Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts
Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts

Promo: Biar Jarimu Kugenggam: Norhayati Berahim


Promo: Roti Canai Salad Taco: Norhayati Berahim

Novel terbaru dari kak Norhayati Berahim..boleh di beli di pesta buku yang bermula pada 27 April 2012. Nie novel ya..bukan buku masakan :p

Promo: Dari Milan Ke Maran : Norhayati Berahim

“Kau mengkaji mafia?”
“Dulu aku pernah berangan nak jadi mafia tau.”
Kah kah kah… Di malam yang sudah hampir mencecah pagi itu, kedengaran suara Sharmin ketawa terbahak-bahak. Geli hati sungguh dia membayangkan Moon menjadi mafia.
“Kurang ajar! Asal kau ketawakan aku?”
“Lawaklah. Tengok kau punya jalan pun aku rasa mafia dah tendang kau!”
Sharmin terus-terusan ketawa. Moon hanya menelan ludah. Mahu dimarah Sharmin, dia juga yang bersalah. Berangan yang bukan-bukan.
“Sudahlah. Ketawa macam orang gila saja.”
Moon separuh merajuk. Sekali lagi rambutnya yang terjuntai dikuisnya sambil menghirup teh yang semakin sejuk.
“Kalau tak silap aku, mafia diambil daripada perkataan mafioso; iaitu peria terhormat, kan maksudnya?”
“Ya.”
“Tapi, kau tu lelaki ke?”
Mata Moon terbeliak. Geram dan dadanya seperti dihentak dengan belati yang keras dek ucapan mulut Sharmin yang maha tajam.
Mendadak dia mentafsir dirinya sendiri!

Promo: Menunggu Kereta Api: Norhayati Berahim

Sentuhan Kasih: Norhayati Berahim


SENTUHAN KASIH kembali lagi, terbitan Creative Enterprise.. Dapatkan novel ini di gerai NB KARA sempena Pesta Buku Selangor 2011, bertempat di SACC CONVEC, SHAH ALAM. 24 Jun - 3 Julai 2011, 10 pagi - 9 malam..

Hanya Kerana Cinta : Norhayati Berahim


Harga Jual: RM 22.00 ( Third Party's Collection)

Dendam Yang Terlerai: Norhayati Berahim


Harga Jual: 25.00 (Third Party's'CollectionY

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki: Norhayati Berahim


Dapatkan di Pesta buku di PWTC. Limited copiesM

Promo: Sejam RM 2.50 : Norhayati Berahim


Mari dapatkan beramai ramai di PWTC bermula 22.04.2011. Jom kita pakat borong..Ada diskaun lagi beli beli kat sana..Kena serbu BOOTH NB KARA okeh!!!


Dia seorang wanita yang bebas, bukan bebas pergaualan tetapi bebas memilih, bebas berfikir dan bebas menentukan hala hidupnya sendiri.
Dari Texas ke Ulu Saritan di salah sebuah kampung di Sarawak
Dia melihat kehidupan yang tidak jauh bezanya.
Anak-anak yang bebas, salah laku, penjualan arak yang berleluasa
Menyebabkan hatinya rabak dengan pelbagai perasaan.
Dia memperbaiki diri, dalam masa yang sama cuba memperbaiki kehidupan anak-anak Ulu Saritan.
Disitu dia bertemu Hussin
Hussin yang cukup menyayangi emak dan adik-adiknya
tetapi berdendam dengan ayahnya sendiri.
Dengan kuasa RM2.50, Wafa berjaya mengubah wajah Ulu Saritan.
Kuasa wang memang ajaib
Tetapi kuasa kasih sayang mengatasi segalanya.

