Showing posts with label Adra Adlina. Show all posts
Showing posts with label Adra Adlina. Show all posts

Promo: Te Amo Sayang: Adra Adlina

Faaeq Rifqi begitu pembersih dan tidak mampu bertolak ansur dengan sebarang bentuk kotoran walau habuk sekalipun. Kerjaya sebagai pramugara menjadikan dia lebih teliti dalam apa jua keadaan. Namun dapatkah Faaeq Rifqi memastikan dia akan jatuh cinta dengan wanita yang bersikap serupa dengannya?

Taipei menjadi destinasi pertemuan antara anak muda ini dengan si editor cemerkap Sara Irdina. Sara Irdina akhirnya tertawan dengan kematangan Faaeq Rifqi meski jejaka itu muda empat tahun daripadanya.Ikatan pernikahan membuka sisi baru buat mereka. Faaeq si pembersih rupanya berpasangan dengan Sara yang langsung tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.

Lalu bagaimanakah pasangan ini berkomunikasi? Dapatkah Faaeq bertahan dengan sikap isterinya yang ternyata amat kontra itu?

Terzahir Di Sanubari: SOLD OUT


Harga Jual: RM 18.00
Harga Asal: RM 25.90


Analia, gadis selamba yang inginkan perubahan dalam hidup. Kehadiran Ejal, telah mengikatnya dalam erti persahabatan yang sukar diterjemah. Dalam melayari persahabatan itu, hadirnya Nafiz. Seorang jejaka yang tampak sempurna, namun menyimpan suatu 'kelemahan' yang tidak terungkap. Kasihnya kepada Analia tak mampu dibendung hingga memutikkan cinta. Dalam satu pencarian, Nafiz memilih untuk berkorban. Di saat kesetiaan mulai goyah, Ejal tegar mempertahankan Analia,. Baginya, senyuman gadis itu adalah kebahagiaan yang tidak ternilai.

Ku Persembahkan Hati: Adra Adlina-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Zahra Liyana telan air liur. Tekaknya terasa kelat. Aduhai makcik. Kita belum kenal pun. Macam manalah boleh sukakan saya? Hidup saya ni jauh berbeza dgn hidup anak makcik. Besar konfliknya makcik. Kami bercinta pun tak. kawin laglah mustahil! Zahra LIyana bermonlog.


Mengapa dia sering diuji begini? hanya Allah yg tahu betapa sesak nafasnya bila melihat keadaan Zahra LIyana yg terbaring lsu. Serasa bagaikan hampir putus nyawa tatkala mengetahui Zahra Liyana berada dlm situasi genting seperti ini.


Tuntutan situasi membuatkan Zahra Liyana terpaksa meleraikan segalanya. Keindahn berkasih dgn suami tersayang tidak lagi menjadi penyeri hidupnya selepas ini. Cinta yg terlalu dalam buat Adib Irfan perlu dipendam jah ke lubuk hati. Zahra Liyana perlu menetapkan pendirian.


Mungkin inilah yg dikatakan jodoh. Walaupun tdak berpanjangan cukup memberi kesan yg mendalam buat Adib. Zahra menddik Adib erti tangungjwb, menghormati wanita dan paling penting Adib sungguh bersyukur dikurniakan isteri yg taat seperti Zahra.


------------
Hobi berangan memag tak boleh dipisahkan dg saya.. Asal terpandang mana-mana gelagat org di sekeliling yg sesuai utk menjadi watak, akan dimasukkan dlm karya. ADakakalanya saya hanya meminjam jasad merka, namun sikap dan karakter akan diolah berdasarkan imaginasi. KEsetian pada cinta, lelaki yg tak mampu membuka hatinya kpd seorg wanita benar-benar memberi saya inspirasi dalam menghaslkan keseluruhan novel. SAya sering memikirkan bahawa setiap pasngan perlu saling melengkap antara satu sama lain. cinta sejati tentu sahj wujud pada merka yg mempercayainya. Ianya lebih indah jika manusia tahu mengemudinya ke haluan yg betul. Hargailah selagi masih ada yg menyayangi.