Resah Kasih: Eina Afrina-SOLD OUT

Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 19.90


Firda seorang gadis ceria yang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah. Dalam diam, dia terpaut hati pad Zarez yang bekerja di syarikat di keluarganya. Kemelut cinta bermula bila mengetahui Lisa juga mencintai lelaki yang sama. Hakikat itu membuat Firda sentiasa memendam rasa. Hingga akhirnya kasih yang disulam terkubur kerana satu peristiwa.


Sebagai wanita bermaruah, Firda nekad menamatkan segala impian. Dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Bertahun berpisah dan akhirnya mereka bertemu kembali. Dalam diam kasih mereka tidak pernah mati. Zarez kembali menagih janji yang pernah mereka lafazkan empat tahun dulu. Sayangnya, luka di hati masih terasa pedihnya. Walau sehebat manapun lelaki yang datang, pintu hatinya tetap tertutup rapat untuk menerima cinta yang baru. Di saat-saat cinta kembali bertaut, hubungan mereka sekali lagi mendapat halangan. Sedangkan cinta di hati Firda hanya untuk Zarez seorang. Demi cinta Firda rela terluka. Demi kasih Firda terus menunggu. Akhirnya kekuatan cinta telah menatukan mereka dalam ijab dan kabul. Lantas, bahagiakah mereka melayari bahtera perkahwinan?

0 Response to "Resah Kasih: Eina Afrina-SOLD OUT"

Post a Comment