
Harga Semenanjung: RM20.90
Harga Sabah/Serawak: RM23.90
Bercinta dengan anak tapi berkahwin dengan bapa - kenyataan yang perit untuk Uzma lalui. Apatah lagi kini dirinya terikat dengan perjanjian perkahwinan yang memusnahkan segala impian dan harapan. Kasihnya pada Airil harus dinoktahi. Walau kasihnya diibaratkan setinggi gunung, bak langit tiada penghujung, dia terpaksa akur demi menyelamatkan nyawa sang ayah.
Kepulangan Airil merumitkan lagi keadaan. Apatah lagi Airil tidak pernah kenal erti putus asa untuk mengejar gadisnya. Dalam diam Uzma menjarakkan diri, cuba menjauh agar tidak dijejaki. Baginya apa yang pernah berlaku antara dia dan Airil hanya tinggal sejarah.
Kala ini, Azim hadir dalam hidupnya. Sering memberi perhatian dan selalu mencari ruang untuk bersamanya. Keadaan bertambah rumit bila Yusuf pula muncul. Cuba menjernihkan kekeruhan di hati. Menghulur sinar harapan yang gemerlapan dan sanggup membilas luka untuk diganti dengan bahagia. Uzma dalam dilema.
Selagi nada rindu berlagu di hati, selagi itulah kasihnya tidak bertepi. Tapi, untuk siapa? Terbukakah hatinya untuk Yusuf mahupun Azim? Layari bahtera kehidupan mereka bersaksi kasih dan sayang, juga bersulam rindu dan cinta. Sesungguhnya ceritera kehidupan ini terlalu indah untuk disia-siakan.

Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 20.90
Kata orang, panas tak selalunya sampai ke petang. Tapi, gerimis yang mengundang kadangkala membawa seribu rahmat yang terselindung. Ketika cinta sedang mekar, seri kasih seakan pudar. Pada usia pernikahan yang masih mentah, mereka disapa dengan pelbagai dugaan. Timbul MMS yang mengharu-birukan keadaan. Sang suami suka memendam rasa dan beranggapan ianya benar. Manakala sang isteri pula sering mengasak pelbagai pertanyaan, mahukan satu penjelasan apakah salahnya hingga mengundang pada perubahan suami tercinta. Wujud konflik yang tidak terungkai. Hanya anggapan yang menjadi perantara bukan kebenaran yang pasti. Walau rindu seluas lautan, walau kasih tiada sempadan, tiada maknanya kalau hanya dipendam. Jauh untuk dimengerti rasa hati jika tidak dizahirkan.
Mampukah rindu menjadi saksi pada sebuah kebahagiaan yang hakiki? Atau akan runtuhkah tembok cinta mereka yang digegar seruan kasih insan ketiga? Selamilah jiwa yang terluka milik Dian Shahira, juga ketinggian ego milik Irfan, serta keluhuran hati milik Han yang sanggup berkorban atas nama sebuah kebahagiaan.