Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.
Pun begitu, Dania atau ‘Nia’ berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi ‘brutal’ bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia. Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan.
Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti ‘enigma’ di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung. Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana ‘kepelikan’ dan ‘keunikan’ yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?
Tetapi… siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang.
0 Response to "Promo; Pukul 3.00 Pagi : Aina Emir"
Post a Comment