Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90
Kondisi : 9/10
PERNAH mencintai, tidak pernah bercinta, tetapi adakah dia sedang dicintai?, antara suara halus yang mencuit hati dan bermain di benak hati Mimi Atia terhadap Tengku Khuzairi, selepas dua bulan tinggal sebumbung dengannya, meskipun hakikatnya mereka bukan muhrim.
Segala-galanya bermula dengan kes pembunuhan kerabat diraja, Tengku Hufzaireiy dan orang yang disyaki polis ialah anaknya, Tengku Khuzairi, memaksa pemuda terbabit melarikan diri dan kuasa Allah mendorongnya menceroboh rumah milik Mimi Atia yang kebetulan tinggal seorang diri.
Tengku Khuzairi menjadikan rumah Mimi Atia sebagai tempat persembunyian dan anehnya Mimi Atia patuh kepada segala arahannya, meskipun pemuda buruan itu menggunakan kekerasan dan memeras ugutnya.
Meskipun tinggal serumah, hubungan Tengku Khuzairi dengan Mimi Atia ibarat anjing dengan kucing dan tidak pernah sunyi daripada peperangan mulut kerana pemuda terbabit terlalu ego serta suka menyakitkan hati gadis itu yang tidak kurang degilnya.
Sungguhpun demikian, Mimi Atia tetap sudi menguruskan makan minum, baju dan segala keperluan hidup Tengku Khuzairi, walaupun nyawanya berada dalam bahaya kerana membantu penjenayah kerana di hatinya tetap terdetik rasa belas kasihan.
Tengku Khuzairi tidak sesekali menampakkan niat tidak baik terhadap Mimi Atia dan hal itu menimbulkan keraguan terhadap dakwaan kes pembunuhan Tengku Hufzaireiy selain gerak hatinya kuat mengatakan pemuda terbabit tidak bersalah.
Sepanjang dua bulan tinggal serumah, banyak kenangan dibina sehingga lahir usikan halus di hati masing-masing, tetapi baik Mimi Atia mahupun Tengku Khuzairi, memahami perasaan meletakkan mereka dalam dilema, lebih-lebih gadis itu yang sudah bertunang dengan pilihan keluarganya.
Perkenalan Mimi Atia dengan majikan barunya, Tengku Ezairy, pasti mencuit hati pembaca sehingga mereka tidak kering gusi dengan gelagat gadis itu ketika pertama kali bersua muka, kejadian tayar pancit di tepi jalan, gelagat memalukan di dalam lif pejabat dan pertemuan dalam bilik ketuanya.
Konflik keluarga Tengku Ezairy dan Tengku Khuzairi menjadi-jadi apabila Tengku Ezairy difahamkan bahawa adiknya, Tengku Khuzairi, membunuh ayah mereka, manakala adiknya diberitahu Mak Som, penjaga mereka sejak kematian ibu, abangnya dalang kes pembunuhan.
Siapakah sebenarnya yang bertakhta di hati Mimi Atia? Bagaimanakah kes pembunuhan ini diselesaikan?Kenalah baca novel nie kalau nak tau
Macam mana nak jadi agent insurans??????
-
Salam.. Saya menjemput kawan2 yang nak ubah kehidupan family!!!
Seminar Build Your Business ni saya perlukan 10 orang sahaja!!!
Berminatnak sertai boleh ...
7 years ago
0 Response to "Akhir Sebuah Cinta: Siti Nur Dhuha-SOLD OUT"
Post a Comment