Promo: Kasih Bersulam Cinta: Rozita Abd Wahab


Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.

Promo: Menunggu Kereta Api: Norhayati Berahim

Promo: Gulai Pisang Ikan Masin : Szalies


Kenangan I

“Memang dasar lembiklah kau ni! Macam pondan... itu pun dah nak nangis, cubalah tahan sikit!”

“Mana ada budak jantan yang nak kawan dengan dia. Itu fasallah dia pun lembik macam perempuan!” kata Leman Kemek sambil ketawa.


Kenangan II

“Oiii… lembam, kau cari apa tu?” tanya Atan Gemuk sambil mengunyah tebu.

“Amboi, ko tengok tu! Bukan main sombong lagi labi-labi sekor ni. Aku tanya pun tak nak jawab!” Leman Kemek menongkat basikalnya.

“Ipin!” Mereka menjerit nama Ipin serentak.

“Adoiii!!!” jerit Ipin kuat; sambil menyapu mukanya yang berlumur 'krim' betik.


Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa?


Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!

Nak Berjumpa Novelis NORHAYATI BERAHIM, Membeli Novel Terbitan NB Kara, Dan Membeli Novel Terpakai Dan murah?

Saya dan rakan2 akan mengadakan Acara lelongan pada 17hb Sept 2011 di NST, Jalan Riong, Bangsar jam 12 tghr - 7 malam untuk tujuan mengutip derma bagi suami kepada wartawan harian metro, kak Ramlah yang memerlukan RM 150,000.00 untuk menjalani pemindahan hati di India.Saya akan melelong novel2 terpakai dengan harga RM 10.00 senaskah termasuk juga novel2 english.Buat pengetahuan semua, anda juga boleh bertemu novelis NORHAYATI BERAHIM pada hari ini.Mari temuai kami semua di sana.

Promo: Jauh Dari Cinta : Adah Hamidah


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

Promo: Raungan Mantera: Serunai Faqir


Sinopsis

Kitab itu sudah jatuh ke tangan Namtar! Jin itu kini sangat angkuh dengan kuasa daripada ilmu kitab tersebut. Kerana kuasa kitab itu... makhluk dari alam jin mahu merampasnya daripada Namtar. Marcel dikerah mendapatkan kitab itu. Jika tidak, maut menantinya. Kerana kuasa kitab itu juga... Pakku mahu hak diambil semula sebelum jin menggoncang dunia manusia. Lalu dia mengaturkan hala. Tunku, Nik, Hizal, Suraya, Tengku Fauzi, Meor dan Syed disatukan. Mereka bertujuh bergabung. Istana Namtar harus ditempur, demi kitab warisan Laksamana Amar Diraja. Kala mantera alam ghaib ditentang mantera alam nyata, raungan yang kedengaran amat mengerikan. Dan nyawa... nilainya sudah tidak bermakna.

Promo: Bintang Itu Milikku: Arfa Ardiya


Sinopsis

Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambarkan sekeping hati yang dimiliki oleh insan bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya. Selama 29 tahun, dia hidup bagai orang terbuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insan bergelar ibu telah lama mati.

Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jiran telah berjaya membuatkan hati kerikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga berjaya membuatkan Nusrah mengakui cintanya milik lelaki itu. Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah, telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam. Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagiaan orang yang disayangi? Dia rela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam.