Promo: Hati Kala Cinta : Hani Fazuha

Promo: Pencuri Cinta: Aini Effariza



Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu. Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan. Sementara Hafi z muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak.

Promo: Kembali Padamu :Zulfati Hanis


Bukan kehendak Nora Adline menerima Hadzwan hadir dalam hidupnya. Tapi kerana kasih pada papa membuatkan Nora Adline terpaksa. Namun kehadiran Hadzwan tidak mampu diterima oleh hati Nora Adline ketika itu. Malah kematian papa lebih membuatkan mereka terpisah jauh. Namun ketentuan takdir siapa yang tahu. Jika itulah jodoh kita, mana mungkin kita menolaknya. Itulah yang terjadi pada Nora Adline. Setelah berpisah selama beberapa tahun, cinta mulai berputik di hati Nora Adline buat Hadzwan yang masih setia dengan cintanya. Tapi kemunculan Rifqy, Khairul Nizam, Azrie tidak lupa juga Qistina dan Aida Nadiah mengeruhkan kembali cinta yang mula berputik di hati Nora Adline dan Hadzwan. Kekangan daripada keluarga Hadzwan turut membuatkan hati dan perasaan Nora Adline terluka. Mampukah Nora Adline dan Hadzwan mengharungi semua dugaan dan rintangan itu demi menggapai sebuah cinta?

Promo: Kasih Tak Kesampaian : Niesya Hanie



Mak Timah terpaksa bekerja keras membesarkan lima orang anak yang masih kecil. Kerana kesempitan hidup, Encik Elias terpaksa keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan. Setelah bertahun-tahun berlalu, Encik Elias muncul semula. Mak Timah diceraikan dan Encik Elias enggan mengakui Nazmi sebagai anak bongsunya. Sebagai anak sulung, Normah terpaksa mengorbankan masa depannya demi keluarga. Berbekalkan kegigihan, Normah terus meniti kejayaan demi kejayaan. Cinta yang dibina bersama Izzudin terus segar di ingatan biarpun lelaki itu semakin jauh meninggalkannya. Kehadiran semula Encik Elias sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman hidup mereka. Dapatkah Normah dan adik-adiknya menerima kehadiran Encik Elias? Bagaimanakah reaksi adik bongsunya, Nazmi dan apakah kesudahan cinta Normah?

Promo: Demi Cinta Ini: Syikin Zainal



Myra Malissa Mohd Hakim yang sejak dari kecil hanya mengenali Haji Dasuki dan keluarga. Hidupnya menjadi teka-teki apabila Haji Dasuki sendiri tidak mahu menceritakan siapa dirinya yang sebenar. Myra berjaya dalam misinya tetapi Myra juga berjaya membongkar satu rahsia yang menghiris dan menghancurkan kasihnya. Kisah cinta Danish dan Myra dicemari oleh onar Tan Sri Johar yang tidak mahu menyatukan mereka. Bagaimanakah dengan kasih Danish terhadap Myra? Sanggupkah dia melukakan hati keluarganya demi cintanya pada Myra?

Promo: Cinta Yang Terlewat : ZURIANI MUSTAFFA



Di kala usia muda, Muhammad Fahim kehilangan isteri di saat buah cinta pertama hadir dalam hidupnya. Setelah menamatkan kembara ilmunya di bumi Anbiya. Muhammad Fahim kembali ke tanah air, memulakan kehidupan sebagai seorang doktor sambil membesarkan anak yang menjadi penawar hidupnya. Dia bertemu dengan Nisaa, seorang isteri yang teringin bergelar seorang ibu setelah beberapa tahun berkahwin. Tanpa cinta yang berputik, mereka berdua disatukan dalam satu kisah yang tak terduga. Perancangan manusia itu usaha, perancangan ALLAH itu takdir dan takdir yang itulah yang terbaik untuk mereka.

Promo: Bersatu Dalam Cinta:AZRA ARYRIESA



Setelah kehilangan isteri tercinta, Isma bertemu dengan Damia yang merupakan sepupu kepada arwah isterinya. Raut wajah seiras Kamilia menyebabkan Isma terkenang pada arwah isterinya. Perbezaan sikap dan tingkah Damia berjaya memutikkan cinta Isma terhadap Damia dalam diam. Sementara Wafi, seorang wanita pendiam pula telah membuatkan Faris, jiran sebelah rumahnya jatuh hati padanya. Namun huluran cintanya disambut dingin. Manakala, mampukah perbalahan antara Ainul dan Alia pasangan suami isteri yang telah bercerai dipulihkan oleh keluarga mereka? Adakah akhirnya mereka mampu bersatu dalam cinta?