Promo: Oh, Mamam Tiriku! : Herna Diana

DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.

Promo: I Love You Stupid! : Melur Jelita


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Promo: Rindu Dalam Sepi: Siti Khadijah



Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.” 
AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”
Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.”

Promo; Tak Pernah Berubah: Fisha

Nasi lemak buah bidara,
        Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
       Kerana kekasih hamba turutkan.

Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.

Promo: Semalam Yang Kutinggalkan: Laila Hanni



Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.

Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.

Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.
Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.

Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki? Samasama kita hayati cerita ‘Semalam Yang Kutinggalkan’ yang penuh gembira dan emosi ini.

“Aku ingin menjadi cinta terakhirmu… meskipun aku bukan cinta pertamamu….”

Promo: Kalau Memang harus Begitu: Acik Lana

mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

Promo: Biar Jarimu Kugenggam: Norhayati Berahim


Akan Datang Dari Melur Jelita: I Love You Stupid!


Kalau dah baca novel Awak Suka Saya Tak??? Mesti akan jatuh cinta banyak kali dengan Hilman Yong..

Kita tunggu pula buah tangan ke 2 dari Melur Jelita..naka baca boleh pergi blog beliau: melurjelita.com

FB Page Untuk Novel Terpakai Dan Murah


Buat semua pengunjung2 setia blog Novel Terpakai Dan Murah, semua order untuk novel terpakai boleh dibuat secara terus di FB Page:


Bila dah like ..sebarang pertanyaan order boleh tanya direct under setiap novel yang saya upload..Insyaallah saya akan cuba untu upload sebanyak mungkin novel yang saya nak let go..Perlu masa untuk upload satu2 ja..

Blog ini masih lagi bersiaran..Cuma saya akan buat semua promo novel2 yang berada di pasaran di blog ini..Terima kasih atas sokongan kalian semua ini..

Promo: Kami Dah kahwinlah! : Lisa Muhamad

“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah

Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.

Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?

Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar

“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie

Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!

“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka

“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan

Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!