Showing posts with label Ayu Emelda. Show all posts
Showing posts with label Ayu Emelda. Show all posts

Promo: Benci! Benci! Benci! : Ayu Emelda

“Benci! Benci! Benci! Kalau Zarif datang merisik sepuluh kali pun jawapannya tetap sama.

Tak suka! Tak nak! Tak mahu!” ~ Qisya Ammara.

Tetapi Zarif Amri juga yang jadi suami. Takdir mengatasi segalanya. Hubungan mereka terpateri dengan ijab dan kabul. Bukan kerana dipaksa, bukan disuruh dan bukan juga atas desakan sesiapa...Qisya sendiri yang rela.

Baru semalam bergelar isteri, angannya untuk mengecap bahagia hancur berderai. Menyesal! Sayang, segalanya sudah terlambat. Cinta yang cuma suam-suam kuku semakin haru-biru. Cemburu dan dendam meranapkan segalanya. Setiap kali rasa kasih hadir, ada sahaja yang jadi penghalang. Nama Akim bagaikan satu badi untuk mereka berdua merasai kebahagiaan. Kesannya, jasad dan jiwa Qisya cukup terdera dan terseksa.

Saat berputus asa dengan cinta, Zarif mula sedar bahawa isterinya tidak bersalah. Namun, mampukah sekeping hati yang sudah hancur lebur mengenal erti cinta lagi? Dia akan berjuang untuk memiliki cinta Qisya yang hilang tatkala dirinya kian dibenci.

Promo: Mahar Setelus Hati: Ayu Emelda

Antara Emir Nazreen dan Chempaka Harlina bezanya bagai langit dengan bumi. Tetapi bila jodoh sudah tertulis, tiada apa yang mampu menghalangnya. Bagi Emir, alangkah bahagianya jika dapat memiliki isteri sehebat Saidatina Khadijah atau sebijak Saidatina Siti Aisyah.

Bagi Harlina pula, hidup hanya sekali. Kehidupannya mesti dipenuhi keseronokan dan hiburan. Perkahwinan merupakan penghalang untuk dia mengecapi syurga dunia yang tiada penghujung itu. Lalu, pelbagai helah dicari untuk menggagalkan niat murni Emir. Tetapi, kesabaran lelaki itu memusnahkan usahanya.

Entah kenapa, sebaik tangan digoncang tok kadi, bahu Emir terasa berat mahu menggalas tanggungjawab. Menikahi Harlina bukannya seperti jinak-jinak si burung merpati, tetapi bagaikan jinak-jinak si kucing Parsi... makan di tangan. Bila ditangkap, dicakar.

"Ya ALLAH… andai aku dijadikan daripada tulang rusuk kirinya... ENGKAU panjangkanlah jodoh kami hingga ke Firdausi...”

Mampukah Emir bertahan dalam pelayaran yang penuh cabaran itu sedangkan kehidupan Harlina sudah jauh tersasar daripada landasan Islam? Adakah kesabaran Emir menjadi titik perubahan dalam hidup Harlina? Hanya DIA yang tahu.

Sayangku Merajuk:Ayu Emelda




HARGA JUAL: RM 15.00
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

Lagu Rindu: Ayu Emelda


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hbungan ini lebih
serius dan bermakna. Dia membuatkan aku memasang angan-angan tentang
masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak
Aqmal meluahkan rahsia hatinya, aku juga telah menyatukan jiwa utk
mencintai dia seorang.

Indah kata yang diucapkan dulu rupa-rupanya satu nista. Pembohongan
seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu.
Lihatlah kini, apa yang ada didepanku. Gelagat Sofea membuatkan
kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima
seorang lelaki yang tidak ada pendirian. jauh benar penilaian
pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku
untuknya, kenapa kehadiran Sofea seperti begitu bermakna buat
dirinya?

Aku sebenarnya takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan.
Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah
seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang andai cinta beralih
arah tatkala kuserahkan jasadku kepadanya..

Tangisan semalam sudah ternoktah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan
hati menerima kehadiran cinta yan bukan untukku. Meski sesekali hati
digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku nekad...
hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti aku tidak
mahu usia mudaku dibelenggu derita madu cinta!

Kasih Dania: Ayu Emelda-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.

Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.

Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA.

Cinta Kepala Batu: Ayu Emelda-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal:RM 19.90
Kualiti: 9/10


PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora.

Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...