Promo: Perempuan Lindungan Kaabah : Hana Ilhami


PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Promo: Bila Nak Saksi: Rehan Makhtar


YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat.  Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita

Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita

Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?

Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni.  Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.

Promo: Lamaran Buat Syifa: Ana Yusniza

Syifa jumpa Sufyan pada hari pertama di politeknik. Lelaki itu menghulurkan bantuan saat Syifa memerlukan. Tertarik dengan keperibadian lelaki itu, Syifa jatuh hati. Sampai dia sanggup jadi pemerhati setia lelaki itu di Facebook.
Tapi, pertemuan kedua mereka mencetuskan kisah lain pula! Lelaki itu suka cari fasal. Sebab kesalahan yang tak sengaja pun, dituntutnya ganti rugi yang tidak munasabah! Tapi... Syifa tak tahu yang itu cuma taktik Sufyan nak berkenalan.