Promo:Perempuan Yang Paling Aku Cinta: Acik Lana

Copy From Blog Acik Lana

Tripod berkaki tiga dibetulkan kedudukannya supaya lebih lurus dan sekata dengan skrin hijau yang terbentang luas di hujung dinding. Sesekali dia tunduk, memeriksa focus pada kamera yang dihala tepat ke hadapan. Berpuashati dengan persediaannya, dia kembali berdiri tegak. Mata mengerling jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul sebelas pagi.
Hatinya sedikit bergetar dengan rasa resah. Bimbang kerana kelibat Bunga tidak juga muncul-muncul lagi di studionya. Mengikut perkiraan jarak dan keadaan trafik, gadis itu tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke sini.

“Karl, dah ready ke? Model dah sampai ni..” Jeslina yang sedang memeriksa lighting di sudut bilik menegurnya. Karl Hakimi sekadar menganggukkan kepala dengan senyuman kecil.
“Are you okay Karl? Nampak semacam aje..”
Pertanyaan Jeslina itu membuatkan Karl Hakimi sedikit tersentak. Pantas dia menganggukkan kepala, menutup rasa resah yang tiba-tiba mencuit hati. “I’m okay, why?”

“Tanya aje, you nampak macam resah gelisah aje. Macam kucing nak beranak..” Usik Jeslina dengan ketawa kecil. “Kalau dah ready semua, I panggil model tu bersiap ya? Sekejap lagi jewellleries sampai kan?”
Belum sempat Karl Hakimi menjawab, dia nampak pandangan Jeslina beralih ke pintu. Lebar senyuman gadis itu membuatkan dia ikut sama berpaling ke arah yang sama. Dan di situ Bunga berdiri seraya berbalas senyum dengan Jeslina.

“Morning Jess!” Sapa Bunga ceria.  
“Morning Bunga! You sampai tepat pada masanya..” Ucap Jeslina dengan senyuman lebar.
Jeslina segera mendapatkan Bunga, membantu mengambil beberapa buah kotak yang dibawa gadis itu bersama.
Bunga tersenyum mesra. Namun terpandangkan wajah Karl Hakimi yang berdiri tegak merenungnya, senyum dibibir dimatikan. Tak kuasa nak mesra-mesra dengan mamat ni!

Menyedari masa yang kian suntuk, Bunga ikut sama menghulur tangan membantu Jeslina mengenakan aksesori mewah itu untuk digayakan oleh model-model jelita yang telah dipilih. Seronok juga dia membantu Jeslina kerana dia memang sukakan bidang fesyen kebelakangan ini. Pengaruh TV kata Mazlina. Mungkinlah sebab banyak sangat tengok America’s Next Top Model kebelakangan ini.

Selesai saja mengenakan setiap aksesori mengikut padanan baju dan tema, Bunga melabuhkan duduk di atas bangku berdekatan dengan tempat penggambaran dijalankan. Sempat matanya memerhati Karl Hakimi yang masih sibuk dengan kameranya. Dan tatkala model-model cantik jelita itu datang menyapa, bukan main lebar senyuman di bibir lelaki itu.
Spontan Bunga mencebik. Memang pantang nampak perempuan!

Dan apabila sesi photoshoot bermula, duduknya kian menggelisah. Melihat gaya Karl Hakimi yang begitu komited dengan kerja, jiwanya berkocak entah kenapa. Biarpun lelaki itu menayang muka serius sambil memetik kamera, namun sudah cukup membuatkan pandangannya terpegun lama. Sangat bergaya! Ah, benci betul.

Gorgeous, beautiful, perfect, itu semua perkataan yang disebut berulangkali oleh Karl Hakimi setiap kali gadis-gadis cantik itu meliuk lintuk di hadapan kamera. Serta merta fikiran Bunga melayang, meneroka memori yang tujuh tahun sudah berlalu.
Dahulu dia juga mengalami situasi yang sama ketika menjadi ‘bunga’ Karl Hakimi. Tidak putus-putus bibir itu memujinya di hadapan kamera, sekaligus menyuntik semangatnya untuk tampil lebih bergaya. Terasa memang ada ‘connection’ terbina di antara photographer dan model.

Apa nak dihairankan, lelaki itu memang bijak berkata-kata. Jika tidak, takkanlah dia tunduk mengalah dan menyerah. Dia tewas di jalan yang salah pada usia yang masih mentah. Sungguh dia menyesal…
Bunga memejamkan matanya, nafas ditarik dalam-dalam. Gigih dia cuba menghapus semua kenangan perit yang masih melekat kukuh di hati. Entah bila semua ini akan berakhir dan entah selama mana dia perlu menggendong beban ini di bahunya. Malahan beban itu kian memberat apabila Karl Hakimi membuat ‘kemunculan semula’ dalam hidupnya.

