Showing posts with label Fauziah Ashari. Show all posts
Showing posts with label Fauziah Ashari. Show all posts

Promo: Kan Kukejar Cinta Kamu: Fauziah Ashari


Nak Beli Novel Fauziah Ashari: Bisik-Bisik Gelora


Harga Jual :Rm 25.90 + Rm 4.50 ( Sampul Pos Ekpress)

Ini buku brand new. Bukan secondhand novel. Berminat bole email: norazlinayusof@gmail.com

Promo: Bisik Bisik Gelora: Fauziah Ashari-NOT FOR SALE



Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Duri: Fauziah Ashari-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 21.50


DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.


Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.


Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?


Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.

Rindu Cintaku : Fauziah Ashari-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 23.90


Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dala kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak terdaya untuk menggalas beban yangmembelenggu hati bila bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa, dan hilang Izzah. Namum membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andai mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan?, Rumahtangga?, Cinta tak kesampaian?, Kesetiaan?, Maruah?, Atau..Nyawa?

Matahari Cerah Lagi-Fauziah Ashari-SOLD OUT


SINOPSIS:
Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang di amanahkan menjaganya kerana tamakan harta pusaka yang diwarisi Suha. Tatkala bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar yang cerah dalam kehidupan Suha, tetapi malangnya Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Suha disunting sebagai suri kerana dendam dengan anak sulungnya yang bernama Adam. Adakah suha akan terus nestapa? Matahari cerah lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta.


Harga Jualan: RM 15.00
Harga Asal: RM 21.90
Rating : 9/10 ( Tiada tanda lipat)