Emeer
Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi
terhadap tugas. Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau
sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.
Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil
molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja.
Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang
sukar dimengertikan.
Hubungan
antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila
kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri. Di sebalik sikap panas
baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang
tertentu. Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai
oleh Ayesha. Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu
terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali
pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan
terkenal?
Pergolakan
demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam. Adakah
kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan? Atau adakah ia sekadar
sebuah rasa yang harus berkubur sahaja? Antara prinsip, cinta, orang
ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar
hanya mampu dibiar bertaburan?
0 Response to "Promo: Biar Cinta Bertaburan: Yusnida Tajudin"
Post a Comment