Promo: Takut Kahwin : ADEEN ABIGAIL

Jasmine Lee seorang wanita biasa yang memiliki fobia yang luar biasa. Tiada istilah pasangan hidup baginya. Seboleh-bolehnya, itulah yang cuba dia elakkan selama dia hidup. Setiap lelaki yang cuba diperkenal ibunya pasti ditolak tanpa sebab. Sehinggalah pada suatu hari, nama Ben Carl Fernandez muncul dalam hidupnya di atas sekeping business card.

“Untuk pengetahuan kau, aku ni bakal isteri direktor hotel ni. Next time, watch your way,” katanya dengan sombong sambil menanggalkan kaca mata hitam yang sejak tadi melindungi matanya.

Gila! Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Gara-gara tidak puas hati dengan gelaran puan, sanggup dia membohong untuk mempertahankan dirinya dan gelaran cik. Pada pertemuan pertama, Jasmine tanpa sengaja mencipta salah faham antara mereka. Salah faham itu berlarutan dan menyebabkan perkenalan mereka menjadi serba tak kena. Siri pertengkaran berlarutan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.



“Kau tu tak sedar-sedar diri lagi, kau tu pencuri.” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. Tapi logik ke pencuri?
“Pencuri? Tak masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi memalukan Jasmine.

Tidak menyangka permusuhan mereka akan berakhir, persahabatan mula terjalin antara Jasmine dan Ben. Tanpa sedar, perasaan hangat menyusup ke dalam hati masing-masing. Namun perasaan takut terhadap komitmen dan hubungan perkahwinan membuatkan Jasmine melupakan sahaja perasaan itu sementara Ben masih terluka hatinya kerana Natasha, si kekasih lama.

Adakah Ben akan membiarkan semua itu terjadi begitu sahaja? Bagaimana pula halnya dengan Jasmine dan ketakutan sofistikated yang mengekangnya selama ini?

0 Response to "Promo: Takut Kahwin : ADEEN ABIGAIL"

Post a Comment