Promo: Suami Terhangat ; Rafina Abdullah


Menjadi seorang suami dengan memiliki pakej lengkap dari segi rupa paras, kedudukan dan kewangan yang kukuh, jalannya tidaklah mudah bagi Idzmir Damien. Dia yang sudah berkahwin dengan Nurshila dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Felisha, sering menjadi perhatian wanita-wanita lain yang berkeinginan mahu berdampingan dengannya. Di tempat kerja, Idzmir menjalinkan hubungan sulit dengan Aiza yang memegang jawatan sebagai setiausahanya. Namun, pada waktu yang sama dia begitu menyayangi Nurshila dan anak perempuannya yang dipanggil ‘Uyi’. Setiap kali dia berhadapan dengan Nurshila, setiap kali itulah perasaan bersalah mula beraja di hati. Tetapi, Idzmir tidak seperti lelaki lain yang lebih menjurus tidak mempedulikan keluarga apabila mempunyai hubungan dengan wanita lain. Sebaliknya, dia lebih cenderung mengutamakan Nurshila dan Puteri Felisha dalam segala hal sehingga kadang-kadang dia mengabaikan Aiza. Cintanya kepada Aiza bukannya tidak ikhlas malah dia berniat mahu menjadikan gadis itu sebagai isteri keduanya. Namun, siapa sangka. Keadaan menjadi sebaliknya apabila Allah yang lebih berkuasa sudah merencanakan sesuatu. Dijauhkan Idzmir daripada Aiza apabila Nurshila mula menghidu kecurangan suaminya. Di sebabkan perkara itu, Idzmir mengambil keputusan untuk melupakan Aiza dengan menidakkan perasaan cintanya terhadap gadis itu kerana lebih mengutamakan Nurshila dan Uyi. Pelbagai isu yang cuba diketengahkan penulis di dalam naskhah ini. Berbagai konflik, emosi suka dan duka terkandung di dalamnya. Babak komedi dan romantis tidak dilupakan oleh penulis dan tidak terkecuali adegan thriller juga dimuatkan di dalam karya ini. Boleh dikatakan, kisah ini mengandungi seribu perencah yang boleh membuatkan anda tersenyum, ketawa dan bersedih. Di awal-awal cerita, pembaca akan membenci Idzmir tetapi pada akhirnya.... pembaca akan temui sesuatu dalam watak Idzmir itu sendir

Promo: Tirai Dosa Kelmarin: Arsha Wee

Nur Imanina - Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya. Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci. Kehancuran hidup gara-gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam. Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya. Terbit rasa kasih, terbina juga rasa sayang yang amat mendalam. Kasih sayang yang bertaut dengan Zarif Aimin akhirnya menemukan dirinya dengan Iman Faliq yang kelihatan serba sempurna. Iman Faliq – Biarpun mempunyai paras rupa yang sempurna, namun hati menggenggam erat kekesalan akibat dosa yang pernah dia lakukan di masa lampau. Dan kerana dosa kelmarin, ketenangan hidupnya sudah lama terhenti. Demi sebuah kemaafan dan keampunan, kini dia tercari-cari empunya diri yang pernah diragut kebahagiaannya. Kemunculan Nur Imanina yang lembut dan penuh kasih mula meruntun sanubari. Namun sebuah kenyataan maha hebat menyentak seluruh perasaannya, Nur Imanina adalah wanita yang pernah dianiaya suatu waktu dahulu! Jadi sekarang, layakkah dia melutut dan merayu demi sebuah keampunan? Dia inginkan kedamaian, inginkan masa depan yang lebih indah bersama insan yang pernah dia lukai, namun hati Nur Imanina begitu keras untuk dimiliki. “Kalau saya tak nak, apa awak boleh buat?” – Nur Imanina “Saya akan pastikan, takkan ada lelaki lain yang boleh kahwin dengan awak selain saya!” – Iman Faliq Namun takdir Allah mengatasi setiap percaturan manusia, akhirnya Nur Imanina dan Iman Faliq bersatu sebagai suami isteri yang sah. Tanpa jemu Iman Faliq cuba meraih kemaafan si isteri, dan dia berusaha menjadi suami yang baik demi membahagiakan Nur Imanina yang pernah dilukainya. Namun cukupkah beribu-ribu kasih sayang yang dicurah oleh Iman Faliq terhadap Nur Imanina? Dan mampukah terhapus dosa kelmarin tatkala ada hati yang masih terluka?

