
Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.
Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.
Harga Jual: RM 14.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 19.90
AIN ingin bahagia seperti gadis lain. Kehilangan ibu pada usia yang terlalu mentah, berpisah dengan satu-satunya abang yang dimiliki dan membesar bersama keluarga tiri, memberi banyak cabaran kepadanya. Apatah lagi ayah sendiri bagaikan memusuhi dirinya kerana dialah punca isteri tercinta meninggal dunia.
Lebih malang, apabila dia diusir dari rumah. Membawa diri ke ibu kota adalah jalan sebaik-baiknya. Satu demi satu halangan ditempuhinya dengan hati yang cekal. Di situlah dia belajar erti hidup daripada Fadilah dan Fariz. Ternyata di tempat orang, dia harus berusaha. Bertemu jodoh dengan sepupu sendiri menggamit kemanisan yang diharapkan. Namun, mendung muncul tanpa diduga. Tiba-tiba sahaja Zafran bukan lagi seorang suami yang penyayang. Darlina, bekas teman wanitanya datang mengganggu.
Ain pasrah mengundur diri demi lelaki yang dicintainya. Mungkin kebahagiaan memang tidak akan pernah sebati di dalam hidupnya. Ketika hubungan mereka berdua sedang meruncing, Zafran tersedar akan khilafnya. Dia tahu silapnya membiarkan diri dikaburi oleh perasaan sendiri. Lantas dia berazam untuk memulihkan keretakan rumah tangganya, namun untuk mengubati hati yang luka, banyak dugaannya. Dapatkah Ain menerimanya kembali setelah dia melukai sekeping hati yang cukup luhur?

Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00
Hariz, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.
Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.
Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...