Kugapai Kasihmu: Hendan Yahya-RESERVED BY SOFIA


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


"Pernahkah kau fikirkan betapa mendalamnya dambaan kasihku pada dirimu?"

KUGAPAI KASIHMU... menginsafi kita bahawa bukan mudah seseorang itu mendapatkan sebuah cinta dan nilai kasih sayang yang tulus ikhlas. Watak-watak setia dan jujur misalnya, sering menjadi mangsa kepada mereka yang durjana, rakus dan tamak. Kerana itu, dalam hal memilih jodoh atau pasangan hidup, masih ada watak Melayu yang kaya-raya tetapi jujur dan sabar dalam mencari intan dan permata bernilai. Zarif, pemuda beriman ini, tidak mempergunakan kedudukannya untuk dijadikan umpan memikat gadis jelita yang digilainya sekian lama.



Hal inilah yang terjadi pada watak utama novel ini, Nurin guru sekolah rendah berasal dari kampung yang mendapat jodoh dengan anak hartawan bergelar Tan Sri, iaitu Zarif, walaupun bukan kekayaan menjadi impiannya. Hubungan Nurin sekian lama dengan Luqman pemuda sekampungnya yang menjadi siswa perubatan di Kuala Lumpur tidak membawa kebaikan kepadanya. Justeru kehidupan Luqman yang bebas dan terbabas itu akhirnya mendapat jodoh daripada kalangan gadis kurang moral juga, bernama Mastura walaupun cinta sebenar Luqman tertumpah pada Nurin.

Qaseh Qaisy: Ramlah Rashid-RESERVED BY SOFIA


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


ewat perkenalan di ruang skrin alat telekomunikasi canggihit, membibitkan perasaan sayang Qalidah Qaseh terhadap sidia yang digelar B. Qalida Qaseh sendiri sebagai D, nama pengganti dirinya. Hanya SMS sebagai pengantara hubungan mereka. Bagaikan wujud keserasian hinggakan mereka memeterai pertunangan alam siber dgn cara sendiri.

Seperti yang dijanjikan, setelah beberapa bulan barulah mereka bersedia untuk saling bersuara dan bersua muka. Biar bagaimanapun rupa dan bentuk mereka tetap menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ternata perjumpaan itu mengeratkan lagi kasih antara mereka.

Namun, kenangan semalam kembali bertamu ketika Qhalida Qaseh bersama temannya Nabil bertemu dgn Tengku Qaisy Iskandar, tidak disangkanya Tengku Qaisy Iskandar sebenarnya adalah B, kekasih dan tunangnya di alam maya.

Saat itu Qhalida Qaseh terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Tengku Qaisy Iskandar sering membuli dan menyuruh Qhalida Qaseh melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Disebabkan status yang berbeza Qhalida Qaseh menurut segala kemahuan Tengku Qaisy Iskandar biarpun hatinya terluka. Tengku Qaisy Iskandar merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon yang bekerja sebagai pembantu rumah keluarga kaya Tengku Nazim Shah dan Puan Satirah.

Qhalida Qaseh merasakan seperti dipermainkan. Lalu rasa cinta pada lelaki itu cuba disingkir dan perasaan benci dipupuk. Rasa kasih dan cinta bercampur dendam serta benci yang dibajainya membuat Qhalida Qaseh berasa sedih. Hatinya juga tidak senang tetapi sengaja berbuat tegar dan ego. Tengku Qaisy Iskandar berusaha meleraikan segala kekeliruan dan salah faham demi cintanya terhadap Qhalida Qaseh.

Tetapi darjat keturunan menghalang penyatuan cinta Qhalida Qaseh dan Tengku Qaisy Iskandar. Adakah takdir yang menjurangi kisah mereka? Darjat keturunan? Nama atau kedudukan?

Bukan mudah memadam kenangan semalam, tidak semudah melewati kebahagiaan yang berlalu.

Kau Milikku : Pitteriah Abdullah-RESERVED BY PUTERI MAWAR


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.90


Farhana mengahwini Ilham, lelaki yang tidak dikenali. Ilham melepaskan amarahnya terhadap Farhana setiapkali merindui anaknya arwah Nabila. Farhana memendam rasa kerana di hati Ilham hanya terpahat nama bekas isterinya, Nurul Aliah. Dapatkah Farhana memperolehi kasih sayang yang diimpikan selama ini?

Notis Penghantaran

Please below reference for DIRA & OYA. Saya telah buat penghantaran hari ini
( 03.05.2010)


Dira: CD 169307014 MY


Oya: CD 169306994 MY

Tentang Dhiya: Syud-SOLD OUT


Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 21.00



Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi

Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.

Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:

Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sdgkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

SYUD ada gaya yg tersendiri apabila bercerita Tentang...Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

Rindu Yusof Cinta Zulaika: Siti Rozilah-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 21.90


Dia diijabkabulkan dalam usia yang masih terlalu muda. Namun ianya bukanlah satu penyesalan, kerana dia menyimpan cinta mendalam terhadap Yusuf Hakimi. Status seorang isteri baginya adalah status yang sewajarnya dihormati. Dia nekad untuk menjadi isteri solehah, yang dijanjikan Allah menapak ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.
Tapi kewujudan Intan Juliana dalam rumah tangga mereka bagaikan api dalam sekam, membakar dalam diam. Kenapa suaminya perlu memilih seorang perempuan sebagai teman baiknya? Kenapa?

Rasa rendah diri kerana belum mampu melahirkan bayi comel dalam rumah tangga semakin menekan perasaan. Dan, kehadiran Johan yang memintanya agar membenarkan suaminya berpoligami menghakis sabarnya selaku isteri, yang goyah statusnya. Hidupnya terumbang-ambing. Bahagianya sirna. Lalu bagaimanakah cara untuk dikembalikan semula bahagia itu dalam hidupnya?

Benarkah Yusuf pasangannya Zulaika?

Suatu Penantian: Aina Emir, Mimie Afinie, Bikash Nur Idris-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


Satu Penantian memuatkan lima kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Ada kisah yang dipaparkan mengandungi plot-plot yang menyayat hati, ada yang lucu dan ada yang lebih serius. Namun, semuanya menghiburkan dan menyentuh perasaan.

Satu Penantian (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika sedang bersantai dengan ahli keluarga atau sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi anda!