Showing posts with label Rozita Abd Wahab. Show all posts
Showing posts with label Rozita Abd Wahab. Show all posts

Promo: Dia Hanya Untukku: Rozita Abd Wahab



 Sinopsis: Hidup Alissa sungguh terseksa. Sudahlah dibenci dan dihina ibu kandung sendiri, dia pula tertangkap basah dengan majikannya sendiri, Syed Hadif. Akibat peristiwa hitam itu, mereka dinikahkan atas restu ayah Alissa sendiri. Saat disahkan sebagai isteri, hatinya remuk-redam. Antara pasrah dan tidak, dia harus melupakan Ilham, kekasih hati yang sudah mengikat janji untuk membina mahligai cinta.

Perkahwinan itu semakin menyeksa batin Alissa. Hubungan halal itu harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan isteri pertama Syed Hadif. Sampai bila rahsia harus disimpan sedangkan Syed Akil, adik suaminya sering mendambakan rindu dan kasih sayang daripadanya? Namun dia perlu akur. Dia sudah bersuami dan wajib membahagiakan suaminya.

Menjadi isteri kepada Syed Hadif bukan bermakna penderitaan tamat begitu sahaja. Malang menimpa diri, Syed Hadif pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya yang telah dirancang seseorang.

Ya ALLAH… ke mana lagi Alissa mahu membawa diri? Haruskah dia kembali kepada Ilham? Perlukah dia mencurahkan kasih kepada Syed Akil? Kedua-duanya pernah dikecewakannya. Siapa sebenarnya yang mampu merawat duka laranya?

Promo: Setelah Hati Dimiliki: Rozita Abd. Wahab

Disebabkan onar yang dibuat oleh Amni, Auni yang terpaksa menjadi galang-gantinya. Dia dipinta meneruskan sebuah perkahwinan tanpa kerelaan hati. Demi maruah keluarga dan rahsia yang selama ini tersimpan kemas, dia menerima jua Fikri sebagai suaminya. Tiada secubit pun rasa kasih yang wujud di ruang hati tatkala lafaz akad itu bergema. Auni berasa kesal kerana menerima lelaki yang tidak dikasihinya. Dia cuba memujuk hati untuk menyayangi Fikri, namun dia takut diusik rasa kecewa. Dia dapat merasakan bakal menjadi janda sebaik saja cerita yang satu itu terbongkar.

Seiring masa berlalu, lelaki yang diterima tanpa rela itu akhirnya berjaya juga meraih kasihnya. Namun, semuanya musnah sebaik sahaja Fikri mendapat tahu status dirinya yang sebenar. Dia diceraikan tanpa sedikit pun rasa simpati. Setelah hatinya dimiliki, mengapa begitu mudah ia dilukai? Kenapa dia harus merasakan kesakitan itu lagi? Namun, jatuh sekali tidak bererti akan rebah sekali lagi. Dia bangkit membina semangat untuk meneruskan kehidupan. Semoga kebahagiaan akan menjadi miliknya yang abadi.

Promo: Kasih Bersulam Cinta: Rozita Abd Wahab


Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.

Permata Asmara: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual: RM 20.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Kredit to: http://novelcinta.multiply.com


Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yg ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali... hingga Nurin takut utk jatuh cinta lagi... takut dikhianati... takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya... memiliki adam adalah impiannya demi masa depan yang lebh bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yg baru bermula. Namun sekali lagi impiannya duka lara. Iskandar hadir bagai menamatkan riwayatnya. Menuntut cintanya yg telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan utk nya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya...

Bahagia Itu Miliknya: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual: RM 21.00 ( THIRD PARTY'S Collection)


Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna ia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua. Gelaran yang mengundang gerhana dalam hidupnya. Kerana dituduh sebagai perampas suami orang, kehidupan rumah tangganya dilitupi duka hingga hampir meragut nyawa...

~~~~~~

Janda muda dengan seorang anak, bukanlah impian hati setiap wanita. Tapi itulah takdir Nur Aina. Menutupi keresahan, melupakan kesepian dengan mengabdikan diri dengan tugas-tugas pejabat. Kadang-kadang dia terlupa peranannya sebagai seorang ibu, sementelah lagi Nur Akilah dijaga oleh neneknya.

Malang atau rahmat, peristiwa ditangkap basah dengan Ahmad Khairi, jejaka yang pernah menolak cintanya ketika dia berumur 16 tahun memaksanya untuk menerima suami orang itu sebagai suami. Namun dapatkah dia menolak kalau hatinya sendiri masih terselit cinta untuk Khairi. Ketandusan kasih seorang isteri membuatkan Khairi leka menganyam cinta dan rindu bersama Nur Aina. Tapi Amira juga masih punya hak sebagai isteri Khairi, wajarkah dia membiarkan Khairi berlalu begitu saja? Sedangkan Khairi adalah lelaki idamannya yang sanggup dimilikinya dengan apa jua cara... dan dengan apa jua cara dia perlu memastikan Khairi hak milik kekal untuknya sahaja.

Setelah Kau Pergi: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual:RM 15.00
Harga Asal: RM 24.90


Athirah ~ Tergamaknnya aku merampas kebahagiaan kalian setelah aku kau berikan perlindungan. Dan sebelum aku menjadi manusia yang lebih kejam, aku serahkan zuriatku ini padamu agar kau dapat merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Juga aku kembalikan suami yang aku sayangi ini buatmu. Kerana aku sudah mula dapat merasakan betapa tamaknya aku dengan kasih sayangnya…

Hisyam ~ Aku mencintaimu, menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Segala-galanya berlaku tanpa sedar, bilamana gurau senda dan usikan mesra akhirnya berbungakan cinta. Demi Tuhan, aku sesungguhnya tidak mampu membuang namamu dari hatiku. Aku ingin milikimu walau dengan apa cara... kerana di hatiku ada cinta, ada kasih dan sayang yang mendalam. Namun mengapa akhirnya kau pergi meninggalkan aku dan anak kita ?

Syakir ~ Mengapa tidak pernah walau sekalipun kau berterus terang denganku tentang statusmu? Tentang hatimu yang teleh dimiliki oleh insan yang bergelar suami. Aku keliru... cemburu juga sudah tidak memberikan apa-apa makna buatku. Athirah.. aku tidak mampu jalani hidup ini sendirian tanpamu. Aku perlukan cintamu untuk terus hidup.. untuk terus bernafas…

Nilai Cintanya: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual: RM 10.00
Harga Asal: RM 17.90

Setulus Hati: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup.


Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!


Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat di senangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?

Ruang Rindu: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual : RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu. Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu dengan Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nelad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?