Showing posts with label Dyza Ainun. Show all posts
Showing posts with label Dyza Ainun. Show all posts

Promo: Saat Mata Berbicara: DYZA AINUN

Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?

Tajdid Rindumu: Dyza Ainun-SOLD OUT

Harga Jual: RM 20.00
Harga Asal: RM 25.90



Pengorbanan V’na menamatkan zaman remaja bukan relanya. Demi keterpaksaan itulah, dia menerima lamaran Siti Dalila, isteri kepada lzzul Haqeemi. Menjadi isteri kedua yang penuh dengan jutaan dugaan. Pergolakan hati dan perasaan dalam rumah tangga yang tidak dibungai rasa cinta. Berhadapan pula dengan kecemburuan Siti Dalila kemudiannya. Apa lagi, ternyata, V’na telah berjaya menganugerahi lzzul Haqeemi dengan gelaran paling istimewa, menjadi seorang bapa kepada bayi yang selama ini amat diharapkan oleh lzzul. Namun, V’na terfitnah oleh pelbagai hasutan yang didalangi oleh Siti Dalila. Berbaloikah sebuah pengorbanan?

Lamaran Hati : Dyza Ainun-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Dalam rela dan terpaksa Adam Khalis mengahwini bekas kekasihnya, Ameera Nadya kerana gadis itu disahkan menghidap barah usus. Ingin mengusir hati yang luka, Iza Masyitah melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Kota Bharu.
Namun kehadiran Adam Khalis sebagai pensyarah di maktab tersebut telah memutikkan kembali cinta mereka.

Ku Ingin Bersamamu : Dyza Ainun-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Kisah ini tentang Dida Qistina, gadis montel yang dikasihi ibu bapanya. Dia sentiasa menurut kata dan menyenangkan hati ibu bapanya. Bapanya terlalu ingin melihat dia bahagia dan berharap Ziqree yang baru putus tunang sudi menerima Dida sbg isteri. Ziqree terlalu bencikan wanita angkara Nina bekas tunangannya yg curang. Dia terkedu dgn tawaran kawan baik arwah bapanya yg pernah menabur budi kpd keluarganya.


Dia buat kontrak 2 tahun tu utk membuktikan samada Dida layak bergelar isterinya atau tidak. Ziq gembira dgn kehadiran Dida yg membuatnya tak kering gusi melepaskan tawa. Dida tidak tahu mengenai kontrak tersebut menyangka dia perlu berada di rumah Ziqree demi utk melangsaikan hutang bapanya dgn keluarga Ziqree. 2 tahun telah mengubah banyak perkara dalam diri Ziqree dan Dida. Ziqree menggunakan tempoh masa 2 tahunnya di New Zealand utk menguji Dida yg bertugas menjaga rumahnya di tanah air.


Ternyata Dida berjaya menceriakan rumahnya dan kepulangannya memekarkan rasa cinta antara mereka. Namun ada mata yg memandang dgn benci keakraban mereka. Ima sudah lama mengidam nak jadi bini Ziq. Dia sanggup lakukan apa saja utk memiliki Ziq malah dia mengugut utk menyimbah asid ke muka Dida. Owh lupa pulak Dida dah semakin langsing sbb ikut program menurunkan berat badan secara sihat.


Nau tak apa ending cerita nie..kena baca lah..Tapi saya bagi hint..Happy Ending...