Harga Jual: RM 15.00 ( New Released : APRIL 2010)
Harga Asal: RM 18.00
Sinopsis: BERADA di dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafiya menderita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.
Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!
Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafiya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.
Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?
Macam mana nak jadi agent insurans??????
-
Salam.. Saya menjemput kawan2 yang nak ubah kehidupan family!!!
Seminar Build Your Business ni saya perlukan 10 orang sahaja!!!
Berminatnak sertai boleh ...
7 years ago
0 Response to "Percaya Ada Cinta: Ryana Adrina-SOLD OUT"
Post a Comment