Promo: Mr Secret Admirer : Shila Alish

Kisah suka duka seorang gadis genit, Zureen yang mendapat tawaran bekerja sebagai seorang jururawat peribadi kepada seorang lelaki sejuk beku kepala batu, Syed Redza, kacukan Arab-Pakistan yang baru sedar dari koma akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya yang berpunca dari tunangnya sendiri, Lisa.




Pelbagai cabaran dan kesukaran yang terpaksa dilaluinya sehingga satu peringkat, dia seolah-olah su...dah berputus asa untuk meneruskan tugasnya akibat provokasi yang tidak berkesudahan dari Syed Redza, tetapi kerana janjinya kepada ibu Syed Redza, Datin Raja Fatimah, dia terpaksa menahan hati.



“Encik Redza….kenapa Encik Redza layan saya begini? Apa salah saya? Salahkah jika saya hendak berkhidmat sebagai jururawat kepada Encik Redza? Salahkah saya jika saya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya? Susah sangat ke Encik Redza nak berikan kerjasama kepada saya?”, bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Zureen.



Dendam Syed Redza terhadap kaum sejenis tunangnya, Lisa telah menyebabkan Zureen menjadi mangsanya. Zureen menjadi tempat untuk Syed Redza melampiaskan perasaan marah dan dendamnya.



“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi tapi di belakang….macam racun!”, jawab Syed Redza dengan perasaan marah.



Zureen tambah tertekan apabila kehadiran abang angkatnya, Dr. Haziq yang disangkanya ikhlas menganggapnya sebagai adik sendiri, tetapi rupa-rupanya menjadi Mr. Secret Admirernya, apabila secara diam dia menyintai adik angkatnya selama ini. Perasaan cemburu terhadap Syed Redza telah menyebabkan dia terpaksa meluahkan rahsia hati yang disimpan cukup utuh selama ini.



“Apa salahnya dengan perkataan ikhlas tu? Pada abang langsung tak ada salahnya sebab abang memang lafazkan sesuatu yang amat ikhlas dan dia lahir dari hati abang sendiri….”,sambung Haziq tenang.



Tanpa Syed Redza sedari, wujud perasaan cemburu di hatinya sebaik sahaja mengetahui kehadiran Dr. Haziq di sisi Zureen. Dalam diam dia juga menjadi Mr. Secret Admirer kepada jururawat peribadinya sendiri. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Disebabkan sifat dendamnya, dia terpaksa menafikan perasaan halus yang mula berputik di hatinya.



“Ya…aku memang sakit. Aku sakit kat sini. Boleh kau tolong rawat?”, jawabnya selamba dengan tangannya menepuk-nepuk dadanya sendiri sambil matanya terus melekat di wajah Zureen.



Sebagai seorang gadis yang masih belum berpunya, hati Zureen yang agak keras itu akhirnya tersentuh juga dengan kesungguhan Syed Redza yang menginginkan dirinya mengisi kekosongan hati lelaki itu tetapi kemunculan semula Lisa telah mengubah skrip cintanya 360⁰ dan konflik demi konflik timbul selepas itu hingga menghancurkan hati wanitanya yang rapuh itu.



“Hanya Allah yang tahu apa niat aku. Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri. Alia….tak ada mana-mana pasangan yang dah bertunang kat muka bumi ni, nak lepaskan tunang dia kepada orang lain tanpa sebab….”

1 Response to "Promo: Mr Secret Admirer : Shila Alish"

  1. Unknown says:
    April 12, 2015 at 11:07 AM

    Knp tdk diteruskan........kpn bab 36

Post a Comment