Zaara Amirah
punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu
membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun
impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran
paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek
kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya,
Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan
sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." –
Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun
tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya
dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara
Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau
melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap
saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin
dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin
dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni
awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang
membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry
Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi
keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah
jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang
wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam
orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi.
Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." –
Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia
sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka
itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu
siang? Zaara Amirah terus menanti...