Showing posts with label Rafina Mimi Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Rafina Mimi Abdullah. Show all posts

Promo: Suami Terhangat ; Rafina Abdullah


Menjadi seorang suami dengan memiliki pakej lengkap dari segi rupa paras, kedudukan dan kewangan yang kukuh, jalannya tidaklah mudah bagi Idzmir Damien. Dia yang sudah berkahwin dengan Nurshila dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Felisha, sering menjadi perhatian wanita-wanita lain yang berkeinginan mahu berdampingan dengannya. Di tempat kerja, Idzmir menjalinkan hubungan sulit dengan Aiza yang memegang jawatan sebagai setiausahanya. Namun, pada waktu yang sama dia begitu menyayangi Nurshila dan anak perempuannya yang dipanggil ‘Uyi’. Setiap kali dia berhadapan dengan Nurshila, setiap kali itulah perasaan bersalah mula beraja di hati. Tetapi, Idzmir tidak seperti lelaki lain yang lebih menjurus tidak mempedulikan keluarga apabila mempunyai hubungan dengan wanita lain. Sebaliknya, dia lebih cenderung mengutamakan Nurshila dan Puteri Felisha dalam segala hal sehingga kadang-kadang dia mengabaikan Aiza. Cintanya kepada Aiza bukannya tidak ikhlas malah dia berniat mahu menjadikan gadis itu sebagai isteri keduanya. Namun, siapa sangka. Keadaan menjadi sebaliknya apabila Allah yang lebih berkuasa sudah merencanakan sesuatu. Dijauhkan Idzmir daripada Aiza apabila Nurshila mula menghidu kecurangan suaminya. Di sebabkan perkara itu, Idzmir mengambil keputusan untuk melupakan Aiza dengan menidakkan perasaan cintanya terhadap gadis itu kerana lebih mengutamakan Nurshila dan Uyi. Pelbagai isu yang cuba diketengahkan penulis di dalam naskhah ini. Berbagai konflik, emosi suka dan duka terkandung di dalamnya. Babak komedi dan romantis tidak dilupakan oleh penulis dan tidak terkecuali adegan thriller juga dimuatkan di dalam karya ini. Boleh dikatakan, kisah ini mengandungi seribu perencah yang boleh membuatkan anda tersenyum, ketawa dan bersedih. Di awal-awal cerita, pembaca akan membenci Idzmir tetapi pada akhirnya.... pembaca akan temui sesuatu dalam watak Idzmir itu sendir

Promo: Sayang Cikgu Ketat- Ketat : Rafina Mimi Abdullah

Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.
Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”
Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.
Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.
Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”
Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?