Promo: 13 Jam A380 : Evelyn Rose


Promo: Mr Secret Admirer : Shila Alish

Kisah suka duka seorang gadis genit, Zureen yang mendapat tawaran bekerja sebagai seorang jururawat peribadi kepada seorang lelaki sejuk beku kepala batu, Syed Redza, kacukan Arab-Pakistan yang baru sedar dari koma akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya yang berpunca dari tunangnya sendiri, Lisa.




Pelbagai cabaran dan kesukaran yang terpaksa dilaluinya sehingga satu peringkat, dia seolah-olah su...dah berputus asa untuk meneruskan tugasnya akibat provokasi yang tidak berkesudahan dari Syed Redza, tetapi kerana janjinya kepada ibu Syed Redza, Datin Raja Fatimah, dia terpaksa menahan hati.



“Encik Redza….kenapa Encik Redza layan saya begini? Apa salah saya? Salahkah jika saya hendak berkhidmat sebagai jururawat kepada Encik Redza? Salahkah saya jika saya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya? Susah sangat ke Encik Redza nak berikan kerjasama kepada saya?”, bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Zureen.



Dendam Syed Redza terhadap kaum sejenis tunangnya, Lisa telah menyebabkan Zureen menjadi mangsanya. Zureen menjadi tempat untuk Syed Redza melampiaskan perasaan marah dan dendamnya.



“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi tapi di belakang….macam racun!”, jawab Syed Redza dengan perasaan marah.



Zureen tambah tertekan apabila kehadiran abang angkatnya, Dr. Haziq yang disangkanya ikhlas menganggapnya sebagai adik sendiri, tetapi rupa-rupanya menjadi Mr. Secret Admirernya, apabila secara diam dia menyintai adik angkatnya selama ini. Perasaan cemburu terhadap Syed Redza telah menyebabkan dia terpaksa meluahkan rahsia hati yang disimpan cukup utuh selama ini.



“Apa salahnya dengan perkataan ikhlas tu? Pada abang langsung tak ada salahnya sebab abang memang lafazkan sesuatu yang amat ikhlas dan dia lahir dari hati abang sendiri….”,sambung Haziq tenang.



Tanpa Syed Redza sedari, wujud perasaan cemburu di hatinya sebaik sahaja mengetahui kehadiran Dr. Haziq di sisi Zureen. Dalam diam dia juga menjadi Mr. Secret Admirer kepada jururawat peribadinya sendiri. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Disebabkan sifat dendamnya, dia terpaksa menafikan perasaan halus yang mula berputik di hatinya.



“Ya…aku memang sakit. Aku sakit kat sini. Boleh kau tolong rawat?”, jawabnya selamba dengan tangannya menepuk-nepuk dadanya sendiri sambil matanya terus melekat di wajah Zureen.



Sebagai seorang gadis yang masih belum berpunya, hati Zureen yang agak keras itu akhirnya tersentuh juga dengan kesungguhan Syed Redza yang menginginkan dirinya mengisi kekosongan hati lelaki itu tetapi kemunculan semula Lisa telah mengubah skrip cintanya 360⁰ dan konflik demi konflik timbul selepas itu hingga menghancurkan hati wanitanya yang rapuh itu.



“Hanya Allah yang tahu apa niat aku. Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri. Alia….tak ada mana-mana pasangan yang dah bertunang kat muka bumi ni, nak lepaskan tunang dia kepada orang lain tanpa sebab….”

Promo: Babak Terakhir: Hannah Ezaty

“Nama I Emrizal bin Mokhtar. Sofea, you masih ingat dekat I, kan?” -RIZAL


...

“Mana boleh lupa, tempat jatuh lagikan dikenang. Ini pula pembuli durjana macam kau!”-SOFEA



Hati SOFEA ANNISA bagai dilanda Garuda apabila ingatannya singgah kepada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya ketika zaman kanak-kanak. Jai, ‘si monster’ yang pernah mengikat dirinya di pohon rambutan, menyumbat mulutnya dengan pasir sungai, menyimbah dirinya dengan air perigi yang sejuk.



Perasaan menyampah terhadap Rizal mendorong Sofea membalas dendam terhadap encik pembuli itu.



“Errr… Kita nak naik skuter ni?”- RIZAL



“Jaiho, cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria-ia nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!” - SOFEA

Promo: Pelindung Cinta : Misztyra

Hanya kerana sebuah amanah, Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung kepada seorang jutawan atau kaum kerabat, tetapi hanya pelindung kepada abang kawan baiknya, Raed Daniyal. Pertemuan pertama antara mereka mendebarkan Radwa, tapi tidak pada Raed. Dia benci! Benci dengan kehadiran gadis itu. Bukan benci kerana terasa diganggu tetapi benci kerana kehadi...ran gadis itu membuka kembali luka lama. “Saya... Saya...” “Saya apa?!” “Saya suka awak, Raed. Sebab tu saya buat macam tu.” “Oh, jadi nak tackle akulah ni?” Kecewa dengan reaksi lelaki itu, Radwa mula menjalankan misi lain. Misi mengubati kembali luka Raed! Malangnya dari misi memujuk, terpaksa pula menjadi... Misi memikat Raed! Dapatkan Radwa mempertahankan hubungan mereka dan sebuah amanah? Berjayakah mereka menjadi pelindung cinta antara mereka?