Promo: Kerana Terpaksa Aku Relakan: Umie Nadzimah


Promo: Siapa Orang Gajiku: Azimah Lily


Promo:Bait-Bait Kasih: Sasya Zainal

Tanpa diduga dari teman sepejabat, perasaan Nellysha dan David bertukar menjadi cinta. Namun, agama menjadi penghalang. David tersepit antara keluarga dan kasih. Keluarga dia sayang, Nellysha dia kasih. ‘Oh, hati. Tolonglah aku untuk membuat keputusan.’

Dalam diam-diam, David mula mempelajari agama Islam. Rasa kasih pada agama ini mula muncul di hati. Tapi tegakah dia melukai hati mama dan papa yang membesarkannya bagai menatang minyak yang penuh? Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Apabila Tan Zhou Jeng, papa David mendapat tahu yang anaknya sedang mempelajari agama Islam, kata dua diberikan kepada lelaki itu. Akhirnya, David mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari rumah orang tuanya.

Tindakan David membuatkan Nellysha berasa serba salah. Dia mengambil keputusan untuk mengundur diri. Namun, ada sesuatu yang menghalang. Dapatkah dia dan David bersatu, sedangkan di hadapan mereka pelbagai halangan menanti?

Promo: Benci! Benci! Benci! : Ayu Emelda

“Benci! Benci! Benci! Kalau Zarif datang merisik sepuluh kali pun jawapannya tetap sama.

Tak suka! Tak nak! Tak mahu!” ~ Qisya Ammara.

Tetapi Zarif Amri juga yang jadi suami. Takdir mengatasi segalanya. Hubungan mereka terpateri dengan ijab dan kabul. Bukan kerana dipaksa, bukan disuruh dan bukan juga atas desakan sesiapa...Qisya sendiri yang rela.

Baru semalam bergelar isteri, angannya untuk mengecap bahagia hancur berderai. Menyesal! Sayang, segalanya sudah terlambat. Cinta yang cuma suam-suam kuku semakin haru-biru. Cemburu dan dendam meranapkan segalanya. Setiap kali rasa kasih hadir, ada sahaja yang jadi penghalang. Nama Akim bagaikan satu badi untuk mereka berdua merasai kebahagiaan. Kesannya, jasad dan jiwa Qisya cukup terdera dan terseksa.

Saat berputus asa dengan cinta, Zarif mula sedar bahawa isterinya tidak bersalah. Namun, mampukah sekeping hati yang sudah hancur lebur mengenal erti cinta lagi? Dia akan berjuang untuk memiliki cinta Qisya yang hilang tatkala dirinya kian dibenci.

Promo: Atin, Jom Kahwin! : Iffa Zalia

Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.

Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.

Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.

Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.

Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?

Promo: Saya Muslim, Awak Iman : Nur Fizkkmi Satar

Perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!”
“Lelaki kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.”
“Iman… Muslim… sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.”
“Tak nak!!!”
“Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak aje ni. Sesuai la kau orang.”
“Tak nak jugak!!!”




Benarkah tiada ruang untuk Iman-Muslim itu berdamai?
Kehilangan seorang adik merubah Iman dan membuatkan Muslim mati kata. Tatkala diri baru merasa teguh berdiri, datang pula rombongan meminang yang membuatnya bungkam kembali. Mengapa mesti ‘beliau’ menurut andai Iman bukan pilihannya sendiri? Perlukah Iman reda dengan takdir itu seperti dia reda dengan kehilangan adiknya?


Bahagia itu bukan hanya perlu dicari tetapi bahagia itu perlu dikenali
 

Promo: Aku Untukmu : Tulip Ungu

Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.
Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.
Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.

Promo: Sayang Cikgu Ketat- Ketat : Rafina Mimi Abdullah

Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.
Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”
Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.
Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.
Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”
Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?

Promo: Hello Mr. Perfect ! : Waniey Zakaria

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Promo: Dia Idaman Hari: NADRA YASMINA

“Apa awak cakap? Sila ulang.”
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang!
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?”
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.”
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer?
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.”
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”

Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!

Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar.

“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”

Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka!

Promo: PERSIS PUTERI : EZI AFIZA

Pertunangan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan keluarga. Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi kepentingan dua insan.

Rizman diberi masa sebulan untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarganya. Jika tidak, hak pemuda itu ke atas syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana pula mencari sesiapa sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk membalas dendam kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. Pertemuan yang tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat diletakkan dalam perjanjian itu.

“Hanya untuk setahun. Dalam masa setahun ini, tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi masing-masing.”

Permainan bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang dirancang berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan melakonkan watak masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati, ada insan lain yang ingin menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee yang berjaya mencuri hati Rizman membuatkan Diyana dilanda cemburu. Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah apabila lakonan mereka yang selama ini dibongkar. Rizman mula resah.

Dalam kemelut itu, ada insan lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan Diyana setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera mencari puteri hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri?

Promo: Takut Kahwin : ADEEN ABIGAIL

Jasmine Lee seorang wanita biasa yang memiliki fobia yang luar biasa. Tiada istilah pasangan hidup baginya. Seboleh-bolehnya, itulah yang cuba dia elakkan selama dia hidup. Setiap lelaki yang cuba diperkenal ibunya pasti ditolak tanpa sebab. Sehinggalah pada suatu hari, nama Ben Carl Fernandez muncul dalam hidupnya di atas sekeping business card.