Promo: Sambal Kerang Najwa: Norhayati Berahim, Kusyi Hirdan


AKU BUKAN RABIATUL ADAWIYAH

“Awak tak sedih ke, Hana, kakak awak buat macam tu?”
“Sedih mengapa pulak?”
“Yalah. Dia tak mahu mengaku hubungan korang berdua.”
Kedua-dua gadis itu berjalan ke kantin untuk mengisi perut yang sudah mulai berbunyi. Menu makan tengah hari Rabu sudah dihafal. Hari itu ikan masak asam dan sayur tauge.
“Bukan dia tak mengaku. Dia mengaku, cuma dia tak nak hebahkan. Lagipun, kalau fikir-fikirkan balik, betul kakak saya tu anak yatim. Ibu dan bapanya sudah meninggal dunia. Jadi, kalau dilihat dari sudut itu, dia memang ‘sebatang kara’…”
Marhana sekadar menyedapkan hati sendiri. Dia berbaris untuk mengambil pinggannya yang berlopak-lopak itu. Buah pisang diambilnya sebiji sebelum beratur untuk mengisi nasi pula.
“Sebatang kara? Semua orang yang mengenali dia hanya tahu hakikat itu. Yang Kak Mazwin itu sebatang kara. Tapi dia masih ada keluarga. Ada emak tiri, ada awak dan adik-adik. Hah, adik tiri bermakna adik kandung juga, tahu! Tak batal sembahyang dan adik lelaki awak tu boleh jadi wali dia kalau dia berkahwin nanti.”
“Biarlah apa pun pendirian dia, Hanim. Yang penting saya jumpa kakak saya kembali.”
Tetapi ada perkara lain yang lebih penting daripada itu. Dia mahu membantu menjernihkan segala kekeruhan. Kak Mazwin dan emaknya harus bertemu kembali.
“Awak pernah cerita, dia pernah berkahwin dulu?”
Tanya Norhanim yang sudah penuh pinggan berlopaknya dengan nasi dan lauk.
Marhana mengangguk.
“Hhmm… lima tahun lalu, Nim. Saya ingat lagi. Mereka dikahwinkan sebab dia dan Abang Badrul sama-sama akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ibu bapa kedua-dua belah pihak merasakan perlu mengahwinkan mereka. Sebab semua orang tahu, Abang Badrul sukakan kakak saya tu. Oh Hanim, waktu itu saya rasakan mereka berdua romantis sangat. Kakak saya pun suka Abang Badrul jadi, semuanya seakan terlalu sempurna. Macam…”
“Mimpi yang indah?”
Norhanim memintas.
“Iya, mimpi yang menjadi kenyataan. Saya selalu usik Kak Mazwin dan dia tak kisah pun.”
“Waktu tu umur kakak awak berapa?”
Tanya Norhanim.
“Mereka kahwin bulan Januari, umur kakak saya waktu itu sembilan belas tahun. Bulan tiga ayah saya pula meninggal dunia. Semuanya bagai bertimpa-timpa apabila bulan Novembernya, abang ipar saya pulak meninggal dunia. Kemalangan jalan raya.”
Segalanya kembali jelas di mata Marhanim. Abang Badrul mahu membelikan hadiah buat kakaknya. Sehelai tudung ungu… Niat itu tidak kesampaian.

SAMBAL KERANG NAJWA
“Najwa..”

“Yeap!”
Seng merenung belakang Najwa yang sedang terbongkok-bongkok melihat ikan masin di dalam bakul. Perlahan dia menghembuskan nafasnya.
Najwa seorang gadis yang baik. Gadis yang tidak pernah mencurigai persahabatan mereka. Bahkan dari Najwa dia belajar banyak perkara.
“Firdaus!”
Seperti terkena renjatan letrik, tubuh Najwa menjadi kaku mendengar nama itu disebut. Ada kesayuan yang cukup sukar diungkap dengan kata-kata.
“Najwa, kau dengar tak?”
“Dengar..”
Najwa terus-terusan tunduk. Dia tahu sejak akhir-akhir ini terbit rasa bersalah dia terhadap Firdaus. Dia tahu Firdaus tidak bersalah. Dia yang memutuskan persahabatan mereka kerana terlalu kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Mak Tam dan Pak Tam.
“Firdaus dah balik..”
‘Mana kau tahu?”
Aku rindukan Firdaus. Ahh. Keadaan sudah berbeza sekarang ini. Firdaus dahulu sudah berlainan dengan Firdaus sekarang. Najwa menganggar sendiri dalam hati.
“Aku yang ambil dia dari lapangan terbang. Apa pula mana aku tahu?”
“Oh..dia kontak kau lagi ke?”
Najwa kali ini suda berjaya menenang wajah Seng. Seng menganggukkan kepalanya. Rasa serba salah. Dia tahu kebencian Najwa terhadap Firdaus. Dia tahu betapa sayangnya Najwa terhadap Mak Tam dan Pak Tam.
Dia tidak boleh salahkan Najwa dan di masa yang sama Firdaus tidak bersalah.
“Kau marah akukah sebab kontak dia lagi?”
Sedikit ragu-ragu Seng. Seng selepas habis SPM terus bekerja dengan ayahnya. Kata Seng dia malas mahu belajar, nanti perusahaan ayahnya tidak ada orang yang menjaga.
“Itu hak kau Seng, apa yang berlaku antara aku dengan Firdaus tidak ada kena mengena dengan kau. Kau berhak berkawan dengan Firdaus.”

Inferior: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual; RM 18.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)

Emosi: Norhayati Berahim


Harga Jual: RM 13.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)

Egois: Norhayati Berahim-SOLD OUT

Harga Jual: RM 13.00 ( Third party's Collection)


ATIA dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sebagai sahabat.


Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia. Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya memang menyintai Fikri. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu. Sebagai seorang remiser, Atia mempunyai ramai pelanggan dan salah seorangnya Lokman.


Lokman seorang yang male chauvinist akhirnya jatuh cinta pada Atia namun Atia menolaknya kerana bagi dia cinta tidak semudah itu beralih arah.


Selepas emak Atia, Ramlah meninggal dunia, Atia diberitahu oleh ayah mereka Ramlah mempunyai seorang kakak. Atia pergi mencari emak saudaranya yang dipanggil Mak Long mempunyai seorang anak bernama Azali. Kerana kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. Mereka tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik. Sebelum Haji Idris berkahwin dengan Ramlah, dia pernah berkahwin dengan Hasnah ataupun Mak Long, emak kepada Azali. Berita tersebut membuat Atia bertambah luka dan dia membuat keputusan untuk ke luar negara mengubati hatinya yang terluka.


Mendengar berita Atia mahu meletakkan jawatan, Fikri menjadi kelam kabut. Dia mahu menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya. Akhirnya Fikri mahu tidak mahu terpaksa meminta bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja untuk menculik Atia.

Untukmu Segalanya: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual: RM 10.00 ( Third Party's Collection)


Kredit to: http://mamaerra.blogdrive.com


Walaupun cinta Atia terhadap Azali ditolak, Atia tidak pernah memusuhi Azali malah dia tetap mahu membantu Azali untuk terus berjaya di dalam perniagaannya. Namun begitu, setiap pertolongan Atia itu telah disalahertikan oleh Azali dan membuatkan Atia terluka. Kehadiran Nicky secara tidak lansung telah mengembalikan keceriaan di dalam hidup Atia... dan hubungan mereka menjadi begitu rapat.

Demi cita-cita untuk hidup bersama Atia... Nicky, seorang lelaki lembut yang punya sejarah hidupnya tersendiri berhasrat untuk kembali ke pangkal jalan dan ingin menjadi lelaki sejati. Hasrat mereka dihalang oleh Azali dan keluarga Atia. Akhirnya Nicky telah pergi menemui ILAHI dengan meninggalkan wasiat kepada Atia.


Air Mata Kasih: Norhayati Berahim-SOLD OUT

Harga Jual: RM 12.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki: SOLD OUT

Harga Jual: RM 15 ( Third Party's Collection)

Lewat Musim Itu: Norhayati Berahim-SOLD OUT



Kredit to: http://novelcinta.multiply.com


Harga Jual: RM 21.00 ( Third Party's Collection)

Air Mata Kasih: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00 ( Third Party's collection)


Kredit to: http://novelcinta.multiply.com


Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakhrulradzi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.

Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!

Tuhan menurunkan 'petunjuk bila Fakhrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia. FAS Holding milik Fakhrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya, Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun usahanya itu tidak berpanjangan bila fakhrulrazi kembali.

Di manakah Farah Diba selepas ini? Adakah dendam itu menjadi hitam? Hanya lelaki itu dapat menjawab persoalan ini!

Nota Cinta Buatmu: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual: RM 17.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Credit to: http://novelcinta.multiply.com


Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan.


Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.


Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!


Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali.


Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!

Seindah Derita: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual: RM 18.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


esekali, bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam… malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir. Sejarah dipermainkan… andainya itu sekadar untuk mematangkan… terima kasih kerana Berjaya membentuk Hardina yang hari ini. Hardina yang sedar diri. Hardina yang tidak mudah lupa diri.