Showing posts with label Aina Emir. Show all posts
Showing posts with label Aina Emir. Show all posts

Promo; Pukul 3.00 Pagi : Aina Emir

Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.

Pun begitu, Dania atau ‘Nia’ berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi ‘brutal’ bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia. Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan.   

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti ‘enigma’ di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung. Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya  lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana ‘kepelikan’ dan ‘keunikan’ yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?

Tetapi…  siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang.

Promo: Semalam Kubermimpi 2: Aina Emir


Semalam Kubermimpi 2
Aina Emir
Harga Semenanjung: RM14.00
Harga Sabah/Serawak: RM17.00
ISBN: 978-983-3316-99-1
 
 
Kisah-kisah menarik yang diceritakan oleh Aina Emir ini akan membawa anda untuk bertemu pelbagai karakter dan antaranya ialah Isabella, seorang gadis yang agak tembam tubuh badannya. Seterusnya, kita bertemu pula dengan Azizi yang terlalu gilakan Syidahnya. Anda akan berkenalan dengan Sarah yang tiba-tiba sahaja mendapat gelaran 'Datin'.
 
 
Setelah Sarah, anda akan bertemu pula dengan Siti Ruzana, yang dulunya tidak pernah berdepan dengan komputer, tetapi kini dia sudah mahir untuk berada di laman sosial.
 
 
Aina Emir juga akan berkongsi cerita tentang seorang insan yang mencari kebahagiaan dalam dunia blogging di alam maya. Seterusnya, anda akan berkenalan dengan Nasrin yang selalu menjadi bualan teman-teman. 'Ku Mencari Syurga' merupakan sebuah penceritaan sumbangan seorang pembaca tentang perjalanan hidupnya.
 
 
Yang pasti, sepuluh buah cerita ini merupakan sesuatu yang dekat di hati anda. Isu-isunya adalah sesuatu yang biasa terjadi pada anda semua. Ada kisah yang akan membuat anda tersenyum, ada kisah yang akan membuat anda berasa geram, marah, sedih dan juga ketawa!

Seharum Kasih: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


Anehnya cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!

Sesuci Cinta: Aina Emir


Harga Jual: RM 11.00

Harga Asal: RM 17.00


Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.


Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.


Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.


Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.


Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?

Bunga-Bunga Kemboja: Aina Emir-RESERVED BY KAK LAILA


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Mawar,

Sudah lama aku ingin mengatakan sesuatu kepada mu tetapi malangnya, aku tak berani utk meluahkan perasaan ku ini. Selama ini, aku tidak pernah menyatkaan kpd sesiapa jua.

Hari ini, aku hanya ada engkau shj sebagai teman. Tiada lg ibu bapa, tiada lg saudara-mara dan tiada lagi teman, kecuali kau Mawar.

Pernah suatu ketika dahulu aku jatuh cinta dgn seorang wanita yg cantik dan comel dan bertahun-tahun lamanya kami beradu kasih, tetapi malangnya cinta kami tidak kesampaian. Dia telah meninggalkan aku utk orang lain. Kerana perpisahan itulah, aku telah membawa diri merantau ke negara orang, nun jauh di utara. Ketika itu, tiada niat lain kecuali berjihad utk agamaku.

Semasa di perantauan itulah, aku telah bertemu dgn rakan baikmu. Juga wanita yg cantik dan menarik. Kerana agamaku aku telah mengorbankan diriku utknya. Namun, ikhlas aku lakukan utknya.

Mawar,

Sekalipun aku cuba utk menjadi lelaki yg baik, namun sebagai manusia biasa, aku masih lemah. Kerana kelemahanku itulah aku kerap terumbang ambing. Tidak tahu menangani emosiku. Aku tersepit antar cinta pertamaku dan perasaan syg yg ada pd temanmu itu. suatu ketika dulu, aku tidak tahu keputusan apa yg patut kupilih.

Maafkan aku mawar, sekiranya di matamu dan rakan baikmu itu, aku tidak kelihatan seperti seorang wira, walaupun itu yg mahu aku lakukan. Sampaikanlah salamku kpd rakan baikmu itu.. katakanlah yg dia masih teristimewa buatku.

Salam,
Muhammad Nabil Arief

Biar kujadi bunga2 kemboja yg terlekat di tangkainya bukan yg berguguran di atas tanah..

Setulus Janji: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal:RM 18.00


Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.


Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!


Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.


Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

Suatu Penantian: Aina Emir, Mimie Afinie, Bikash Nur Idris-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


Satu Penantian memuatkan lima kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Ada kisah yang dipaparkan mengandungi plot-plot yang menyayat hati, ada yang lucu dan ada yang lebih serius. Namun, semuanya menghiburkan dan menyentuh perasaan.

Satu Penantian (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika sedang bersantai dengan ahli keluarga atau sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi anda!

Hanya Kita Berdua: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.
Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?
Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.

Nama Aku N: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal:RM 17.00


Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.

N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Dia mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.

N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.
Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z.

Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi… sesuatu telah berlaku.

N cekalkan semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar ‘teman tapi mesra’.

Terbanglah Sayang: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 23.90
Kondisi : 9/10


Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.

Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?

Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.