Promo: Kupujuk Hati: Zuri Yanie


Sinopsis

BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!

Promo: Biarkan Ia Berlalu: Sha Ibrahim


Sinopsis:

Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.

Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.

Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….

Promo: Semarak Cinta: Hijratul Akisya




Sinopsis:

‘Buaya darat terlaris’, itulah gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada Adi Hamidi kerana sikap kasanovanya. Teman-teman wanitanya hanya dianggap sebagai teman untuk bergembira. Tidak pernah ada sedikit pun rasa cinta yang terbit daripada perkenalannya dengan teman-teman wanitanya kini setelah dia dipermainkan oleh bekas kekasihnya. Akibat kecewa dengan cinta pertama, dia menghukum semua wanita dengan menganggap bahawa cinta suci seorang wanita tidak pernah wujud.

Lantaran sikap kasanovanya itu membuatkan Kapten Mohamad, ayah kepada Adi Hamidi terpaksa campur tangan dalam hal perkahwinannya. Memandangkan umurnya yang sudah meningkat, Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah.

Demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa telah mengikat Adi Hamidi dan Nur Alia dalam satu ikatan pernikahan tanpa rasa cinta dari kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, Nur Alia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia cuba menjadi seorang isteri yang terbaik kepada Adi Hamidi sekali gus berusaha untuk menghapuskan tanggapan buruk dan melunturkan ego sang suami dengan cinta dan kesetiaan yang ditunjukkannya.


Tanpa disedari, perasaan sayang kepada isterinya semakin hari semakin terserlah. Namun, ada sahaja dugaan yang melanda setiap kali mereka baru sahaja mahu mengecapi rasa bahagia. Ada sahaja pihak yang iri hati dengan kebahagiaan yang baru sahaja mahu menunjukkan sinarnya. Dapatkah mereka mengharungi semua dugaan ini?

Promo: Sayangku Casper: Mazni Aznita



Harga : RM25.90
Terbitan : Buku Prima
Tarikh Terbit : 31 Ogos 2011
M/s : 624
Genre : Chic lit/komedi romantika


BLURB
Cinta Pertama adalah keramat di hati..
Rindu pertama adalah penamat di jiwa..
Is love supposed to last throughout all time…
 or is it like trains changing at random stops?


SINOPSIS
Andai aku Cinderella yang hidupnya dinaungi kasih Prince Charming..
Andai aku Snow White yang cintanya seputih salji di pergunungan…
Andai aku Sleeping Beauty yang membuka mata hanya untuk putera tercinta..
Tapi itu semua hanya angan-angan kosong..
Ceritaku umpama mimpi dalam mimpi..
Sehinggalah suatu hari….

Tia Adila si nerd dan clumsy
Bertemu si putera yang slow and steady..
Maka terciptalah sebuah dongeng yang indah..
Di bumi Paris…pari-pari berteriak…
Mampukah dongeng menjadi realiti?
Atau cinta akan berakhir sepantas angin

Promo: Bulan di Atas Champs-Elysees: Eva Hana


Bertemu dengan Jean Paul di maya menjadi gerbang dia menelusuri ‘Parisku yang indah, Parisku yang romantis’... menaiki anak-anak tangga di Bukit Montmarte serta melihat pelukis-pelukis dan lukisan mereka yang indah; berjalan berpegang-pegangan tangan sewaktu musim bunga di Jardin Tuileries; menyaksikan pementasan teater Little Prince (Le Petit Prince) di L’Opera; melawat Musée D’Orsay yang penuh ukiran-ukiran cantik; melopong memandang lukisan Leonardo da Vincci – La Giaconde atau Mona Lisa di galeri; teruja dengan kedai-kedai berkelas di Rue de Rivoli; minum kopi café viennoise di café-café comel sambil makan roti pain au chocolat....



‘Kau’ memang seperti yang aku impikan dan ‘kau’ memang hidup, Paris!!! Tetapi denganmu Jean Paul...

“Eva Hana, je t’aime, mon amour, pour toujours.”


* * * *


EVA HANA ‘menjual’ kisah benarnya sebagai teladan. Biar indahnya cinta... pada EVA HANA ‘cinta bukanlah alasan untuk menjual rohani’. Bulan di Atas Champs-Elysees bercerita fasal cinta antara dua benua: tentang akidah dan kekuatan diri... juga bercerita mengenai penulisnya, EVA HANA IMRAN!

Salam Aidilfitri


Salam aidilfitri buat semua. Maaf saya agak sibuk. Selepas raya, saya updatekan novel2 yang akan saya let go.

Promo: Bukan Milikmu: Salleh Shihabbudin


Bukan Milikmu
Salleh Shihabuddin
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-01-6
~480 hlm
Bahasa Melayu
Nor Akma dan Nor Atikah adalah dua beradik. Nor Akma telah dinodai dan mengandungkan anak Najeev Hakimi. Kemudian lelaki itu meninggalkannya. Tanpa belas kasihan Nor Akma dipukul dan diusir ayahnya. Akhirnya dia tinggal bersama keluarga angkat yang tanpa pengetahuannya adalah ayah dan ibu Najeev Hakimi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Di university, Izham Ha? z jatuh hati kepadanya. Tapi sayang, cintanya ditinggalkan ‘gantung tak bertali’ sebelum mereka bertemu kembali. Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London, menemukan kembali Nor Akma dan Najeev Hakimi. Perasaan benci kembali menular di hati. Tetapi tidak bagi Najeev Hakimi. Cinta Nor Akma perlu diraih kembali walaupun dirinya sudah dimiliki Nor Atikah, adik Nor Akma sendiri. Di antara Nor Atikah dan Nor Akma, siapakah yang menjadi pilihan hati Najeev Hakimi? Relakah Nor Atikah berkorban demi kakaknya?