Promo: Jangan Benci Cintaku: Emy Roberto


Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. 

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

Promo: Kahwin 6 Bulan Aje?! : Anabella

RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya. 

EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?”

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

“Grrr… Lain?!” - Emir

“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan… 

Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… 

Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan! 

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? 

Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?

Promo: Suamiku Mr.Blind: DanisyaRahmat

“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.

Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran. 

“Aku tak nampak apa-apalah!” 

Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu. 

“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.

“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.” 

AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind! 

Novel preloved untuk dijual!!!!!

1.Curi-Curi Cinta: siti rosmizah: rm 30.00
2. Andai itu takdirnya: siti rosmizah: rm 14.00
3.maid: suri ryana: rm 20.00
4. Bisik-bisik gelora: fauziah ashari: rm 20.00
5.cinta kembali bertasbih: a.ubaidillah alias: rm 20.00
6.lafazkan kalimah cinta: siti rosmizah: rm 20.00
7.jaja dan din : noor suraya: rm 14.00
8.sebenarnya saya isteri dia: zura asyfar: rm 24.00
9. Kisah naz dan khalish: hanina abdullah : rm 16.00
10. Sayang seorang qaiser : anuar kamaruddin: rm 16.00
11.cik blur dan encik ikhlas: airisz: rm 13.00
12.akhirnya aku kahwin: herna diana : rm 14.00
13. Pengantin ekpress: pitteriah abdullah: rm 14.00
14. Bicara hati: damya hanna: rm 12.00
15. Bukan kerana aku tak cinta: e-man sufi: rm18.00
16. Adam & hawa: aisya sofea: rm 14.00
17. Takdir itu milik aku: siti rosmizah: rm 28.00
18. Kan kukejar cinta kamu: fauziah ashari: rm 23.00
19. Cinta kaundan aku: siti rosmizah: rm 14.00
20. Isteri separuh masa : suri ryana: rm 16.00
21. 7 hari mencintaiku: siti rosmizah: rm 27.00
22. Maaf jika aku tak sempurna: acik lana: rm 28.00
23. My precious iris: melur jelita: rm 29.00
24. Awak suka saya tak? : melur jelita: rm 29.00
25. Kasih bersulam cinta: rozita abd. Wahab: rm 11.00
26. I love you, stupid!: melur jelita : rm 33.00
27. Suamiku tak romantik tapi autistik: farisha imani: rm 24.00
28. Cik bunga dan encik sombong: airisz: rm 16.00
29. Aku bukan mistress: acik lana: rm 16.00
30. Kalau memang harus begitu: acik lana : rm 30.00
31.sentuhan kasih: halina kamarudin: rm 15.00
32. Teduhan kasih : marissa: rm 16.00
33. Yang manis: marissa : rm 13.00
34. Ya maulana: hana ilhami: rm 29.00
35. Gadis edisi terhad: rin ahmad: rm 20.00

wassap 0126110140 untuk order!!!!

Harga jual tak termasuk kos penghantaran!!!!!!

Promo: Sweetnya Dia: Maznie Darnisya

Tatkala melihat Laily yang memanjat kerusi sambil mengendap di luar jendela, hati Zarif sudah mula jatuh suka. Debaran tiba-tiba datang melanda. Apakah rasa itu bernama cinta? “Nak mengendap anak teruna handsome kat sini ke?” - Zarif “Eh! minta maaf sikit yer, jangan nak perasan boleh tak?” - Laily Pertemuan demi pertemuan yang sengaja dicipta Zarif selepas itu buat Laily keliru, siapa sebenarnya lelaki itu? “Saya bawa lori jer.”- Zarif “Kot yer nak jadi penipu bersiri pun agak-agaklah. Bawa lori pakai BMW. Lori apa?” - Laily Sweetnya Zarif dalam berbicara, manisnya Zarif tatkala tersenyum buat hati Laily mencair. Pun begitu, kekacauan yang ditimbulkan Alisa dan rahsia yang disimpan Zarif buatkan Laily hilang rasa percaya. Menerima Zarif sebagai suami kerana dendam bukanlah langkah yang bijak untuk Laily kerana sweetnya Zarif tatkala memujuk terus menukar dendam menjadi sayang. Kalau hati kata cinta, racun pun boleh saja jadi manis. ‘Jari ini mungkin tidak selalu bisa menyentuh Laily, mata ini mungkin tidak selalu bisa melihat diri Laily, raga ini mungkin tidak selalu bisa menemani diri Laily, tetapi yakinlah bahawa di hati ini hanya ada diri Laily, selamanya…’ Akan kekal bahagiakah rumah tangga mereka apabila ada pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan? Bila ujian datang melanda dan keraguan mula beraja, hanya kesetiaan yang perlu diambil kira.


Promo: Awek Pisang Goreng: Syah Shah

Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya. ‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’ Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’. “Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna. Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng. “Husna sayang...”- Daus aka Firdaus “Awak ni laa kan...” - Husna “Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’. Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba. “Firdaus...Don’t walk away now. - Husna Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri? Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA

Promo: Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro! :Syima Syawal

.Categories Buku Indonesia Al Quran Al HidayahPTSKemilau PublikaTelaga Biru Diari Haji & Umrah PTSKarya BestariAl HidayahGaleri IlmuTelaga Biru Islam Alaf 21Karya BestariTelaga BiruAl HidayahKharisma NetworksMust ReadPTSKemilau PublikaGaleri Ilmu Jahitan Utusan PublicationAlaf 21FTIM Designing Centre Kanak-Kanak PTSGaleri IlmuAlaf 21Pustaka AzharTelaga BiruKemilau Publika Kekeluargaan Al HidayahGaleri IlmuMust ReadKarya BestariPTSKemilau Publika Kerjaya Must ReadPTS Kesihatan Al HidayahPTS Motivasi Al HidayahMust ReadKarya BestariPTSGaleri IlmuJB News Media NetworkAmeen Books Novel Melayu Alaf 21 Al Hidayah Buku Prima Creative Enterprise Fajar Pakeer Galeri Ilmu Global Aksara Intens Jemari Seni K Publishing Kaki Novel KarnaDya Karya Seni Nafiela Books NB Kara PTS Pustaka Dini Roket Kertas SR Publication Tintarona Telaga Biru Penulisan2u Utusan Publication Ameen Books Idea Kreatif Lovenovel Karystos Creative Ilham Bestari Pengurusan PTSGaleri Ilmu Perkahwinan Al HidayahKharisma NetworksPTSMust ReadKarya BestariKemilau Publika Perniagaan TruewealthPTSMust ReadAl Hidayah Perubatan Islam Al HidayahSinar ZamdurraniPTSKarya Bestari Politik Utusan PublicationUTMMPHPTSMust Read Puasa Al HidayahPTSMust Read Resipi & Masakan PTSAlaf 21Utusan Publication Remaja Fajar PakeerAlaf 21Jemari SeniPTSGaleri Ilmu Sejarah Islam PTSKarya BestariAl HidayahMust ReadGaleri IlmuKemilau PublikaTelaga Biru Seni Kraf Alaf 21Utusan Publication Soal Jawab PTSKarya BestariTelaga Biru Solat Al HidayahPTS Wanita Karya BestariPTSAl HidayahUtusan PublicationKemilau Publika Wasiat & Harta Pusaka Must Read Yasin Al Hidayah Kewangan Utusan Publication Kitab Al Hidayah Home > Novel Melayu>Penulisan2u>Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro! . View full size . . Share on Facebook Send to a friend Print Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro! Penulis : Syima Syawal More details Reference : Penulisan2u Quantity : You must add 1 as a minimum quantity to buy this product. Availability: Notify me when available Warning: Last items in stock! .RM23.00 .By buying this product you can collect up to 2 loyalty points. Your cart will total 2 points that can be converted into a voucher of RM0.20. .Customers who bought this product also bought: . Kau Kekasih... RM23.00 Titian Cinta RM30.00 Terukir Cinta RM24.00 Pujuk Hati Dia RM23.90 Kerana... RM28.00 .Customers opnion about this product .More info.Tajuk : Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro! Penulis : Syima Syawal Harga : RM23.00 ISBN : 978-967-0567-13-6 Sinopsis “Happy birthday to you… Happy birthday to you… Happy birthday to you...” Andai lagu itu selalu dinyanyikan ketika majlis ulang tahunnya sebelum ini… namun berbeza tatkala irama dan lagunya bertukar menjadi… “Aku terima nikah Mira Maira binti Amir…” Ketika dia menginjak usia 19 tahun, MIRA MAIRA rasa bingung, keliru dan pasrah. Dengan rasminya dia telah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama ALIF HAZRIQ BIN DATO MUSTAFFA HARUN. CEO sebuah syarikat produk kecantikan. Adakah gadis sepertinya yang bertubuh kurus, berkulit hitam manis, hidungnya pula tidak mancung sepertimana model iklan syarikat suaminya akan dapat memiliki suami yang begitu sempurna? Mampukah mereka melayari bahtera yang tiada arah tujuannya? Dan jika itu takdir mereka… berjayakah Alif Hazriq membuang rasa egonya lalu menerima Mira Maira seadanya?

