Kerana
sebuah janji, Sarah Humaira terpenjara di luar sangkar angan-angannya.
Angan-angannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang binaan bangunan.
Tidak terduga, dia disuruh berkahwin pada saat dia mendapat tawaran
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Semuanya hanya kerana janji
itu, yang membuatkan ibu dan ayahnya memaksanya berkahwin dengan lelaki
yang langsung tidak dia kenali.
Selepas
selamat diijab kabul, Sarah Humaira lari dari kehidupan perkahwinannya
kerana perasaan bencinya pada lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.
Perasaan benci yang sudah lama terpupuk sejak sebelum mereka bernikah.
0 Response to "Promo: Mampu Mencintaimu : Auni Amauni"
Post a Comment