Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: 23.90
Hati seorang Zahrul Azuan terluka bila isteri sendiri berlaku curang di depan mata. Namun yang lebih menyakitkan apabila saingannya bukan orang lain tetapi adik Hani Maisarah sendiri. Kerana terlalu menyanyangi, dia lebih rela menerima gelaran 'dayus' daripada berpisah dengan isteri kesayangan.
Kerana ingin membalas rasa sakit hati, Nur Indah diambil sebagai isteri. Nur Indah yang baik dan sabar dengan segala kerenahnya tidak pernah dihargai malah sering dilukai dan dinista. Kasih sayang terhadap Hani Maisarah tidak pernah pudar di hati.
Zahrul Azuan tahu dia mengumpul dosa dengan membenarkan kemungkaran di dalam rumah sendiri, namun rasa sayang terhadap isteri telah mengambus sendiri rasa bersalah itu apatah lagi bila dia sendiri tidak tidak pernah tahu arah kiblat.
Kesabaran dan ketakwaan Nur Indah sedikit demi sedikit meniupkan kesedaran di hati lelakinya. Nur Indah mula dihargai kehadirannya di dalam kekalutan jiwa dan hatinya. Kasih sayang Nur Indah yang tulus mula dirasakan indah di jiwanya.
Sayangnya, tika kasih sayang terhadap Nur Indah melimpah di jiwanya, Hani Maisarah menagih tempatnya di sisi seorang suami. Zahrul Azuan dibebani rasa serba salah yang amat antara Hani Maisarah yang masih disayanginya dan Nur Indah yang mula bertapak kukuh di hatinya...
Macam mana nak jadi agent insurans??????
-
Salam.. Saya menjemput kawan2 yang nak ubah kehidupan family!!!
Seminar Build Your Business ni saya perlukan 10 orang sahaja!!!
Berminatnak sertai boleh ...
7 years ago
February 29, 2012 at 6:56 AM
novel ni ada lg x?