PROMO; BUKAN ISTERI SEMPURNA; TULIP UNGU

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.






Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.





Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.





Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”

Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”





Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”





“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”

Jawatan Kosong!!!!

TEMUDUGA TERBUKA PERANCANG KEWANGAN diperlukan segera!! Waktu INTERVIEW : Isnin - Jumaat (11pagi - 4ptg) Syarat-syarat kelayakan : # Lelaki/Perempuan berumur antara 21-45 tahun. # Min Diploma atau SPM (5 subjek Lulus + BM) akan dipertimbangkan.... # Mempunyai kenderaan sendiri.... # Mempunyai jiwa yang besar utk mencapai Misi yang ditetapkan. # Mahu belajar & Boleh diajar sehingga berjaya. Kelayakan sampingan : # Sanggup menerima kenaikan gaji SETIAP BULAN. # Sanggup membayar Zakat / Income Tax setiap tahun setelah menerima INCOME 5 ANGKA sebulan. # Sanggup menerima Bonus 2 KALI SETAHUN. # Sanggup BERCUTI min 3 kali setahun ke LUAR NEGARA. # Sanggup DINAIKKAN PANGKAT menjadi Manager selepas 3 tahun berkhidmat. Insentif tambahan : # Anugerah kecemerlangan bulanan. # Dan lain-lain lagi. Untuk keterangan lanjut PM/Whatsapp/Call/Sms 012-6110140. Nor Azlina Binti Yusof segera.

Promo: 13 Jam A380 : Evelyn Rose


Promo: Mr Secret Admirer : Shila Alish

Kisah suka duka seorang gadis genit, Zureen yang mendapat tawaran bekerja sebagai seorang jururawat peribadi kepada seorang lelaki sejuk beku kepala batu, Syed Redza, kacukan Arab-Pakistan yang baru sedar dari koma akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya yang berpunca dari tunangnya sendiri, Lisa.




Pelbagai cabaran dan kesukaran yang terpaksa dilaluinya sehingga satu peringkat, dia seolah-olah su...dah berputus asa untuk meneruskan tugasnya akibat provokasi yang tidak berkesudahan dari Syed Redza, tetapi kerana janjinya kepada ibu Syed Redza, Datin Raja Fatimah, dia terpaksa menahan hati.



