Promo: Dia Hanya Untukku: Rozita Abd Wahab



 Sinopsis: Hidup Alissa sungguh terseksa. Sudahlah dibenci dan dihina ibu kandung sendiri, dia pula tertangkap basah dengan majikannya sendiri, Syed Hadif. Akibat peristiwa hitam itu, mereka dinikahkan atas restu ayah Alissa sendiri. Saat disahkan sebagai isteri, hatinya remuk-redam. Antara pasrah dan tidak, dia harus melupakan Ilham, kekasih hati yang sudah mengikat janji untuk membina mahligai cinta.

Perkahwinan itu semakin menyeksa batin Alissa. Hubungan halal itu harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan isteri pertama Syed Hadif. Sampai bila rahsia harus disimpan sedangkan Syed Akil, adik suaminya sering mendambakan rindu dan kasih sayang daripadanya? Namun dia perlu akur. Dia sudah bersuami dan wajib membahagiakan suaminya.

Menjadi isteri kepada Syed Hadif bukan bermakna penderitaan tamat begitu sahaja. Malang menimpa diri, Syed Hadif pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya yang telah dirancang seseorang.

Ya ALLAH… ke mana lagi Alissa mahu membawa diri? Haruskah dia kembali kepada Ilham? Perlukah dia mencurahkan kasih kepada Syed Akil? Kedua-duanya pernah dikecewakannya. Siapa sebenarnya yang mampu merawat duka laranya?

Promo: Cinta Hujan Panas: Emma Maizura

 
 
Sinopsis: MIA ZARA, bukanlah model popular. Dia datang ke Kuala Lumpur untuk temu duga kerja setelah dipaksa keluarga angkatnya. Sebelum sempat ditemu duga, dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dia benci demi maruah dirinya yang tercalar.

“Awak ingat kita suka sangat dengan perkahwinan ini? Kita buat ni demi maruah diri kita. Kalau apa-apa terjadi selepas peristiwa malam itu, nasib kita terjamin. Masyarakat tak pandang serong pada kita!”

Munif, cucu hartawan terkenal. Seorang yang kacak dan sukakan perempuan cantik dan seksi. Belum sempat menikmati zaman bujangnya, dia dipaksa berkahwin. Perkahwinan itu adalah satu kesilapan besar bagi dirinya. Bagaimana dia boleh terjebak dalam perangkap gadis itu? Dia yakin apa yang berlaku adalah muslihat gadis itu untuk menjerat dirinya. Untuk membalas dendam pada gadis itu, dia melancarkan ‘perang.’
 
“Kau jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan kau! Kau jangan nak berlagak jadi puan besar pula! Kau mesti buat kerja dalam rumah ni. Mulai esok, kau mesti sediakan segala keperluan aku!”

Inilah kisah Mia Zara dan Munif. Rumah tangga yang dibina bagaikan kapal karam sebelum belayar. Namun, jodoh itu rahsia ALLAH, tiada siapa tahu apa akan terjadi
 

Promo: Pelangi Cinta Buat Suami: Acik Lana

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja. Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati. Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua. Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya. Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza. Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya. Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit? “Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”

promo: I'm mrs kertu: Danisyarahmat

 
 
Ainul Mardhiah Ismail seorang anak yatim piatu… kerana peristiwa hitam yang meragut kesuciannya dia dipaksa mengahwini Adam Yusuf seorang duda berusia 20 ta...hun lebih tua darinya…
“Ain tak nak terima kak. Dia terlalu tua buat Ain. Bukan itu impian Ain. Kalau nak kahwin pun biarlah seusia dengan Ain…Bukan sikertu itu”.
Adam Yusuf Mustafa seorang duda yang kematian isteri. Wajah Ainul yang seiras arwah isterinya membuatkan dia tertawan. Sejak bila mula jatuh hati dia pun tak tahu…kerana terlewat mengambil Ainul malam itu menyebabkan gadis itu kehilangan permata berharga...kerana rasa bersalah, Adam Yusuf rela memikul tanggungjawab itu…
“Ainul saya sedar diri. Memang saya tak layak. Tapi saya rasa bersalah. Saya yang menyebabkan Ainul jadi begini. Kalau saya cepat…kalau tayar kereta saya tak pancit…kalau Kak Biah temankan Ainul malam tu…tentu semuanya bukan begini.”
“Saya nikah dengan Ainul sebab saya mahu melindungi Ainul”.
Kerana tidak rela berkahwin dengan lelaki tua, Ainul tak pernah menerima Adam sebagai suaminya. Adam pula sentiasa bersabar dan berdoa moga satu hari nanti pintu hati Ainul terbuka untuknya.
Atas dasar tanggungjawab, dia menyara hidup Ainul sehingga ke menara gading. Pernikahan ini kekal rahsia dan akan dinoktahkan apabila Ainul berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor dan boleh berdikari.
4 tahun Adam membawa diri ke US kerana kecewa dengan sikap Ainul yang keras hati. Pertemuan yang tak dirancang selepas 4 tahun membuatkan hati Ainul berbolak balik, sedangkan kala itu Abang Hafiz yang juga pensyarahnya merangkap teman sekampung melamar dirinya. Dia keliru antara menerima Hafiz atau kembali semula pada Adam suaminya sedangkan sejak mula, lelaki itu tidak pernah bertakhta dihatinya.
Abang Hafiz bukan seperti yang disangka, nampak baik dan berbudi sedangkan dia mempunyai hutang dosa yang maha besar buat Ainul. Memiliki Ainul seolah-olah dapat melenyapkan segala hutang dosa yang disimpan kukuh dihatinya…
Siapa yang Ainul pilih…kembali pada suaminya Adam Yusuf atau menoktahkan pernikahan mereka kerana memilih Hafiz.
Berjayakah Adam Yusuf mempertahankan istana miliknya dengan Ainul…berjayakah dia melentur keegoan Ainul untuk kembali menjadi miliknya buat selamanya.
 

promo: chan rak ter: sara aisha

kisah naz dan khalish : hanina abdullah

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”“Technically? Technically?!”Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal…  Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”

promo: segalanya mungkin:nieya jalies