Showing posts with label Antasya Balkis. Show all posts
Showing posts with label Antasya Balkis. Show all posts

September Yang Pertama: Antasya Balkis


SEPTEMBER YANG PERTAMA
ANTASYA BALQIS
HARGA JUAL: RM 17.00
HARGA ASAL: RM 22.90
ISBN: 978-967-0184-57-9
~592 hlm
Bahasa Melayu
Gangguan cinta terlarang telah membuatkan Mithali hilang rasa percaya kepada cinta dan lelaki! Baginya cinta itu jijik, memualkan dan hanyalah nafsu semata-mata. Lelaki pula padanya adalah objek yang harus dijauhi dan dibenci, bukan disayangi.
Tarikh Terbit: 30 Apr 2011
Namun tiada siapa yang menduga September yang pertama telah merubah seluruh hidupnya. Dia telah bertemu dengan seseorang yang mengajarnya bahawa tiada sesiapa pun dapat menghalang hukum alam apabila dirinya dipilih untuk jatuh cinta tetapi perjalanan untuk bersatu itu bukan mudah.
 
Takdir telah menghalang mereka untuk bersatu. Bagaikan tiada jalan untuk bersatu, mereka pasrah. Tetapi mereka juga tahu, takdir tidak sekejam itu. Seperti Adam dan Hawa yang telah dipisahkan, mereka juga akhirnya telah ditemukan.

Bila Hati Berbicara: Antasya Balkis-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Emir Qasya adalah seorg lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawai kerana dia dikenali sebagai salah serg selebriti yang paling popular di Malaysia. Hidupnya sentiasa dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dgn model dan perempuan cantik.

Sejak Emir Qasya mewar-warkan akan mencari seorang perempuan utk dijadikan calon isteri, kehidupannya sentiasa diintip oleh wartawan setiap masa. gosipnya dgn Babe, seorg model cantik berwajah kacukan menjadi intipan lensa kamera wartawan.

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dgn kedudukannya. dalam masa yg sama, Emir Qasya berjumpa dgn seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorg perempuan yg istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dgn Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya yg paling baik ingin memikat Tania Katsura utk dijadikan teman istimewa.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.

'Dua mata saling bertatapan
Tiada kemesraan tetapi mengapa hati
berbicara sesuatu yang amat sukar
ditafsirkan oleh hati sendiri?'

Suatu Penantian: Antasya Balkis-RESERVED BY KAK ROKIAH


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 22.00


Zarul… aku umpamakan kau seperti arca yang membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku sedari sebenarnya kita yang telah menciptanya bersama. Lama aku mengenanginya dengan air mata. Sesuatu telah terjadi kerana tohmahan dan juga kerana kumbang lain yang ingin memiliki diriku, aku diibaratkan kau seperti kisah semalam yang menyedihkan. Aku enggan memilikimu… Namun, di suatu hari yang indah aku tiba-tiba menyedari… suatu penantian yang telah lama menantiku, aku tiba-tiba telah jatuh cinta kepadamu…