Kerana
terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima
ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah
takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar
seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan
kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila
seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini
akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah
dia menarik diri.
Perkahwinan
yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak
betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini
bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar
melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan
yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin
bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya.
Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan
egonya runtuh.
Mampukah
kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti
perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu
bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan
sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta
untukmu, pasti bahagia itu milik kita.
September 19, 2012 at 10:39 PM
brapa harga buku ini..
mcm mna sy nk belinya..
blh mail kan kat sy..
cae_ar@yahoo.com