Promo: Cinta Si Ikan Buntal: Muliati Abdul


Promo: Bukan Pungguk Rindukan Bulan: Wanis Soffya


Promo: Si Mangkuk Tingkat: Faziela

Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.
Impiannya satu dalam seribu.
“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”
Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”

Baca bab awal 

Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Sreeeeet!
Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???
“Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?”
“Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?” Suaranya memetir.
“Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.”


Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka.

Andai takdir Allah tertulis jodohmu itu dia, datanglah seribu orang sekalipun merebutnya, dia akan tetap menjadi milikmu.

Promo: Jula Juli Bintang Tujuh: Adileah

Jadilah seperti pasir yang hanya sebutir. Kecil, halus dan tenggelam hingga ke dasar. Tetapi pasir yang hanya sebutir ini tidak akan pernah hancur.

Kehidupannya penuh dengan kegembiraan. Impiannya untuk menjadi dayang di istana juga kesampaian apabila dia berjaya menempatkan diri di Kediaman Aris. Namun kehidupan di istana bukanlah semudah dan seindah yang diimpikannya. Entah kenapa, ada sahaja yang tidak kena.
Baca bab awal

“Hei, jaga-jaga!”
Prang!!!
“Alamak mati aku!”
“Awak ni buat kerja ke berkhayal?”
“Maaf encik, tuan, datuk, tengku.”
“Tuan Ilham.”

Pada Ilham, dia tidak layak bekerja di Istana Seri Gemilang. Gadis itu minah kelam-kabut. Namun, setiap kali dia ingin memarahi Suria, seperti ada sesuatu pada Suria yang membuatkan dia tidak boleh hendak marah. Dia lain daripada gadis-gadis yang lain. Tanpa sedar, matanya sentiasa mengekori langkah Suria. Seolah-olah Suria itu adalah tanggungjawabnya.

Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya, Suria seakan dikejar oleh sesuatu. Malah dia hampir-hampir dibunuh. Apa yang mereka inginkan? Dia bukanlah anak jutawan yang ditinggalkan harta yang berkoyan-koyan.

Promo: Biar Kusentuh Hatimu: Emy Raziela

Bukannya aku tak cinta, bukannya aku tak sayang, tapi aku ibarat kapal yang kehilangan arah. Ketiadaanmu secara tiba-tiba telah membuatkan aku tidak kenal lagi makna percaya. Kau kata, kita akan harungi hidup ini bersama-sama. Tapi, kini… aku sendirian menongkah arus. Tak mengapalah, Alisa… mungkin antara kita sudah tiada jodoh. Anggap saja apa yang pernah kita lalui dahulu adalah sebuah cebisan memori untuk dijadikan kenangan abadi. Aku terpaksa pergi, Alisa. Aku perlu serahkan cinta ini kepada yang benar-benar sudi.

Amir… jangan pergi! Jangan sewenang-wenangnya kau beri cinta itu kepada orang lain. Aku juga merindui kamu, namun aku terperangkap dalam prasangka. Bukankah kau yang tinggalkan aku dulu? Aku kesepian dalam kerinduan, Mir. Salahkah jika kita bercinta? Cinta itu hadir tanpa sebarang paksaan. Jadi, kenapa mesti kita berpisah? Saban hari aku menanti kemunculanmu sehingga aku sudah tidak pandai lagi untuk menghitung hari.

Kalau api itu boleh menjilat sebatang kayu hingga menjadi abu, aku boleh buat lebih daripada itu. Larilah sejauh mana yang kau mahu, Amir Firdaus… aku akan tetap mengejarmu. Aku, Diana Adilla... tidak akan sesekali mengaku kalah. Aku akan mengikatmu menjadi milik mutlakku. Hanya kau dan aku!

Promo: Cantik Seindah Bulan : Nurmi Syakimi


Cantik Seindah Bulan
Nurmi Syakimi

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-757-0
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Feb 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
Khalisya merintih kala dipaksa kahwin dengan Shahriman, anak ketua kampung. Dia tidak mampu mencintai lelaki itu kerana cintanya hanya untuk Ryan Kumar, jejaka India yang tampan mirip Shahid Kapoor. Demi ayah, ibu dan adik... dia terpaksa akur.

Rumah tangga yang tidak memberi apa-apa erti itu berakhir jua. Dia kembali mencari cinta hati yang
ditinggalkan. Dia tidak menduga Ryan masih seperti dulu, teguh menanti bersama kasih seluas bumi. Namun, Ryan pula terpaksa pergi. Dia harus ke tanah Delhi menuruti keluarga tercinta.

Khalisya merelakan setelah Ryan melafazkan janji, membuatkan dia begitu ampuh menjadi perindu yang setia. Malangnya, dia dibiarkan menanti tanpa khabar berita sehinggalah Nazriel muncul mengikatnya
dengan tali pertunangan.

Namun, Rayyan Khuzairi hadir membawa watak Ryan dalam diri lelaki itu. Khalisya dibadai tsunami rindu yang bergulung-gulung. Dia masih cintakan Ryan. Dia hanya mahu bersama Ryan. TUHAN, tolonglah...

“Selagi laut memerintah ombak supaya jangan berhenti mendakap pantai... selagi itulah aku akan selalu mencintai dan merinduimu!”

Promo: Aku Yang Kau Cinta : Muna Mahira

ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya.... memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!