kisah naz dan khalish : hanina abdullah

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”“Technically? Technically?!”Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal…  Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”

promo: segalanya mungkin:nieya jalies

promo: kurnia untukku: liz haliza

HADFINA HAIFA dan Zain berkahwin atas dasar suka sama suka. Angkara prasangka dan sikap panas baran Zain, Fina diceraikan dengan talak tiga tanpa rela. Saat hatinya sudah dapat menerima hakikat perpisahan, Zain mendesak agar Fina disatukan dengan calon suami sementara yang dipilih olehnya demi kembali bersatu. Akibat keliru, Fina membawa diri dengan bercuti ke Hatyai.YUSUF THAQIF CURNIA. Saat pertama kali bertentang mata dengan wanita itu, dia tahu itulah ‘isteri untuk akhiratnya’. Entah mengapa pertemuan tanpa dialog itu membuahkan rasa cinta yang mendalam terhadap wanita itu. Dipanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar mereka dipertemukan kembali. Lama menanti, akhirnya dia akur yang ia hanyalah fantasi. Demi mengubat hati yang terluka, dia bercuti membawa diri.Di bumi gajah putih itu tanpa dirancang mereka dipertemukan. Harapan Fina untuk rujuk semula dengan Zain kembali menyinar saat Curnia menawarkan diri untuk menjadi suami sementaranya. Janji dipatri dan ijab kabul dilafazkan. Dari itu, Fina mengenal apa itu cinta.“Abang... kenapa muka abang jadi macam ni? Siang abang jadi manusia, malam-malam abang tukar jadi hantu ke?” – FINA“Apa yang peliknya? Abang ingatkan Fina nak... abang tadi.” - CURNIA“Tolong sikit, muka macam Negro, tak selera Fina nak...” - FINA Saat cinta di antara mereka mulai mekar, Zain hadir menagih janji dan Sofia pula muncul menunggu cintanya berbalas. Akibatnya, Fina telah difitnah dek kerana cemburu.“Kau yang dapat balasan kerana merampas Curnia daripada aku. Aku akan pastikan kau menjanda untuk kali kedua. Ini Sophie, kau yang mulakan dahulu, kau terimalah akibatnya.” - SOFIADapatkah Curnia dan Fina mempertahankan perkahwinan mereka? Adakah perkahwinan itu perlu diakhiri demi janji yang telah dipatri? Siapakah pilihan hati Fina? Adakah bekas suaminya ataupun suami sementaranya? Segalanya terjawab dalam Kurnia Untukku...

promo: kadih yang satu:syania shaa

novel terpakai untuk di let go

saya bantu kawan saya war warkan novel terpakai untuk dijual. boleh contact chua direct ya utk bertanya. p/s: kalau ada kwn kwn yang nak saya tolong war ...boleh buat mcm chua. nanti saya share kt sini n fb page novel terpakai.

promo:cinta untuk disewa: lyn dayana

pesta buku 2013 di pwtc

simpan duit bonus n sediakan troli siap siap ya kwn2.block diari n buat listing novel apa yang nak dibeli. harap novel acik lana , pelangi cinta buat suami ada dijual masa ni lah..n buku siti rosmizah thn 2013...tak sabarnya