promo: I'm mrs kertu: Danisyarahmat

 
 
Ainul Mardhiah Ismail seorang anak yatim piatu… kerana peristiwa hitam yang meragut kesuciannya dia dipaksa mengahwini Adam Yusuf seorang duda berusia 20 ta...hun lebih tua darinya…
“Ain tak nak terima kak. Dia terlalu tua buat Ain. Bukan itu impian Ain. Kalau nak kahwin pun biarlah seusia dengan Ain…Bukan sikertu itu”.
Adam Yusuf Mustafa seorang duda yang kematian isteri. Wajah Ainul yang seiras arwah isterinya membuatkan dia tertawan. Sejak bila mula jatuh hati dia pun tak tahu…kerana terlewat mengambil Ainul malam itu menyebabkan gadis itu kehilangan permata berharga...kerana rasa bersalah, Adam Yusuf rela memikul tanggungjawab itu…
“Ainul saya sedar diri. Memang saya tak layak. Tapi saya rasa bersalah. Saya yang menyebabkan Ainul jadi begini. Kalau saya cepat…kalau tayar kereta saya tak pancit…kalau Kak Biah temankan Ainul malam tu…tentu semuanya bukan begini.”
“Saya nikah dengan Ainul sebab saya mahu melindungi Ainul”.
Kerana tidak rela berkahwin dengan lelaki tua, Ainul tak pernah menerima Adam sebagai suaminya. Adam pula sentiasa bersabar dan berdoa moga satu hari nanti pintu hati Ainul terbuka untuknya.
Atas dasar tanggungjawab, dia menyara hidup Ainul sehingga ke menara gading. Pernikahan ini kekal rahsia dan akan dinoktahkan apabila Ainul berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor dan boleh berdikari.
4 tahun Adam membawa diri ke US kerana kecewa dengan sikap Ainul yang keras hati. Pertemuan yang tak dirancang selepas 4 tahun membuatkan hati Ainul berbolak balik, sedangkan kala itu Abang Hafiz yang juga pensyarahnya merangkap teman sekampung melamar dirinya. Dia keliru antara menerima Hafiz atau kembali semula pada Adam suaminya sedangkan sejak mula, lelaki itu tidak pernah bertakhta dihatinya.
Abang Hafiz bukan seperti yang disangka, nampak baik dan berbudi sedangkan dia mempunyai hutang dosa yang maha besar buat Ainul. Memiliki Ainul seolah-olah dapat melenyapkan segala hutang dosa yang disimpan kukuh dihatinya…
Siapa yang Ainul pilih…kembali pada suaminya Adam Yusuf atau menoktahkan pernikahan mereka kerana memilih Hafiz.
Berjayakah Adam Yusuf mempertahankan istana miliknya dengan Ainul…berjayakah dia melentur keegoan Ainul untuk kembali menjadi miliknya buat selamanya.
 

0 Response to "promo: I'm mrs kertu: Danisyarahmat"

Post a Comment