Copy From Blog Acik Lana
Tripod
berkaki tiga dibetulkan kedudukannya supaya lebih lurus dan sekata dengan skrin
hijau yang terbentang luas di hujung dinding. Sesekali dia tunduk, memeriksa
focus pada kamera yang dihala tepat ke hadapan. Berpuashati dengan
persediaannya, dia kembali berdiri tegak. Mata mengerling jam di tangan yang
sudah menunjukkan pukul sebelas pagi.
Hatinya
sedikit bergetar dengan rasa resah. Bimbang kerana kelibat Bunga tidak juga
muncul-muncul lagi di studionya. Mengikut perkiraan jarak dan keadaan trafik,
gadis itu tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke sini.
“Karl, dah
ready ke? Model dah sampai ni..” Jeslina yang sedang memeriksa lighting di
sudut bilik menegurnya. Karl Hakimi sekadar menganggukkan kepala dengan
senyuman kecil.
“Are you
okay Karl? Nampak semacam aje..”
Pertanyaan
Jeslina itu membuatkan Karl Hakimi sedikit tersentak. Pantas dia menganggukkan
kepala, menutup rasa resah yang tiba-tiba mencuit hati. “I’m okay, why?”
“Tanya aje,
you nampak macam resah gelisah aje. Macam kucing nak beranak..” Usik Jeslina
dengan ketawa kecil. “Kalau dah ready semua, I panggil model tu bersiap ya?
Sekejap lagi jewellleries sampai kan?”
Belum
sempat Karl Hakimi menjawab, dia nampak pandangan Jeslina beralih ke pintu.
Lebar senyuman gadis itu membuatkan dia ikut sama berpaling ke arah yang sama.
Dan di situ Bunga berdiri seraya berbalas senyum dengan Jeslina.
“Morning
Jess!” Sapa Bunga ceria.
“Morning
Bunga! You sampai tepat pada masanya..” Ucap Jeslina dengan senyuman lebar.
Jeslina
segera mendapatkan Bunga, membantu mengambil beberapa buah kotak yang dibawa
gadis itu bersama.
Bunga
tersenyum mesra. Namun terpandangkan wajah Karl Hakimi yang berdiri tegak merenungnya,
senyum dibibir dimatikan. Tak kuasa nak mesra-mesra dengan mamat ni!
Menyedari
masa yang kian suntuk, Bunga ikut sama menghulur tangan membantu Jeslina
mengenakan aksesori mewah itu untuk digayakan oleh model-model jelita yang
telah dipilih. Seronok juga dia membantu Jeslina kerana dia memang sukakan
bidang fesyen kebelakangan ini. Pengaruh TV kata Mazlina. Mungkinlah sebab
banyak sangat tengok America’s Next Top Model kebelakangan ini.
Selesai
saja mengenakan setiap aksesori mengikut padanan baju dan tema, Bunga
melabuhkan duduk di atas bangku berdekatan dengan tempat penggambaran dijalankan.
Sempat matanya memerhati Karl Hakimi yang masih sibuk dengan kameranya. Dan
tatkala model-model cantik jelita itu datang menyapa, bukan main lebar senyuman
di bibir lelaki itu.
Spontan
Bunga mencebik. Memang pantang nampak perempuan!
Dan apabila
sesi photoshoot bermula, duduknya kian menggelisah. Melihat gaya Karl Hakimi
yang begitu komited dengan kerja, jiwanya berkocak entah kenapa. Biarpun lelaki
itu menayang muka serius sambil memetik kamera, namun sudah cukup membuatkan
pandangannya terpegun lama. Sangat bergaya! Ah, benci betul.
Gorgeous,
beautiful, perfect, itu semua perkataan yang disebut berulangkali oleh Karl
Hakimi setiap kali gadis-gadis cantik itu meliuk lintuk di hadapan kamera.
Serta merta fikiran Bunga melayang, meneroka memori yang tujuh tahun sudah
berlalu.
Dahulu dia
juga mengalami situasi yang sama ketika menjadi ‘bunga’ Karl Hakimi. Tidak
putus-putus bibir itu memujinya di hadapan kamera, sekaligus menyuntik
semangatnya untuk tampil lebih bergaya. Terasa memang ada ‘connection’ terbina
di antara photographer dan model.
Apa nak
dihairankan, lelaki itu memang bijak berkata-kata. Jika tidak, takkanlah dia
tunduk mengalah dan menyerah. Dia tewas di jalan yang salah pada usia yang
masih mentah. Sungguh dia menyesal…
Bunga
memejamkan matanya, nafas ditarik dalam-dalam. Gigih dia cuba menghapus semua
kenangan perit yang masih melekat kukuh di hati. Entah bila semua ini akan
berakhir dan entah selama mana dia perlu menggendong beban ini di bahunya.
