
Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 21.90
Dia diijabkabulkan dalam usia yang masih terlalu muda. Namun ianya bukanlah satu penyesalan, kerana dia menyimpan cinta mendalam terhadap Yusuf Hakimi. Status seorang isteri baginya adalah status yang sewajarnya dihormati. Dia nekad untuk menjadi isteri solehah, yang dijanjikan Allah menapak ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.
Tapi kewujudan Intan Juliana dalam rumah tangga mereka bagaikan api dalam sekam, membakar dalam diam. Kenapa suaminya perlu memilih seorang perempuan sebagai teman baiknya? Kenapa?
Rasa rendah diri kerana belum mampu melahirkan bayi comel dalam rumah tangga semakin menekan perasaan. Dan, kehadiran Johan yang memintanya agar membenarkan suaminya berpoligami menghakis sabarnya selaku isteri, yang goyah statusnya. Hidupnya terumbang-ambing. Bahagianya sirna. Lalu bagaimanakah cara untuk dikembalikan semula bahagia itu dalam hidupnya?
Benarkah Yusuf pasangannya Zulaika?

Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00
Satu Penantian memuatkan lima kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Ada kisah yang dipaparkan mengandungi plot-plot yang menyayat hati, ada yang lucu dan ada yang lebih serius. Namun, semuanya menghiburkan dan menyentuh perasaan.
Satu Penantian (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika sedang bersantai dengan ahli keluarga atau sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi anda!

Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90
Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.
Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.
Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?
Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA.

Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00
Hariz, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.
Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.
Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...

Harga Jual: RM 21.00 ( 883 m/s)
Harga Asal: RM 35.00
Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.
Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina.
Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita.
Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 21.90
Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yg
paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti.
Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya dendam harus
dibalas dgn dendam. tapi itu dulu... semakin masa berlalu, kisah itu
semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan,
"Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!"
Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia
seorg yg menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi demi
sayangnya yg melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia
percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama
memberi nafas baru utknya yg semakin hilang punca.
"Untuk awak saya sanggup buat apa saja..."
Rupa-rupanya masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah
menggapai bahagia. Bila kasih sayang yg tulus sekali lagi teruji,
putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.
"Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. Anggap saja saya gadis tidak
tahu diuntung. Sudah bertemu dgn lelaki baik, tapi tetap juga tidak
tahu menghargai. Maafkan saya..."
Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yg memaksa, namun, usai melafazkan
kata2 itu, ada titisan jernih yang menemaninya.
