Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 19.90
NAMANYA Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah
seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang
penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya
dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing
sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.
Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu
juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya,
lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada
yang suci cintanya. Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta,
dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya
dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu
yang semakin hari semakin usang.
“Ayah...hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku
mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu... Ya ALLAH, tolonglah
aku.”

Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90
Kesungguhan Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.
Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru.
Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba.
Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!