Promo: Dah Jodoh: Iman Nizrina





Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.

“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.

“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.

Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.

Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?

“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”

1 Response to "Promo: Dah Jodoh: Iman Nizrina"

  1. Unknown says:
    April 27, 2013 at 3:16 AM

    still available?

Post a Comment