Novel terbaru dari kak Norhayati Berahim..boleh di beli di pesta buku yang bermula pada 27 April 2012. Nie novel ya..bukan buku masakan :p
0 Comments
Novel terbaru dari kak Norhayati Berahim..boleh di beli di pesta buku yang bermula pada 27 April 2012. Nie novel ya..bukan buku masakan :p
“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati. Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka. Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya. Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka? Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi. Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
sis:-
Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.
Tak handsome pun tak apa… janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.
Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru
Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. “Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan? “Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!” Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik. “Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.Kau adalah manusia yang paling aku benci!!! Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.
Nurislam, sikap dan jiwanya yang keras menjadikan dia seperti lelaki. Akhirnya terjerat dengan cinta sonsang dalam meniti arus remaja. Dia tidak peduli jika ada yang sakit hati. Dia tidak kisah jika ada yang sakit mata.Itulah dunianya.Kehadiran seorang lelaki yang dianggap pengganggu pantas saja membuat hidupnya kacau. Dialah abang angkat,musuh ketat dan merangkap suami yang dinikahi tanpa sengaja. Hidupnya kacau semenjak dia mengenali lelaki yang berlagak macho itu. Pernikahan yang secara tidak sengaja mengundang penyesalan yang amat sangat di hati Nurislam.
Amera, anak angkat yang dijadikan tempat melepaskan dendam dan geram Ku Afnan Zakirin iaitu, anak Tan Sri Ku Ali kerana Amera disangka anak perempuan simpanan ayahnya. Sehinggalah terjadi satu tragedi berdarah, Amera terbunuh angkara Ku Afnan Zakirin. Kemunculan Nurul, si gadis bermata duitan telah berjaya menawan hati Ku Afnan. Meskipun kehadiran Nurul semata-mata inginkan kemewahan dan kesenangan, Ku Afnan Zakirin tetap ingin memiliki gadis itu. Pada masa yang sama Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin. Namun, lamaran Ku Afnan sebagai kekasihnya lebih menarik berbanding Jeff yang langsung tidak memenuhi sasarannya sebagai Miss Pisau Cukur. Mampukah kuasa cinta bisa merubah prinsip Nurul bahawa wang bukan segala-galanya?
Kerana sebiji epal, Najla telah ditinggalkan Herman.Hidup Najla mula terumbang-ambing setelah ditinggalkan Herman. Setelah mengenali Khairy, Najla mula bangkit semula. Lama-kelamaan terbit rasa cinta di hati Najla. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada Datuk Nordin dan Datin Munira. Akhirnya Najla jatuh sakit. Dia telah dirawat oleh Doktor Ikmal. Doktor Ikmal pula terpegun melihat wajah Najla yang seiras dengan wajah arwah isterinya, Sheila. Dia mula menganggap Najla seperti isterinya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Antara Herman, Khairy dan Doktor Ikmal, siapakah yang menjadi pilihan Najla? Adakah Herman? Adakah Khairy? Ataupun Doktor Ikmal?
Designed by EZwpthemes
Converted into Blogger Templates by Theme Craft