“Encik Redza….kenapa Encik Redza layan saya begini? Apa salah saya? Salahkah jika saya hendak berkhidmat sebagai jururawat kepada Encik Redza? Salahkah saya jika saya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya? Susah sangat ke Encik Redza nak berikan kerjasama kepada saya?”, bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Zureen.



Dendam Syed Redza terhadap kaum sejenis tunangnya, Lisa telah menyebabkan Zureen menjadi mangsanya. Zureen menjadi tempat untuk Syed Redza melampiaskan perasaan marah dan dendamnya.



“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi tapi di belakang….macam racun!”, jawab Syed Redza dengan perasaan marah.



Zureen tambah tertekan apabila kehadiran abang angkatnya, Dr. Haziq yang disangkanya ikhlas menganggapnya sebagai adik sendiri, tetapi rupa-rupanya menjadi Mr. Secret Admirernya, apabila secara diam dia menyintai adik angkatnya selama ini. Perasaan cemburu terhadap Syed Redza telah menyebabkan dia terpaksa meluahkan rahsia hati yang disimpan cukup utuh selama ini.



“Apa salahnya dengan perkataan ikhlas tu? Pada abang langsung tak ada salahnya sebab abang memang lafazkan sesuatu yang amat ikhlas dan dia lahir dari hati abang sendiri….”,sambung Haziq tenang.



Tanpa Syed Redza sedari, wujud perasaan cemburu di hatinya sebaik sahaja mengetahui kehadiran Dr. Haziq di sisi Zureen. Dalam diam dia juga menjadi Mr. Secret Admirer kepada jururawat peribadinya sendiri. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Disebabkan sifat dendamnya, dia terpaksa menafikan perasaan halus yang mula berputik di hatinya.



“Ya…aku memang sakit. Aku sakit kat sini. Boleh kau tolong rawat?”, jawabnya selamba dengan tangannya menepuk-nepuk dadanya sendiri sambil matanya terus melekat di wajah Zureen.



Sebagai seorang gadis yang masih belum berpunya, hati Zureen yang agak keras itu akhirnya tersentuh juga dengan kesungguhan Syed Redza yang menginginkan dirinya mengisi kekosongan hati lelaki itu tetapi kemunculan semula Lisa telah mengubah skrip cintanya 360⁰ dan konflik demi konflik timbul selepas itu hingga menghancurkan hati wanitanya yang rapuh itu.



“Hanya Allah yang tahu apa niat aku. Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri. Alia….tak ada mana-mana pasangan yang dah bertunang kat muka bumi ni, nak lepaskan tunang dia kepada orang lain tanpa sebab….”

Promo: Babak Terakhir: Hannah Ezaty

“Nama I Emrizal bin Mokhtar. Sofea, you masih ingat dekat I, kan?” -RIZAL


...

“Mana boleh lupa, tempat jatuh lagikan dikenang. Ini pula pembuli durjana macam kau!”-SOFEA



Hati SOFEA ANNISA bagai dilanda Garuda apabila ingatannya singgah kepada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya ketika zaman kanak-kanak. Jai, ‘si monster’ yang pernah mengikat dirinya di pohon rambutan, menyumbat mulutnya dengan pasir sungai, menyimbah dirinya dengan air perigi yang sejuk.



Perasaan menyampah terhadap Rizal mendorong Sofea membalas dendam terhadap encik pembuli itu.