Malahan beban itu kian memberat apabila Karl Hakimi membuat ‘kemunculan semula’
dalam hidupnya.
“Bunga..”
Teguran
Jeslina di sisinya membuatkan dia tersentak. Terpinga-pinga dia memandang wajah
gadis yang manis bertudung itu. “Err.. kenapa Jess?”
“Karl suruh
you berehat dalam office dia. I pun nampak you semacam aje, you tak sihat ke?”
Pertanyaan
Jeslina itu membuatkan Bunga spontan mengalih pandang kepada Karl Hakimi.
Lelaki itu masih mengambil gambar namun kerap kali menoleh ke arahnya.
“Karl pun
tak concentrate hari ni, dia risaukan you kot..” ucap Jeslina dengan senyuman
penuh makna.
Bunga
tersenyum pahit dengan kata-kata gurauan Jeslina. Karl Hakimi nak risaukan dia?
Jangan haraplah. Kalau betul lelaki itu benar-benar mengambil kisah tentangnya,
dia tidak mungkin ditinggalkan terkapai-kapai sendiri tujuh tahun yang lalu.
Dan kalau benar kini ada rasa itu di hati Karl Hakimi, semuanya sudah terlambat.
Tujuh tahun terlalu lama untuk lelaki itu berpaling langkah kepadanya semula.
“I’m okay,
don’t worry. Maybe I just need some fresh air, ada café tak dekat-dekat sini?”
“Ada dekat
seberang jalan tu. You okay ke nak pergi sorang-sorang? Nak I temankan?” Pelawa
Jeslina bersungguh.
“Eh takpe,
lagipun you busy dengan kerja you. I pergi sekejap aje, I’ll be back later.”
Mendengar
penolakan lembut Bunga, Jeslina akur dan menganggukkan kepala. Dia membiarkan
saja Bunga berlalu meninggalkan bilik itu. Takkanlah dia mahu mendesak pula,
lagipun dia sendiri masih banyak kerja yang mahu diuruskan di sini.
“Jess!”
Panggilan Karl Hakimi mengejutkan lamunannya. Pantas dia memberi perhatian
kepada lelaki yang berdiri sambil bercekak pinggang ke arahnya.
“Yes,
Karl?”
“Where is
she going?” Soal Karl Hakimi dengan kening berkerut-kerut.
“Who?
Bunga? Dia pergi café seberang jalan tu. Dia kata nak pergi ambik angin luar, panas
kot kat dalam ni.”
Panas? Karl
Hakimi mengetap bibirnya. Panas apanya kalau aircond bukan main kuat lagi
terpasang. Bunga memang sengaja tidak mahu berkongsi ruang ini dengannya, dia
tahu.
“Okay everyone, wrap it up. Kita sambung after
lunch nanti.” Umumnya sedikit kuat.
Jeslina
ternganga. Biar betul bos dia ni, baru start shooting takkanlah dah nak
berehat?
“Jess,
belikan makanan untuk semua. I keluar sekejap..”
“Err.. you
nak ke mana Karl? Banyak lagi tak siap ni..”
“I nak
pergi ambik angin luar, panaslah..”
Sekali lagi
Jeslina terlopong, hanya matanya menghantar susuk tubuh tegap itu yang bergegas
keluar. Hatinya diterpa rasa aneh. Pertama kali dia melihat lelaki itu
merendahkan sifat profesionalismenya
kerana seorang perempuan. Sebelum ini kerjalah yang paling utama, hal-hal lain
memang Karl Hakimi boleh campak ke tepi lagi.
Bibirnya
menguntum
senyuman kecil. Nampaknya kali ini lelaki itu benar-benar serius
mahu memikat perempuan. Melihat pada gaya dan sikap dingin Bunga
terhadap Karl Hakimi, dia tahu bosnya itu perlu menggandakan usaha.
Calon kali ini bukan calon biasa-biasa, calon yang pasti lebih 'mahal'
dan mencabar.
Good luck Karl!!!*******************************************************************************
Mengikut catatan Acik Lana Di blognya..novel ini akan diterbitkan sendiri..Untuk Pre Ordering boleh email ke: novelacik@gmail.com. Harga belum ditentutuakn lagi...So jom email n buat pre ordering..ramai yang pesan..cepat la kita semua dapat memiliki novel ini..
3 Comments