Kiranya Kau Berbohong: Maizura Mohd Ederis


Harga Jual: RM 10.00

Pertukaran HP No

Alhamdulillah..saya dah selamat sampai..saya ingin memberitahu bahawa HP no saya sudah ditukar kepada 017-2814519. Sila updatekan phone book kalian ek..Buat yang booking buku sblm raya...sila kompemkan pembelian anda..sebelum saya posting balik buku2 yang kalian reserved tu sebagai available..Terima kasih atas kerjasama kalian...

Sambung Cuti

Salam..saya akan sambung bercuti sehingga Isnin depan..kalau ada pertanyaan pasal buku..isnin depan baru saya dapat reply...Sms juga coz saya takde buat roaming..Selamat Beraya dan Selamat bercuti buat semua

Salam Aidilfitri


Salam Aidifiltri..Minta maaf..kalau ada tersilap kata or terlambat hantar order..Tuan punya blog nie akan bercuti..start esok..Lepas raya nanti..akan ada lagi update buku2 baru..Jumpa lagi.....

Tak Secantik Husna: Ainul Hazrah-SOLD OUT


Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 19.90


LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman HarieZ

Jauh Kau Pergi: Dhiya Zafira-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 19.90


Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?



Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...

Damai Kasihku: Iris Ixora-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


SOFIA percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan.Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.

Perlukah Sofia mendambakan cintanya kepada Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun, dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...

Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun, mengapa hati gadis itu masih ragu-ragu? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.

Kehadiran Haikal bagaikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskah dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dengan gadis pujaannya itu.