Promo: Dari Milan Ke Maran : Norhayati Berahim

“Kau mengkaji mafia?”
“Dulu aku pernah berangan nak jadi mafia tau.”
Kah kah kah… Di malam yang sudah hampir mencecah pagi itu, kedengaran suara Sharmin ketawa terbahak-bahak. Geli hati sungguh dia membayangkan Moon menjadi mafia.
“Kurang ajar! Asal kau ketawakan aku?”
“Lawaklah. Tengok kau punya jalan pun aku rasa mafia dah tendang kau!”
Sharmin terus-terusan ketawa. Moon hanya menelan ludah. Mahu dimarah Sharmin, dia juga yang bersalah. Berangan yang bukan-bukan.
“Sudahlah. Ketawa macam orang gila saja.”
Moon separuh merajuk. Sekali lagi rambutnya yang terjuntai dikuisnya sambil menghirup teh yang semakin sejuk.
“Kalau tak silap aku, mafia diambil daripada perkataan mafioso; iaitu peria terhormat, kan maksudnya?”
“Ya.”
“Tapi, kau tu lelaki ke?”
Mata Moon terbeliak. Geram dan dadanya seperti dihentak dengan belati yang keras dek ucapan mulut Sharmin yang maha tajam.
Mendadak dia mentafsir dirinya sendiri!

0 Response to "Promo: Dari Milan Ke Maran : Norhayati Berahim"

Post a Comment