“Errr… Kita nak naik skuter ni?”- RIZAL



“Jaiho, cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria-ia nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!” - SOFEA

Promo: Pelindung Cinta : Misztyra

Hanya kerana sebuah amanah, Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung kepada seorang jutawan atau kaum kerabat, tetapi hanya pelindung kepada abang kawan baiknya, Raed Daniyal. Pertemuan pertama antara mereka mendebarkan Radwa, tapi tidak pada Raed. Dia benci! Benci dengan kehadiran gadis itu. Bukan benci kerana terasa diganggu tetapi benci kerana kehadi...ran gadis itu membuka kembali luka lama. “Saya... Saya...” “Saya apa?!” “Saya suka awak, Raed. Sebab tu saya buat macam tu.” “Oh, jadi nak tackle akulah ni?” Kecewa dengan reaksi lelaki itu, Radwa mula menjalankan misi lain. Misi mengubati kembali luka Raed! Malangnya dari misi memujuk, terpaksa pula menjadi... Misi memikat Raed! Dapatkan Radwa mempertahankan hubungan mereka dan sebuah amanah? Berjayakah mereka menjadi pelindung cinta antara mereka?

promo: suami simpanan superstar:crystal anabella

Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.

Promo: Jerat Hati: Tina Derika

Kerana apa bibir ini mengukir senyuman, kerana kau menjadi pengukir terhebatnya.


“Boleh tak kita berkawan?” - HAFIZA

“Kita tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.” - ASYRAF

... Zaman persekolahan. Kisah Asyraf si ketua kumpulan bajet Westlife. Pengawas popular berdarah campuran Turki dan paling cemerlang akademiknya, disayangi para guru. Maklumlah, anak Tan Sri. Manakan setaraf dengan Hafiza. Tapi tak berhakkah dia untuk berkawan dengan

Asyraf?

Sejak peristiwa yang memalukan itu, Hafiza menjadi mangsa sindiran kumpulan bajet Westlife yang sombong itu. Kononnya Hafiza yang tidak setaraf dengannya itu tidak tahu malu. Asyraf tidak sudah-sudah mencari pasal.



“Malang betul laki kau esok dapat bini macam kau.” - ASYRAF



“Kalau macam tu, aku pun boleh kata bini kau nanti malang dapat laki macam kau.”- HAFIZA

Lebih menyakitkan, sepupu Hafiza, Darina yang cantik dan kaya dipilih oleh Asyraf menjadi kekasih hatinya. Sembilan tahun berlalu, malangnya Darina menghilang tanpa meninggalkan khabar berita. Pergi begitu sahaja… Ke manakah dia?

promo: cintaku bukan murah: aleya aneesa


Promo: Mr. Pai Epal: Mardihah

Promo: Pergi Tanpa Alasa: Hani Fazuha

Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.


...

“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim

“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana



Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.



Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.



Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.



Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?



“Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana

“Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim



Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.



Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?

~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ HakimSee More

Promo: Dia Random Guy: Farah Husain

Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu.

Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula ...tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang.
Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung.
Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.
“You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina.
You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.
Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.
“You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar

“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina

Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala.
Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari!

‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’.
Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?

Promo: Dulu Benci Sekarang Suka : Rose Eliza

Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?








Preomo: Uniknya Cinta: Sha Ibrahim

Nur Amani binti Mukhlis - Dia sentiasa berpegang teguh pada prinsip hidup yang diciptakannya sendiri sejak dulu lagi. Tiada CINTA yang akan hadir dalam hatinya selagi tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga tidak dilunaskan dengan sebaiknya. Perwatakan Amani yang selamba dan mesra membuatkan dia disenangi ramai lebih-lebih lagi kaum adam. Kala muncul Imran Haniff secara tiba-tiba di dalam hidupnya, prinsip yang dipegang mulai goyah. Hati Amani mula tidak keruan dan dia kian keliru dengan perasaan sendiri. Mampukah dirinya bertahan dengan rayuan dan kata-kata manis serta sikap ambil berat Imran Hanif Hashim itu?




Dalam kalutnya Amani, kecomelannya tetap terserlah di mata Imran Haniff membuatkan hati lelaki itu bergetar hebat setiap detik.