“Untuk pengetahuan kau, aku ni bakal isteri direktor hotel ni. Next time, watch your way,” katanya dengan sombong sambil menanggalkan kaca mata hitam yang sejak tadi melindungi matanya.

Gila! Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Gara-gara tidak puas hati dengan gelaran puan, sanggup dia membohong untuk mempertahankan dirinya dan gelaran cik. Pada pertemuan pertama, Jasmine tanpa sengaja mencipta salah faham antara mereka. Salah faham itu berlarutan dan menyebabkan perkenalan mereka menjadi serba tak kena. Siri pertengkaran berlarutan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.



“Kau tu tak sedar-sedar diri lagi, kau tu pencuri.” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. Tapi logik ke pencuri?
“Pencuri? Tak masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi memalukan Jasmine.

Tidak menyangka permusuhan mereka akan berakhir, persahabatan mula terjalin antara Jasmine dan Ben. Tanpa sedar, perasaan hangat menyusup ke dalam hati masing-masing. Namun perasaan takut terhadap komitmen dan hubungan perkahwinan membuatkan Jasmine melupakan sahaja perasaan itu sementara Ben masih terluka hatinya kerana Natasha, si kekasih lama.

Adakah Ben akan membiarkan semua itu terjadi begitu sahaja? Bagaimana pula halnya dengan Jasmine dan ketakutan sofistikated yang mengekangnya selama ini?

Promo: Dia Jadi Saksi: Fareeda Qalisya




Lelaki kacak kacukan Melayu-Jerman macam Fareez, siapa yang tidak terpikat? Semua gadis mahu mendampinginya. Maklumlah... playboy! Perkenalan tiba-tiba dengan Ifa melalui laman chatting membuatkan hati Fareez tercuit. Timbul tanda tanya mengenai gadis misteri itu. Setiap kali disampaikan hasrat ingin bertemu, ada sahaja alasan gadis itu untuk mengelak. Ifa tergelak sendiri dengan idea nakalnya membohongi Fareez. Nama Ifa ditukar jadi Sherry. Kononnya dia keturunan Diraja Kedah. Semua itu sekadar menghiburkan hati. Namun, tidak sangka pula Fareez pensyarah di universitinya tetapi berlainan fakulti.

Lama-kelamaan, hubungan mereka semakin rapat. Apatah lagi setelah bertemu, ada perasaan terindah di hati Ifa. Sedangkan Fareez pula jatuh hati pada Isya, jiran yang baru tamat belajar di Jordan. Kedua-dua keluarga merestui, lalu mereka disatukan dengan ikatan pertunangan. Oleh kerana Isya seorang Muslimah yang menjaga tatasusila, Fareez berjanji mahu mengubah sikap nakalnya. Taubatnya bukan pura-pura. Dia memang ingin dekat dengan Yang Maha Pencipta. Tetapi mengapa dia lebih selesa dengan Ifa, bukan Isya? Dengan Ifa dia boleh jadi diri sendiri. Kenakalan dan gelak tawa gadis itu menghiburkan hati. Malah, Ifa sentiasa ada ketika dia memerlukan sokongan. Dia bingung. Haruskah dia pasrah dan berserah? Walau apa pun yang terjadi, biarlah hanya DIA jadi saksi.

Promo: Miss Pisau Cukur: Siti Nur Dhuha


Promo: Kejora Di Langit Cinta: Anis Ayuni


Promo: Musuhku Suamiku : Zuera Rasiddin


Promo: Primadona Orang Muda: Bikash Nur Idris


Promo: Cinta Abc: Emma Maizura

Seorang ABC, seorang lagi Sewel. Camila tidak pernah menduga kutukan itu akan mendekatkan dirinya dengan lelaki-lelaki itu. Seorang digelar ABC kerana sikap angkuh, bongkak dan cerewetnya. Seorang lagi dicop Sewel kerana aksi merapu ketika cuba memikatnya.

Dua pertemuan membawa dua episod cerita yang memualkan hati Camila. Sikap ABC banyak menggores hatinya manakala sikap si Sewel menyebalkan dirinya. Mujur pertemuan itu terjadi dalam waktu yang singkat. Sebelum dirinya dilabel tidak waras, Camila berjaya membebaskan diri daripada lingkaran kisah ABC dan Sewel.

Camila sering berdoa agar tidak dipertemukan lagi dengan ABC dan Sewel. Namun, badi kebencian itu mengekori dirinya ke mana sahaja. Kuasa ALLAH telah menemukan Camila, ABC dan Sewel semula di Tanah Suci Mekah. Lebih membingungkan, Sewel dan ABC berebut-rebut cuba meraih cintanya. Menyedari di mana mereka berada, dia terpaksa akur pada situasi. ABC bukan seperti tanggapannya dan Sewel sebenarnya tidak sewel.

Cinta tak kenal rupa mahupun siapa. Walaupun dia cuba membina tembok sekukuh Tembok Besar China, cinta tetap datang bagaikan cahaya kilat yang memanah terus ke dasar hatinya. Antara ABC dan Sewel, siapa yang akan menjadi mahram cinta Camila?

Promo: Sunan Musafir: Ramlee Awang Murshid

ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

Promo: 3 Kata Hati: Norzailina Nordin

Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?