
HARGA JUAL: RM 15.00
Sinopsis
Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.
Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.
Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.

Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.00
KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.
Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.
Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.
Puas brdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.
"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"