Showing posts with label Aishah Abu Hassan. Show all posts
Showing posts with label Aishah Abu Hassan. Show all posts

Promo: Kau Tetap Di sisi : Aishah Abu Hassan

Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina. Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya. Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.

Cahaya Cinta: Aishah Abu Hassan-SOLD OUT


Harga Jual: RM 20.00
Harga Asal: RM 25.90


Perkahwinan yang bukan atas pilihan hati mengundang penderitaan Anis. Namun begitu, berkat kesabaran dan anak yang dikandungnya telah menguatkan semangat Anis untuk mencintai suamimya, Nizam biarpun lelaki itu tidak pernah membahagiakannya. Kehadiran Rizman, majikan Anis yang kacak dan sentiasa mengambil berat ke atas diri wanita itu telah menggugat perasaannya yang sememangnya dahagakan kasih seorang insan bernama lelaki. Mampukah Anis menahan perasaannya pada Rizman?
Cahaya Cinta sebuah kisah yang dapat merungkai segala-galanya.