Showing posts with label Syikin Zainal. Show all posts
Showing posts with label Syikin Zainal. Show all posts

Promo: Suamiku Encik Sotong: Syikin Zainal


ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?



“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish



“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica







Promo: Demi Cinta Ini: Syikin Zainal



Myra Malissa Mohd Hakim yang sejak dari kecil hanya mengenali Haji Dasuki dan keluarga. Hidupnya menjadi teka-teki apabila Haji Dasuki sendiri tidak mahu menceritakan siapa dirinya yang sebenar. Myra berjaya dalam misinya tetapi Myra juga berjaya membongkar satu rahsia yang menghiris dan menghancurkan kasihnya. Kisah cinta Danish dan Myra dicemari oleh onar Tan Sri Johar yang tidak mahu menyatukan mereka. Bagaimanakah dengan kasih Danish terhadap Myra? Sanggupkah dia melukakan hati keluarganya demi cintanya pada Myra?

Indah Takdirnya: Syikin Zainal-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 19.90


Hartini mengharapkan cinta yang seharum mawar putih hadir di dalam hidupnya. Dia dengan setia menunggu cinta itu. Namun penantiannya itu terhenti apabila dirinya terpalit dengan warna kelam lantas dia hanya membiarkan dirinya hanyut di lautan yang tidak bertepi. Sedang Hartini di dalam derita , Hakim hadir menghulurkan dahan untuk Hartini berpaut. Hartini pasrah mencapai dahan itu tanpa mengira kerapuhan dahan yang dihulurkan demi maruah keluarga. Hartini terpenjara di dalam Istana milik Hakim. Dia terus bertahan demi ayah tercinta. Biarpun perit namun, Hartini percaya akan hadir cinta antara mereka. Namun segala-galanya hanyalah mimpi di siang hari Kehadiran Hakim hanyalah berpaksikan perbohongan semata-mata. Dahan yang dihulur Hakim hanyalah sepotong dahan reput. Hartini kecewa dengan pembohongan Hakim. Kekecewaan ini mengajar Hartini tentang kehidupan. Pemergian si kecil, arwah Qaseh juga membuatkan Hartini bangkit dengan semangat waja untuk menempuh liku-liku hidup dan mencari erti cinta. Akhirnya kehadiran Iskandar Kemel melengkapkan erti cinta milik Hartini. Sedang asyik memadu cinta Hartini di lambung pula ombak duka. Kehadiran Iskandar Kamel membawa bersama kenangan hitam yang telah lama pergi namun masih berparut di hati. Di saat hati Hartini berbunga cinta Iskandar Kamel, Hakim hadir menyirami kasih yang belum pergi. Hakim rasa bersalah setelah mengetahui kata hati Hartini yang sengsara melalui diari simpanan Hartini. Hartini terperangkap antara cinta dan kasih, antara pertama dan terakhir. Hartini pasrah dengan ketentuan Ilahi kerana Hartini percaya seindah mana pun cinta yang hadir tidak dapat menandingi betapa Indahnya Takdir yang telah ditetapkan untuknya. Siapa kita untuk menolak takdir? Siapa pula pilihan Hartini?