Kasih Dania: Ayu Emelda-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.

Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.

Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA.

Cinta Dua Jiwa : Rania Firdaus-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


Hariz, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.


Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.


Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...

Bukan Terlarang : Nur Hazma-SOLD OUT


Harga Jual: RM 21.00 ( 883 m/s)
Harga Asal: RM 35.00


Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.


Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina.


Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita.


Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

Bukan Sekadar Rindu: Azian Zahra-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 21.90

Untukmu Sayang: Marwati Wahab @ Aleya Aneesa-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 21.90


Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yg
paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti.
Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya dendam harus
dibalas dgn dendam. tapi itu dulu... semakin masa berlalu, kisah itu
semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan,
"Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!"

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia
seorg yg menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi demi
sayangnya yg melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia
percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama
memberi nafas baru utknya yg semakin hilang punca.

"Untuk awak saya sanggup buat apa saja..."

Rupa-rupanya masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah
menggapai bahagia. Bila kasih sayang yg tulus sekali lagi teruji,
putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

"Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. Anggap saja saya gadis tidak
tahu diuntung. Sudah bertemu dgn lelaki baik, tapi tetap juga tidak
tahu menghargai. Maafkan saya..."

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yg memaksa, namun, usai melafazkan
kata2 itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

Rindu Padamu: Azian Zahra-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 22.90


elepas abang memaksa Lia menerima perkahwinan dengan abang, Lia sebenarnya benci abng
kerana mendapatkan Lia dengan secara keji apatah lagi bila tahu abang mengecewakan hati
Maisarah. Tapi siapa sangka dalam benci, hati Lia masih mahu bersama abang. Lia sengaja
aturkan rancangan di mana sebelum perkahwinan kita dapat keluar bersama. Lia ingin
lihat sejauh mana keikhlasan abng terhadap perkhawinan kita....tapi Lia yang semakin kuat
mencintai abang.Lia tidak ada cara lain untuk mendapatkan hati abang. Lia tak sanggup melihat
abang menjadi milik Maisarah, sebab waktu itu bang terlalu rapat dengannya. Lia cemburu, Lia tak sanggup
melihat abang bersamanya. Lia tidak dapat hidup tanpa abang. Lia dapat rasakan abang begitu dekat pada Lia....

Kasihku Satu: Amiza Anaz-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00 ( New Released, April 2010)
Harga Asal: RM 18.00


AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang di sangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas den dam tidak kesam paian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.

Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan pe rasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.

Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa. Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.

Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?

Percaya Ada Cinta: Ryana Adrina-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00 ( New Released : APRIL 2010)
Harga Asal: RM 18.00


Sinopsis: BERADA di dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafiya menderita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.

Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!

Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafiya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.

Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?

Mengukir Bahagia: Hani Fazuha-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”

Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?

Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”

Sejujur Hatimu: Umi Azrini-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


REEN & FAHRIN - Hubuhgan mereka sedingin salju. Walau bersaudara, namun tidak pemah sehati dan sejiwa. Fahrin yang bijak dan berkarisma menjadi kebanggaan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam men-jernihkan perhubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-ma-sing menginjak dewasa.

Kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segalanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.

Semuanya berpunca dari rasa dendam, sakit hati dan keegoan. Fahrin nekad. Andai dia ditakdirkan kecundang dalam cinta, biar dia mencari kebahagiaannya sendiri. Malang sekali, Reen dijadikan mangsa. Fahrin menjadikan kegagalan cintanya sebagai landasan untuk menguji 'kehebatannya' yang sebenar. Kerana dia, banyak hati yang terluka dan sengsara. Biarkan! Baginya, biar orang lain menderita kerananya, jangan dia meratap kerana mereka. Cukuplah sekali dia tewas.

Pepatah ada mengatakan, "Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat.'" Benarkah?

Demi Kasihmu: Amieza Anaz-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 24.90


Luqman Hakimi; Sesungguhnya mencintaimu membuatkan aku membuka ruang hati untuk dilukai. Kututup segalanya dengan secebis kekuatan Cuma. Tapi tegakah aku melepaskan rasa cinta yang menggunung demi menyaksikan kebahagiaanmu? Aku buntu namun demi rasa cinta ini, kulepaskan jua walaupun kau milikku abadi. Jangan kau kata rapuh cintaku padamu kerana kau tidak mengerti demi siapa aku korbankanya. Aku wanita lemah, namun kekuatan cinta kubawa untuk mengharungi liku-liku hidup ini. Maafkan aku Lugman Hakimi andai selama ini meragui cintamu. Percayalah, tak mudah untuk kurelakan perpisahan, namun aku pasrah pada ketentuan. Hanya berdoa agar kau terus berbahagia agar pengorbanan tidak sia-sia. Aliah Maisarah; mencintaimu membuatkan aku nanar. Cinta tak semestinya perlu diucap. Namun, segalanya sirna tatkala kau meninggalkanku. Saban waktu hati ini tertanya dimanakah nilai cintamu padaku? Terlalu murahkah harga cinta ini di matamu? Lelah rasa jiwa ini merinduimu. Mengharapkan kepulanganmu seperti menanti bulan berwarna biru. Luqman Hakimi, Alia Maisarah. Dua jiwa satu hati. Takdir penentu segalanya. Namun mampukah mereka menghargai ombak badai mahakarya cinta yang tercipta untuk mereka?

Viva Sakura: Zuliana Abuas-RESERVED BY SOFIA


Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 21.00


Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...

Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam

Dendam Pencinta: Ann Aishah-SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00
Harga Asal: RM 26.00


Mengisahkan Aliff yang ingin membalas dendam kepada Anding, teman lelaki Rina, adik perempuannya yang menyebabkan kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga menyebabkan Rina koma dan cacat kakinya. Ini menjadikan Aliff berdendam pada Anding dan bertekad mahu membalas segala kesedihan yang dilalui dan dia mahu Anding merasai segala kesedihannya. Aliff cuba memikat Murni, adik Anding. Niat awalnya mahu membalas dendam akhirnya bertukar menjadi cinta dan sayang apabila Murni seorang isteri yang patuh dan baik. Tatkala Aliff mengakui cintanya pada Murni, rahsianya terbongkar. Murni kecewa apabila mengetahui niat sebenar Aliff mengahwininya. Murni melarikan diri daripada Aliff. Akhirnya setelah banyak liku yang dilalui, Murni mengakui kejujuran Aliff dan kembali kepada Aliff.

Kopi Susu Sepatu Biru: Ruby Hazri-SOLD OUT


Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 21.00


Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:

* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?
Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza.

Rembulan Berdarah: Anita Aruszi-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 24.00


REMBULAN BERDARAH adalah buah tangan terbaharu daripada Anita Aruszi, yang pernah bekerjasama dengan KN dalam penerbitan BUNGA SYURGA tahun lepas. Kisah Rembulan Berdarah menceritakan komplot ahli keluarga sendiri untuk membolot harta kekayaan secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan cinta.

Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

Tinggallah Pujaan: Mimie Afinie-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


NURAIN, seorang kanak-kanak nakal, lincah dan periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.
Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman, terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah dan saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.
Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta dan rindu. Kepada siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasa itu kalau bukan Haikal? Lelaki yang sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka dan juga duka.
Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya…
“TINGGALLAH PUJAAN”… Ungkapan yang amat memeritkan Nurain… Namun dia harus merelakan.

Hanya Kita Berdua: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.
Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?
Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.

Hujan Rindu: Anita Aruszi-SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00
Harga Asal: RM 25.90


Synopsis : Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.

Castle Cinta Deaday: Indah Hairani-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00 ( New Released, March 2010)
Harga Asal: RM 18.90


Sejak kecil Hidayah mengalami krisis menilai identiti. Papa mengajarnya menjalani kehidupan seperti remaja lelaki manakala mama pula menginginkan dia menjadi gadis sejati. Memenuhi kehendak mama dan papa membuat dia pening kepala.


Krisis kemelut berlanjutan hingga kepada soal hati dan perasaan. Imran Hadi seorang yang berkarisma, tenang dan berkaliber. Dia senang dengan lelaki ini. Raziq pula lelaki ego dan sombong hinggakan mereka sering bertelingkah. Namun jika Raziq tiada, Hidayah akan berasa rindu. Siapakah sebenarnya yang berada di
hati Hidayah?

Bidadari Hujan: Nor Azzahra- SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00 ( New Released March 2010)
Harga Asal: RM 20.00


Kasihan itu salah satu cabang cinta!

I

Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
“Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.

II

Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
“Macam mana saya nak pulangkan?”
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
“Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”

Apa jawab hati aku pada saat ini?

Pengumuman!!!

Saya akan berada di Singapore pada hari Selasa & Rabu..Sebarang pertanyaan melalui SMS akan saya balas pada hari Khamis. Pertanyaan melalui email, akan saya reply seperti biasa.


Isnin saya akan melakukan penghantaran order untuk SOFIA & HANYSAH.


Terima kasih kerana sudi membeli koleksi saya dan melayari blog ini.

Tiada Noktah Cinta: Shahzy Hana-SOLD OUT


Harga Jual: RM 19.00
Harga Asal: RM 30.90


Sinopsis: Aku kehilangan cinta demi kasih yang tidak ternilai. Kau kehilangan cinta kerana terasa diperdayakan. Lantas dalam sendu yang masih bersisa, kita diikatkan dalam satu ikatan yang amat suci. Setelah lafaz termeterai, dalam pasrah aku serahkan jiwa ini hanya untukmu. Namun, tahukah kau betapa pedih luka di hati tatkala kau mengakui si dia masih bertakhta di hatimu? Aku tahu kau terseksa. Tahukah kau aku juga menderita? Di hujung derita itu, aku tahu kita berdua serupa. Berkorban dan terkorban demi orang yang paling dicintai… paling dikasihi. Haikal Hakimi… Sara Ellyssa… dua jiwa tersandar kepiluan. Masihkah ada cahaya menyuluh jalan alam rumah tangga yang baru dilafazkan?

Jiwa Merindu: Erin Zehana-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


PERTEMUAN semula dengan Luqman benarbenar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.
Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.
Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.
Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.

Setulus Hati: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup.


Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!


Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat di senangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?

Ku Damba Bahagia: Dhiya Zafira-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.
Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.
Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

Tiada Yang Kedua: Sania Yasmin-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal : RM 18.00


NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Makna Cinta: Maria Alina-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.

Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.

Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.

Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.

Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

Berbunga Kasih: Hani Fazuha-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang! Sebenarnya Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

Aku Mahu Kamu; Aleya Aneesa-SOLD OUT




Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.


Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.


Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Suci Wajah Rindu: Zuraidah Othman-SOLD OUT


Harga Jual: 14.00
Harga Asal: RM 22.90


elangi cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yang kupintal tatkala kehilanganmu....

Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai. Dia menyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian daripada mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun… terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.

Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka…

Ruang Rindu: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual : RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu. Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu dengan Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nelad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

Warna Hati: Meen Zulaikha-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


SUATU ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri. Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri ter lerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...

Horizon Cinta: Umi Azrini-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.

Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.

Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?

Rindu Cintaku : Fauziah Ashari-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 23.90


Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dala kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak terdaya untuk menggalas beban yangmembelenggu hati bila bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa, dan hilang Izzah. Namum membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andai mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan?, Rumahtangga?, Cinta tak kesampaian?, Kesetiaan?, Maruah?, Atau..Nyawa?

Nama Aku N: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal:RM 17.00


Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.

N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Dia mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.

N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.
Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z.

Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi… sesuatu telah berlaku.

N cekalkan semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar ‘teman tapi mesra’.

Dengan Nama Cinta & Nur Kasih : Bikash Nur Idris-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 21.90


DENGAN NAMA CINTA. Ada waktu, setia saja tidak cukup tanpa percaya. Dan, percaya itu telah lama hilang daripada hati Sirna. Namun, bijaknya seorang Hasif, percaya kepada cinta dan lelaki itu sendiri, mahu menerpa. Haruskah peluang itu diberi? Ada waktu pula, hati pernah faham bagaimana untuk padamkan cinta. Akal membilang, namun hati menegah. Begitulah hati Aiza apabila cinta lalu menyapa, Izam kembali semula meminta ruang yang sedia untuknya. Bolehkah ruang itu diberi? Dan, waktu lain pula, cinta tidak hanya boleh berdiam. Harus ada lafaz, harus ada ucap. Itulah mahu Haryani, daripada abang angkatnya sendiri. Dia sudah llah melafaz, dia sudah penat mengucap.

Kini, giliran Fitri. Mampukah lafaz dan ucap itu diberi? NUR KASIH. Kalau diberi pilihan, antara dendam dan rindu, Arin akan memilih dendam. Kerana dendam itu membuatkan dia ada sebab untuk mendekati lelaki itu namun rindu bakal memaksa dia berlari jauh. Kerana rindu buat lelaki itu bukan layak hatinya. Hanya Aryanie layak di hati Fairul. Benarkah begitu?

Lili Buat Najah : Nazurah Aishah-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.00


telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri… hidup bersamaku…

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh.
Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?
Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...

Tulis Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup
kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…?

Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!

Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya... Sebuah kisah yang mengesankan pada yg sedia berkongsi rasa.

Samudera Indiah Nian : Mazni Darwisya-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


barat setianya Ali pada Fatimah

Ibarat kasihnya Muhammmad pada Khadijah

Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.

Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?

Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.

* * * *

Nukilan pertama Mazni Darwisya – Samudera Indah Nian – berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumut. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati...? Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya!

Kasih Pun Bersatu: Izza Aripin-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00
Harga Beli: RM 24.00


Kasih Pun Bersatu… karya terbaharu Izza Aripin ini menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian.

Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.

Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris.

Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin.

Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi….

Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?

Bertakhta Di Hati: Marwati Wahab @ Aleya Aneesa-SOLD OUT


Harja Jual : RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90
Kondisi: 9/10


Najmi Syahadat... merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti
menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih
menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang
diharap, lain pulak takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu
mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.

Dan... dia sudah puas menangis suatu masa dahulu.. ditinggalkan orang
tersayang rasanya sakit sekali. tapi ditinggalkan tanpa penjelasan,
rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu?
Sedangkan lelaki yg punya jawapan itu sudah membawa pergi senda tawa
impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.

"Merayulah, Najmi... menangislah selagi masih berupaya menangis.
Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku
tak akan pernah berpaling."

Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga
demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

Bunga Syurga: Anita Aruszi-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14
Harga Asal: RM 23.00
Kondisi:9/10


Pencarian cinta dan kasih sayang yang didambakan oleh Nurul Hijjaz terhadap Riffki dan datuknya membawanya ke jalan yang berliku dan penuh dengan ranjau.
Riffki yang telah kehilangan cintanya akibat peristiwa pengeboman di Bali telah berubah kepada seorang yang dingin. Cinta di hatinya telah mati bersama Nurlaila.
Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan.
Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan?

Biarlah YM Berbicara: Hanni Ramsul-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 20.00
Kondisi: 9/10


Abang kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlahu sendu? Mengalun irama indah di hati… Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debat sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat pada mu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku Cuma satu. Menjadi suri di hatimu… Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta sayang dan simpati. Kelirunya apabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini.

Maafkanku Sayang: Mimie Afinie- SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.00
Kondisi: 9/10


MAAFKAN KU...SAYANG sebuah novel yang pastinya tidak akan mengecewakan anda. Lucu, sedih, saspen, marah… itulah yang akan anda rasakan sepanjang menghayati novel yang sarat dengan konflik ini.

Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka. Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba-serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai. Bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.

Di tempat itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. Di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.

Namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia. Terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang.

Mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuat dirinya kecewa. Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama!
“Takkan ku berhenti mencintaimu… seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa…” Kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya, yang terus merobekkan hati…

“Maafkan ku sayang…” Bisik hatinya di angin lalu.

Dedalu Di Hati: Anita Aruszi-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 22.00
Kondisi:9/10


Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tak puas-puas dia menatap wajah gadis itu. Wajah Aleya kelihatan comel dalam tidurnya. Mengingatkan peristiwa dia mengucup dan memeluk Aleya di perhentian teksi tadi, Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang...

Irina memerhati gerak-geri Hadzril yang tekun menyiapkan kerjanya. Dia leka memerhatikan wajah Hadzril. Dari kening lebat itu sehinggalah ke tulang pipi dan bibir Hadzril, segala-galanya cukup indah baginya. Wajah tampan itulah yang diinginkan menjadi pelindung dalam hidupnya. Dia ingin tua bersama Hadzril. Dia ingin mengecap bahagia bersama lelaki itu. Itulah impiannya, itulah harapannya.

Sakti Cinta: Anita Aruszi-SOLD OUT


Harga Jual: RM15.00
Harga Asal: RM23.90
Kondisi: 9/10


Dina Azura membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak
matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut... Sejak dia
menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya.
Itupun lelaki itu lebih byk bercakap dgn mamanya. Selepas itu panggilan Diazey
tak pernah muncul lagi.


"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung,
saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan
kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika
saya di tempatnya, mungkin saya tak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang
tadi singgah semula di gegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat.
Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di
hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga
terlelap.

Baju Pengantin Mak Andam : Areila Sahimi- SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00
Kondisi: 9/10


Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

Street Vendetta: Mazni Aznita @ Anita Aruszi-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yg aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas panjang. - Kojie


Lidah Anabela serta-merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dlm keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess, Bella. Takkan dalam sekelip mata Fakruzi boleh menyukainya! - Anabella


"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang, aku cuba utk mengenali siapa kau sebenarnya. Baru sekarang aku cuba untuk menggali semula wajah yg hilang dari ingatanku."-Anabella


Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Annabela. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yg ditempuhinya bersama Anabela ke Cherating seperti yg diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar2 pasti. Sesuatu yg memberi kekuatan dlm dirinya. dia pasti - Fakruzi.


"Itu sajakah yg kau nak ckp pada aku? Setelah selama ini kau permainkan aku mcm org bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam org gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - anabella.


-------
Saya bermula dgn novel bergenre percintaan dan misteri. Dan entah sejak bila saya mula menulis tentang genre yg sedikit berbeza. Jika ditanya di mana permulaannya, saya sendiri tidak tahu menjawabnya. Jika ditanya apa yg membuahkan idea? Maka jawapannya adalah anda yg telah membaca blog dan karya2 terdahulu saya. Di situlah kekuatan dan keazaman saya bermula dan tercetusnya ilham utk Street Vendetta. Kisah Bella dan Kojie digarap dgn watak2 mereka yg berada dekat dlm kehidupan saya sendiri dan mungkin juga kehidupan anda!
~Mazni Aznita~

Selagi Ada Dia: Aisya Sofea- SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90
Kondisi: 9/10


Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu erjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namu kasih yang disulam, janji yang dimeterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia tdak terduga. Sebagai wanita bermaruah Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh dari kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu...hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hatinya masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? slama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? terlalu memilihkah dia?

Kalau Ada Jodoh: Mimie Afinie-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90
Kondisi : 9/10


Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.

Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian.

Segalanya Untukmu: Aleya Aneesa-SOLD OUT


Harga Jual: Rm 12.00
Harga Asal: Rm 19.90
Kondisi: 9/10


gnkan di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

Bila Dah Suka: Mimie Afinie-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90
Kondisi : 9/10


Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.