“Bunga..”
Teguran Jeslina di sisinya membuatkan dia tersentak. Terpinga-pinga dia memandang wajah gadis yang manis bertudung itu. “Err.. kenapa Jess?”
“Karl suruh you berehat dalam office dia. I pun nampak you semacam aje, you tak sihat ke?”
Pertanyaan Jeslina itu membuatkan Bunga spontan mengalih pandang kepada Karl Hakimi. Lelaki itu masih mengambil gambar namun kerap kali menoleh ke arahnya.

“Karl pun tak concentrate hari ni, dia risaukan you kot..” ucap Jeslina dengan senyuman penuh makna.
Bunga tersenyum pahit dengan kata-kata gurauan Jeslina. Karl Hakimi nak risaukan dia? Jangan haraplah. Kalau betul lelaki itu benar-benar mengambil kisah tentangnya, dia tidak mungkin ditinggalkan terkapai-kapai sendiri tujuh tahun yang lalu. Dan kalau benar kini ada rasa itu di hati Karl Hakimi, semuanya sudah terlambat. Tujuh tahun terlalu lama untuk lelaki itu berpaling langkah kepadanya semula.

“I’m okay, don’t worry. Maybe I just need some fresh air, ada café tak dekat-dekat sini?”
“Ada dekat seberang jalan tu. You okay ke nak pergi sorang-sorang? Nak I temankan?” Pelawa Jeslina bersungguh.
“Eh takpe, lagipun you busy dengan kerja you. I pergi sekejap aje, I’ll be back later.”
Mendengar penolakan lembut Bunga, Jeslina akur dan menganggukkan kepala. Dia membiarkan saja Bunga berlalu meninggalkan bilik itu. Takkanlah dia mahu mendesak pula, lagipun dia sendiri masih banyak kerja yang mahu diuruskan di sini.

“Jess!” Panggilan Karl Hakimi mengejutkan lamunannya. Pantas dia memberi perhatian kepada lelaki yang berdiri sambil bercekak pinggang ke arahnya.
“Yes, Karl?”
“Where is she going?” Soal Karl Hakimi dengan kening berkerut-kerut.
“Who? Bunga? Dia pergi café seberang jalan tu. Dia kata nak pergi ambik angin luar, panas kot kat dalam ni.”

Panas? Karl Hakimi mengetap bibirnya. Panas apanya kalau aircond bukan main kuat lagi terpasang. Bunga memang sengaja tidak mahu berkongsi ruang ini dengannya, dia tahu.
 “Okay everyone, wrap it up. Kita sambung after lunch nanti.” Umumnya sedikit kuat.
Jeslina ternganga. Biar betul bos dia ni, baru start shooting takkanlah dah nak berehat?

“Jess, belikan makanan untuk semua. I keluar sekejap..”
“Err.. you nak ke mana Karl? Banyak lagi tak siap ni..”
“I nak pergi ambik angin luar, panaslah..”
Sekali lagi Jeslina terlopong, hanya matanya menghantar susuk tubuh tegap itu yang bergegas keluar. Hatinya diterpa rasa aneh. Pertama kali dia melihat lelaki itu merendahkan sifat profesionalismenya kerana seorang perempuan. Sebelum ini kerjalah yang paling utama, hal-hal lain memang Karl Hakimi boleh campak ke tepi lagi.

Bibirnya menguntum senyuman kecil. Nampaknya kali ini lelaki itu benar-benar serius mahu memikat perempuan. Melihat pada gaya dan sikap dingin Bunga terhadap Karl Hakimi, dia tahu bosnya itu perlu menggandakan usaha. Calon kali ini bukan calon biasa-biasa, calon yang pasti lebih 'mahal' dan mencabar.
Good luck Karl!!!

*******************************************************************************
Mengikut catatan Acik Lana Di blognya..novel ini akan diterbitkan sendiri..Untuk Pre Ordering boleh email ke: novelacik@gmail.com.  Harga belum ditentutuakn lagi...So jom email n buat pre ordering..ramai yang pesan..cepat la kita semua dapat memiliki novel ini..

3 Response to "Promo:Perempuan Yang Paling Aku Cinta: Acik Lana"

  1. Unknown says:
    April 25, 2013 at 2:09 AM

    awak jual ke nvl nie???

  2. EinaRon says:
    December 6, 2013 at 7:22 AM

    Ada sesiapa yg nk letgo novel PYPAC ni? Kalau ada sila emel saya di:-

    eyna.eryna@gmail.com

  3. izzah_hafiz says:
    July 4, 2014 at 6:24 PM

    kalau sapa2 jual,email dkt saya ...

    nurizzah.hafiz@yahoo.com

Post a Comment