Kasih Tak Terungkap: Anna Raihana


Harga Jual:TBA
Harga Asal:TBA




NOTA KAKI:
Saya akan outstation dari Rabu-Next Ahad..Sebarang order, penghantaran untuk minggu depan adalah Hari Selasa..Kalau nak reserved novel..Tolong email..Thanks

Lakaran Kasih: Laila Kamilia-RESERVED BY HUSNA


Harga Jual: RM 9.00
Harga Asal: RM 14.00


Dzalia dan Zuhairee, dua nama yang dijanjikan untuk bertemu dan jatuh cinta. Dua insan yang sekadar menyimpan rahsia hati, sedang diri menanggung sakit tidak terperi. Betapa lemahnya manusia... semudah itu tewas dalam ujian hidup yang tidak seberapa.

Siapa sangka... setiap pertemuan mereka sebenarnya dirancang. Ikatan dua keluarga tidak memungkinkan mereka berpisah. Tapi... ingkarkan namanya jika janji yang terlafaz tidak terungkai? Apa perlunya dipateri ikatan jika tidak membawa sebarang erti? Ah, cukuplah derita yang menjerat diri. Biar dilunaskan ikrar yang menghambat memori.

Dari sinopsis ini, apa yang terjadi hubungan kedua-dua teruna dan dara ini? Berpisah dan akhirnya bertemu? Adakah jodoh mereka membawa kebahagiaan?

Kembara Cinta: Dia Azura


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Perhubungan antara Darin Madihah dan Hairy Hafizi ketika mereka di alam kampus mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Justeru itu setelah tamat pengajian mereka telah merancang tali pertunangan. Namun secara tiba-tiba Encik Osman mahu Darin melupakan Hairy Hafizi. Darin kebingunan tambahan lagi dia sudah tidak mampu melupakan Hairy Hafizi.

Bayu Asmara: Ilani Mysara-RESERVED BY AMIRUL SHAHIRA


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


Mimpi2 itu menjelma kembali mengganggu hidupnya. Puas ditepis tp semakin mendekat hingga membuatkan dirinya merantau mencari siapakah gerangannya yg ingin mendampingi cintanya. Pertemuan pertama Shah Asmara dan Puteri Bayu Irnani diakhiri dgn perkahwinan tp cume mampu bertahan selama 3 bln sahaj. Di situ dia mendapat iktibar. Mampukah sumpah ibu yg tersentuh dihatinya bisa menghalang cinta yg suci?Shah benar2 takut. Namun dalam bercinta perlu pengorbanan. Di manakah hikmahnya bila dia berjumpa dgn Arman yg sanggup berkorban deminya?

Hatiku Milikmu: Zaharah Muhammad-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 22.90


kredit to http://koleksibukuainil.blogspot.com


steriku, Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini... Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripadaku... mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah... kini engkau tidak mampu untuk lari lagi kecuali Allah memutuskan nafas kita sebagai penamatnya. Aku tidak akan biarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat. Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan kepadaku... dan kini adalah masa untuk aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah... kerana aku memberikan apa yang kuada ini bukan kerana simpati, tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu. Isteriku.... Tunggulah... engkau akan faham juga nanti. Engkau akan faham juga nanti apa yang ada di dalam hatiku ini. Jangan engkau cuba lari dari kenyataan ini kerana cinta kita bukan ilusi....

Rimbunan Kasih: Saffiya Azaham-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


ejekan anak angkat telah menjadikan medan iri hati di kalangan ahli keluarga hingga memaksa dia mengharungi liku kehidupan bersendirian. sangkannya, kehadiran cinta pertama di pusat pengajian tinggi berjaya menghindari dirinya daripada sifat tamak haloba keluarga namun sayangnya, dia tersasar. perkahwinan yang dibina atas dasar cinta punah dalam sekelip mata angkara hasutan dan fitnah. dia pasrah. demi adik-adik,dia rela pula membiarkan dirinya berada dalam cengkaman maarof lantaran suaminya kian jauh. hidup assya tambah berkemelut. dia terkapai-kapai mencari. dia terkial-kial untuk bangun. namun mampukah secebis kemuliaan keluarga bekas mentuanya memberi sinar kebahagiaan? mampukah keutuhan cinta sulaim melembutkan hatinya yang kerap diguris sebelum ini sedangkan bekas suaminya itu sentiasa didampingi gadis lain yang silih berganti. demi sebuah kehidupan yang dirimbuni kasih, assya terus berusaha meniti takdir.... ikutilah nukilan pertama saffiya azaham juga suntingan pertama fauziah ashari untuk tatapan pembaca sekalian.

Indahnya Kasih: Kreisya Riesya-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00