Imran Hanif bin Hashim- Nur Amani binti Mukhlis mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Lain dari yang lain. Di saat gadis seusianya sibuk mencari CINTA, keutamaan Amani hanya kepada ibu bapa dan keluarga menyebabkan hatinya tertarik dengan gadis itu. Sepanjang dirinya mengenali Amani, dia belajar untuk mencintai dan dicintai dengan cara yang amat berbeza. Mereka bahagia dalam usikan dan benih-benih cinta. Namun siapa sangka, mereka berpisah jua atas kehendak Amani. Imran reda jika itulah kehendak Amani dan dia akan menurut walau kasih dan cintanya yang dianugerahkan oleh Yang Esa dalam hati lelakinya hanya untuk Amani.

Kuatkah jodoh antara Imran Hanif Hashim dan Nur Amani Mukhlis?

“Im…Im…Im…Encik Imran. Saya Am…Im…Am…Im…Am…Im…Am,”

“IMAM! Perasan tak?”

“A’ahlah! Comel!”

“Tahu tak apa!”


Uniknya cinta Amani dan Encik Imran

Promo: Dia Yang Kucari : Cempaka Qistina

Pertemuan Dania dan Haiqal bermula di sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. Dania seorang gadis lincah sering menghabiskan masanya di kelab malam. Manakala bagi Haiqal pula kelab malam ini adalah tempat untuknya berhibur. Sikap Dania yang tidak mengendahkan Haiqal benar-benar membuatkan Haiqal tercabar. Dalam diam dan tanpa sedar Haiqal sudah jatuh hati kepada Dania. Haiqal bertekad untuk menundukkan Dania.




Dania yang merupakan anak tunggal kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Menghabiskan masa di kelab malam merupakan cara untuk membuang rasa bosan apabila dirinya sering ditinggalkan oleh papa dan mamanya yang sentiasa sibuk bekerja. Pertemuan kedua Dania dengan Haiqal terus disambar oleh Haiqal apabila dia mendapat tahu hubungan Zack dan Dania bermasalah hingga masing-masing terlanjur. Dania sekeluarga kemudiannya berpindah ke London tanpa pengetahuan sesiapa pun. Haiqal yang menyesali tindakannya, cuba mencari Dania tetapi gagal.



Lima tahu berlalu. Atas urusan kerja Haiqal berkenalan dengan Maisara, seorang gadis yang sopan bertudung. Maisara berbeza dengan gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kehadiran Maisara telah menarik perhatian Haiqal. Dalam masa yang sama Haiqal sering berpelesiran dengan Linda. Bagi Haiqal hubungannya dengan Linda sekadar suka-suka, tetapi tidak pula bagi Linda. Dengan penuh harapan Linda benar-benar mengharapkan yang Haiqal akan menyukai dirinya.



Akhirnya, Haiqal mengetahui Maisara adalah Dania yang dikenalinya lima tahun lalu. Pada hari pertunangan Emir iaitu rakan baik Haiqal, Haiqal dikejutkan dengan berita Maisara adalah tunang rakan baiknya itu. Maisara adalah sepupu kepada Emir. Emir memang mencintai Maisara sejak kecil dan ikhlas menerima Maisara seadanya. Maisara tidak menyangka yang Emir berkawan rapat dengan Haiqal, lelaki yang punya kisah silam bersama dirinya suatu ketika dahulu. Tidak sanggup mahu mengkhianati rakannya sendiri, Haiqal mengkhabarkan rasa hatinya kepada Maisara, tetapi sayang Maisara tidak mempunyai rasa yang serupa.



Akhirnya terbuka juga pintu hati Haiqal untuk berubah. Sebelum ini Emir banyak menasihati Haiqal tetapi Haiqal beralasan yang dirinya masih belum bersedia. Haiqal perlahan-lahan berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik.



Suratan menentukan Haiqal kemalangan lalu koma. Maisara yang datang bersendirian ketika melawat Haiqal di hospital mengalirkan air mata apabila melihat keadaan Haiqal. Emir yang kebetulan datang ke hospital untuk melawat Haiqal hairan melihat Maisara datang bersendirian dan tidak pula mengkhabarkan kepadanya. Maisara akhirnya memberitahu Emir siapa Haiqal dalam kehidupan silamnya.



Demi kebahagiaan Haiqal dan Maisara, Emir mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Maisara.



