemerkap Sara Irdina. Sara Irdina akhirnya tertawan dengan kematangan Faaeq Rifqi meski jejaka itu muda empat tahun daripadanya.Ikatan pernikahan membuka sisi baru buat mereka. Faaeq si pembersih rupanya berpasangan dengan Sara yang langsung tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.

Lalu bagaimanakah pasangan ini berkomunikasi? Dapatkah Faaeq bertahan dengan sikap isterinya yang ternyata amat kontra itu?

Promo: Setelah Hati Dimiliki: Rozita Abd. Wahab

Disebabkan onar yang dibuat oleh Amni, Auni yang terpaksa menjadi galang-gantinya. Dia dipinta meneruskan sebuah perkahwinan tanpa kerelaan hati. Demi maruah keluarga dan rahsia yang selama ini tersimpan kemas, dia menerima jua Fikri sebagai suaminya. Tiada secubit pun rasa kasih yang wujud di ruang hati tatkala lafaz akad itu bergema. Auni berasa kesal kerana menerima lelaki yang tidak dikasihinya. Dia cuba memujuk hati untuk menyayangi Fikri, namun dia takut diusik rasa kecewa. Dia dapat merasakan bakal menjadi janda sebaik saja cerita yang satu itu terbongkar.

Seiring masa berlalu, lelaki yang diterima tanpa rela itu akhirnya berjaya juga meraih kasihnya. Namun, semuanya musnah sebaik sahaja Fikri mendapat tahu status dirinya yang sebenar. Dia diceraikan tanpa sedikit pun rasa simpati. Setelah hatinya dimiliki, mengapa begitu mudah ia dilukai? Kenapa dia harus merasakan kesakitan itu lagi? Namun, jatuh sekali tidak bererti akan rebah sekali lagi. Dia bangkit membina semangat untuk meneruskan kehidupan. Semoga kebahagiaan akan menjadi miliknya yang abadi.

Promo: Tragedi Cinderella : Amylin Asyikin

Dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh NiuryLand. Dia hanyalah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis tari-menari.

Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari NiuryLand.

Segala-galanya menjadi gelap-gelita bagi Putera Airil. Dia terkapar-kapar hidup tanpa Lisa di sisi. Gadis itu hilang entah ke mana. Untuk mempertahankan cinta sucinya, dia bangkit dan mencari Cinderellanya. Lisa harus ditemui untuk menjadi suri hatinya dan hidup bahagia di istana. Maka bermulalah tragedi yang tidak disangka-sangka...