Showing posts with label Herna Diana. Show all posts
Showing posts with label Herna Diana. Show all posts

Promo: Oh, Mamam Tiriku! : Herna Diana

DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.

Promo: Akhirnya Aku Kahwin: Herna Diana


Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Cinta 3 Suku: Herna Diana-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 19.90


‘SKETSA Perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman - gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie - pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.