Setelah Maisara sah menjadi isteri Haiqal dugaan datang menimpa. Maisara keguguran. Linda menabur fitnah hingga mengundang kesengsaraan Maisara.



Setelah sedar akan kesilapannya, Haiqal segera meminta kemaafan daripada Maisara. Puas Haiqal cuba meyakinkan Maisara yang dirinya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, Maisara enggan menerima kemaafan suaminya.

“Kucari dia yang jauh di mata.... rupa-rupanya dia dekat di hati....”



Promo: Biar Aku Jadi Penunggu: Arsha

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.




Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.



Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.



Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.



Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.



Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.



Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?”

Promo: Suamiku Encik Sotong: Syikin Zainal


ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?



“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish



“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica







Promo: Calon Isteri Jutawan : Nuriffa

Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia?

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.

Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.

“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”

“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”

“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”

Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

 Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”

“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”

“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”

Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.

Promo: Rindu Kamu Mr. Darcy : Syamnuriezmil

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.

“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”

“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”



NOVEL TERBARU TERBITAN MEI 2013

RINDU KAMU MR.DARCY ~ SYAMNURIEZMIL
HARGA : SM RM18.00 / SS RM21.00

... Sinopsis:

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.

“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”

“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”

Tapi...

Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?


“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisahdengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY


Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?

“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR


“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY


Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

Promo: Yang Manis: Marissa

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?

Promo: My Precious Iris: Melur Jelita

 
Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!


Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
 
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN
 
“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS
 

 

Promo: Mama Mia Shaza: Emy Roberto

 

Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka. Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal. “I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan “Okay, fine. What if I choose the baby?”- Maya “Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri. Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi. “Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan “Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka. Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?

Promo: Suami Tak Kuhadap: Rehan Makhtar

Jiwanya mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih dari perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergiaan ibu tercinta membuatkan airmatanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Usu dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setela...h lelaki itu menghalau Faez dari dirinya yang sepi.

“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!” - Nur Syaima

Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya. Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja. Malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Mahu tidak mahu, Syed Ahmad Budriz sanggup menerima cercaan dan maki hamun keluarganya kerana dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah. Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati.

“Abang minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz

Ada darah yang perlu dijaga, ada hati yang perlu bernafas dengan cinta, ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagian?

Promo: My Precious Iris: Melur Jelita

Copy from blog Melur Jelita. Boleh dapatkan di Pesta Buku hujung bulan ni ya..

Orang yang ku sangka akan membantah keras tapi bersetuju dengan girang. Tanpa bantahan, mama. Rakan konspirasiku, papa, sangat mengejutkan. Papa menghulurkan sekeping surat. Aku dan Firman terpinga-pinga. Surat wasiat? Surat penyerahan segala asset? Atau surat perlantikan? Ish … takkan papa begitu sayangkan aku, belum apa-apa , Firman dah dilantik sebagai CEO atau ahli lembaga pengarah dalam syarikatnya?

Tapak tangan kananku sudah gatal. Ini alamat nak dapat duit. Harap-haraplah duit betul, karang dapat penampar, naya. Tapak kakiku juga gatal. Itu alamat nak dapat rezeki terpijak. Haraplah betul..jangan dapat penyepak sudah!

“ Sila baca dengan suara yang kuat.”See More

Promo: Kata Tak Rindu: Siti Nur Dhuha





Kerana kecewa kekasih hati ber­kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke­kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per­janjian tanpa berjumpa ter­lebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
 

Promo: Cinta Bersaiz XXL: Aliesha Kirana

“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”

“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”

Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?

Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.

Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”

“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”

Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.

Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.

Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?

Promo: Lelaki Eksklusif: Wan Awliya Rayqal

NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”

“Serius?”

“Ngee, melampau bos ni.”

“Nora, saya serius ni.”

“Ya ke?”

Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.

Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.

Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.

Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

Promo: Biarkan YM terus berbicara: Hanni Ramsul

Sinopsis:-
Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.

Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.

Keadaan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.

Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.

“Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”